CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihalau Dari Rumah Sewa, Bergelandangan Tidur Dalam Surau Dengan Isteri Dan 3 Anak Kecil

12-8-2021 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1059| Komen: 0

Description: Butterworth: Disebabkan terlewat membayar sewa rumah, pasangan suami isteri bersama tiga anak terpaksa keluar dari kediaman itu hingga mereka hilang tempat berteduh.f
Butterworth: Disebabkan terlewat membayar sewa rumah, pasangan suami isteri bersama tiga anak terpaksa keluar dari kediaman itu hingga mereka hilang tempat berteduh.

Akibatnya, Mohamad Fahmi Abdullah, 33 dan Siti Zaleqha Jaafar serta anak-anaknya terpaksa bermalam di surau awam Pusat Rekreasi Pantai Robina, Seberang Perai Utara selama enam hari.

Bagaimanapun, nasib mereka mendapat perhatian daripada Pertubuhan Peduli Ummah (Si Peduli) yang membantu mencari rumah sewa, perabot serta keperluan lain.

Berkongsi pengalaman, Mohamad Fahmi berkata, dia membawa isteri dan tiga anaknya ke surau berkenaan kerana tiada arah tujuan.

Foto: Harian Metro

Katanya, dia bersyukur kerana mendapat kebenaran daripada pemimpin setempat untuk bermalam di situ dan tidak diganggu sesiapa, tetapi polis ada datang bertanya untuk mengetahui alasan dia sekeluarga tinggal di situ.


"Saya masih ada ayah dan adik beradik lain tetapi enggan menyusahkan mereka.

"Jadi, saya bawa keluarga ke surau itu dan dua kali didatangi anggota polis tetapi mereka tidak ambil tindakan kerana sudah dapat kebenaran bermalam di surau itu.

"Ada juga wakil daripada agensi kerajaan datang mahu mengambil anak tetapi saya tidak sanggup kerana rela tiada rumah daripada kehilangan anak," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Mohamad Fahmi, dia bersyukur kerana ada penduduk setempat memberinya bantuan makanan sepanjang bermalam di situ.

Mohamad Fahmi berkata, tiga anaknya seperti mengerti apa dilalui kerana tidak banyak soal walaupun masih kecil.

"Bermula Februari lalu, saya mencari rezeki sebagai penebar dan peniaga roti canai dengan menumpang di sebuah kedai seorang rakan yang sudah dianggap seperti emak.

"Namun, hasil jualan tidak dapat membantu saya untuk membuat pusingan modal dan perniagaan itu hanya bertahan selama dua bulan.

"Tidak lama selepas itu, saya bekerja pula sebagai tukang cuci kontena tetapi sekejap saja kerana tiada lesen dan pernah disaman ketika melalui sekatan pergerakan jadi terpaksa berhenti disebabkan sukar untuk bergerak ke tempat kerja.

"Sejak itu, saya menganggur dan masalah kewangan menyebabkan tidak dapat membayar sewa rumah pada waktunya sebelum diminta keluar, namun saya bersyukur kerana Si Peduli tampil membantu," katanya.

Sementara itu, Presiden Si Peduli, Hanapi Muda, 39 berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai Mohamad Fahmi sekeluarga selepas membaca komen dalam satu hantaran di Facebook (Fb) rasmi pertubuhan pada 6 Ogos lalu.

Katanya, kebetulan, pihaknya dalam misi pengagihan bantuan di Seberang Perai jadi mengambil kesempatan untuk melihat keadaan Mohamad Fahmi sekeluarga.

"Ibu mentua Mohamad Fahmi yang meninggalkan komen di Fb Si Peduli dan dia meminta bantuan kerana berada di Pahang dan tidak dapat merentas negeri untuk membantu.

"Kira-kira jam 2.30 petang pada 7 Ogos, saya bersama bersama Timbalan Presiden Si Peduli, Zulkarnain Muhamat dan 24 ahli datang ke surau tempat Mohamad Fahmi bermalam.

"Sedih kerana keadaannya nampak tidak terurus jadi kami terus usahakan cari rumah sewa, bawanya beli perabot dan keperluan selain berurusan dengan Zakat Pulau Pinang untuk membantu.

"Alhamdulillah, kami dapat bantu pindahkan mereka pada hari sama di sebuah rumah flat dekat Taman Air Tawar Indah, di sini," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.152854 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top