CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sempat Tengok Wajah Bayi, Ibu Meninggal Tewas 13 Hari Bertarung Dengan Covid-19

12-8-2021 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9985| Komen: 140

Description: Klang: Selepas 13 hari bertarung nyawa, pesakit Covid-19, Norieszah Ishak akhirnya meninggal dunia, Ahad lalu, tanpa sempat menatap wajah anak keempatnya yang selamat dilahirkan pada 21 Julai lalu.
Klang: Selepas 13 hari bertarung nyawa, pesakit Covid-19, Norieszah Ishak akhirnya meninggal dunia, Ahad lalu, tanpa sempat menatap wajah anak keempatnya yang selamat dilahirkan pada 21 Julai lalu.


Norieszah, 31, menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sirih, di sini, kira-kira jam 7 malam, Isnin lalu.

Foto: Harian Metro

Suaminya, Muhamat Azuwan Jemain, 36, berkata, pemergian Norieszah meninggalkan kesan mendalam buat dirinya apabila tidak dapat menatap dan menguruskan jenazah isterinya itu buat kali terakhir.

"Sehingga kini saya masih sukar untuk menerima hakikat isteri sudah tiada namun cuba reda dengan ketentuan Allah kerana siapa kita untuk melawan takdir.


"Tambah menyedihkan apabila hanya dapat melihat jenazahnya dikebumikan dari luar pagar tanah perkuburan kerana tidak dibenarkan turut serta walaupun saya ada kelengkapan pakaian perlindungan diri (PPE).

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana urusan arwah isteri berjalan lancar dan tidak mengambil masa lama kerana sehari selepas kematiannya kira-kira jam 4 petang, saya dipanggil membuat pengecaman mayat sebelum jenazah dibawa keluar dari hospital ke tanah perkuburan," katanya ketika dihubungi.

Bercerita lanjut, Muhamat Azuwan berkata, isterinya sedang sarat hamil dan hanya menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keempat mereka.

Dia yang juga pengusaha bengkel berkata, isterinya dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan tetapi dengan tiba-tiba mengadu tidak sihat dan demam pada 19 Julai lalu.

"Mulanya saya bawa isteri ke klinik swasta tetapi doktor merujuknya ke HTAR untuk rawatan lanjut.

"Keesokan harinya, kami ke klinik rawatan ibu dan anak HTAR tetapi diminta pulang dahulu kerana katil penuh, jadi saya belikan isteri ubat di farmasi.

"Pada jam 4 pagi, 21 Julai lalu, isteri mengadu sakit perut sebelum tumpah darah, jadi saya bergegas membawanya ke hospital dan dia selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Zayyan pada jam 6 pagi secara pembedahan," katanya.

Menurutnya, doktor ada beritahu keadaan isterinya yang kemungkinan positif Covid-19 tetapi hanya mengesahkannya lima hari kemudian pada 26 Julai lalu selepas diminta memberi penjelasan lanjut berhubung status sebenar.

Katanya, Muhammad Zayyan yang sebelum itu ditahan di wad kerana menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 sudah dibawa pulang pada 28 Julai lalu.

"Arwah masih sedar dan kami ada berhubung termasuk menerusi panggilan video namun pada 30 Julai lalu, doktor beritahu saya ada jangkitan pada paru-paru isteri dan paras oksigennya menurun, jadi perlu jalankan prosedur intubasi untuk tidurkannya.

"Selepas dua hari, arwah kembali sedar dan sempat menghubungi saya memaklumkan mahu pulang ke rumah selepas stabil tetapi dia ditidurkan semula sebelum sedar tiga hari kemudian pada 5 Ogos lalu.

"Itu kali terakhir kami berhubung menerusi panggilan video dan dia ada beritahu tidak tahan kerana sakit, jadi saya minta arwah berehat.

"Pada 7 Ogos lalu, doktor hubungi saya maklumkan keadaan isteri sudah nazak kerana paru-paru dan buah pinggangnya semakin teruk serta mereka buat panggilan video bagi membolehkan saya bersama keluarga membacakan Yasin untuk arwah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir pagi esoknya," katanya.

Muhamat Azuwan berkata, anak sulungnya, Ahmad Nabil, 14, yang bersekolah di pusat tahfiz faham ibunya sudah tiada.

Bagaimanapun, katanya, cabarannya adalah untuk menjelaskan perkara sebenar kepada dua lagi anaknya, Farah Aqila, 6, dan Muhamad Rayyan, 2.

"Anak terutama anak kedua dan ketiga memang ada bertanya berikutan sudah lama tidak nampak kelibat ibu mereka di rumah dan saya cuba jelaskan tetapi mereka tidak faham kerana masih kecil.

"Apa pun saya cuba jalankan amanah dan tunaikan permintaan terakhir arwah sebelum ditidurkan kali kedua untuk menjaga anak dengan baik.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah," katanya.-CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-8-2021 11:09 AM
Sedih baca berita macam ni.. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman..
Quote rospinki 12-8-2021 11:13 AM
beranak c-zer ni tak payah covid memang kena oxigen. sebab masa nk due condition baby dalam perut memerlukan byk oxigen time tu plak tengah sakit..naiya sgt bila kena covid segala. mujur aku dulu ditidurkan bangun semula tercari2 mana baby..dalam kesakitan aku pegi building satu lagi naik lif sbil bawak tiang air dan plastik akhirnya jumpa. takdenya nurse nk bgitau..pepandai sendiri aku jejak baby ku yg tengah sakit dalam incu. aku tuggu je situ ulang alik dalam sakit. syukur baby dan aku keluar 3 hari lepas tu.
Quote bakingsoda 12-8-2021 11:18 AM
nampak tak punca kes tinggi walaupon majoriti cat 1,2 tak dapat tempat kat wad punya pasal boleh melarat sampai tak sempat diselamatkan
Quote Nenolen 12-8-2021 11:38 AM
rospinki replied at 12-8-2021 11:13 AM
beranak c-zer ni tak payah covid memang kena oxigen. sebab masa nk due condition baby dalam perut me ...

Innalillah...
Bru 2 hari lepas kaka kongsi pengalaman czer anak lelaki bongsu dgn anak lelaki sulung kaka...nmpk berkerut2 muka dia...kaka pula czer amik epidural...so kaka sedar sepanjang procedure...entah kekuatan dr mana kaka dpt...bila blk berpantang di kg dan buka jahitan di klinik sana...doktor kata beraninyer awak...dia mengaku wpun doktor dia pun tak berani czer sambil sedar...

Semoga yg urusan bakal ibu dipermudahkan Allah swt...amin.

Quote makneng 12-8-2021 11:43 AM
Innalillahiwainnailaihiraji'un. Takziah pd seluruh family arwah
Quote tukul 12-8-2021 11:49 AM
bakingsoda replied at 12-8-2021 11:18 AM
nampak tak punca kes tinggi walaupon majoriti cat 1,2 tak dapat tempat kat wad punya pasal boleh mel ...

Wad penuh..kita rakyat marhaen ni mcm ni la..nak g private mana nak cekau deposit aje puluh ribu..bill pay n claim tu ratus ribu...
Quote tukul 12-8-2021 11:51 AM
Nenolen replied at 12-8-2021 11:38 AM
Innalillah...
Bru 2 hari lepas kaka kongsi pengalaman czer anak lelaki bongsu dgn anak lelaki sul ...

Eh czer kan separuh sedar...dengar dr dan nurse sembang...berdebar2...ada eh yg full bius tuh utk beranak ni
Quote rospinki 12-8-2021 11:51 AM
Nenolen replied at 12-8-2021 11:38 AM
Innalillah...
Bru 2 hari lepas kaka kongsi pengalaman czer anak lelaki bongsu dgn anak lelaki sul ...

syulur alhamdulillah diberi peluang meneruskan kehidupan dan cekal menempuh ujian. mungkin kita diberi kehidupan yg b40 tapi diberi semangan t20.
Quote Supersirap 12-8-2021 11:59 AM
Salam takziah kepada keluarga waris, semoga dipermudahkan segala urusan
Quote bakingsoda 12-8-2021 12:01 PM
Edited by bakingsoda at 12-8-2021 12:06 PM
tukul replied at 12-8-2021 11:49 AM
Wad penuh..kita rakyat marhaen ni mcm ni la..nak g private mana nak cekau deposit aje puluh ribu.. ...


ada dah yg cakap berrrrduit pon tak dapat check-in private sebab penuh jugak, baru je baca semalam rasanya cuma lupa siapa yg cakap tu. soeb ke orang lain yg cite eh. yg lebih penting dari duit adalah kasta sosial, biasanya kasta atasan confirm lah berduit tapi ada kuasa utk demand, berani ke frontliner marhaen durhaka?
Quote anony-mous 12-8-2021 12:05 PM
tukul replied at 12-8-2021 11:49 AM
Wad penuh..kita rakyat marhaen ni mcm ni la..nak g private mana nak cekau deposit aje puluh ribu.. ...

Ada ratus ribu pon private tolak. Shuib n datin bekah both kena tolak ye. Buat rugi jah bur insurans time mcm ni
Quote wanawina 12-8-2021 12:05 PM
Nenolen replied at 12-8-2021 11:38 AM
Innalillah...
Bru 2 hari lepas kaka kongsi pengalaman czer anak lelaki bongsu dgn anak lelaki sul ...

kaka, cser mmgla separuh sedar kaka, akan bg spinal, tak rasa pinggang ke bawah, tp maknya sedar aja sepanjang cser. ada kes2 tertentu jah yg kita akan full bius aka general anesthesia, cthnya mcm covid ni. tapi kalau x da apa2 masalah, mmgnya akan separuh sedar jah. pelik pulak meols dr cuols cakap gitu.
Quote anony-mous 12-8-2021 12:06 PM
tukul replied at 12-8-2021 11:51 AM
Eh czer kan separuh sedar...dengar dr dan nurse sembang...berdebar2...ada eh yg full bius tuh utk  ...

Ada jah. Iols full bius x sedar apa
Quote tukul 12-8-2021 12:11 PM
wanawina replied at 12-8-2021 12:05 PM
kaka, cser mmgla separuh sedar kaka, akan bg spinal, tak rasa pinggang ke bawah, tp maknya sedar a ...

Itu yg i konpius sbb mostly kawan2 bercerita pun separa bius...
Quote tukul 12-8-2021 12:12 PM
anony-mous replied at 12-8-2021 12:05 PM
Ada ratus ribu pon private tolak. Shuib n datin bekah both kena tolak ye. Buat rugi jah bur insura ...

Tp last bekah tu lakinya masuk private kan...tp kena call and wait satu2 la
Quote wanawina 12-8-2021 12:12 PM
tukul replied at 12-8-2021 12:11 PM
Itu yg i konpius sbb mostly kawan2 bercerita pun separa bius...

masa meols ho dolu2, dah lama, meols either akan join cser as o&g or paeds standby la. mostly spinal. ada  1 2 kes sahaja meols tgk GA. bukannya deyols buat spinal, mak sedar, tayang kat mak belah perutnya, letak tirai.
Quote vee_zara 12-8-2021 12:12 PM
Masa last beranak awal tahun ritu, tak teruk lg kes ni tp hospital kat tempat i mmg dah tukar ke hosp covid. Nasib baik ada simpanan sikit terus ke private. Anak kuning pun hantar ke private juga. Tak koser laa nak ke hospital kerajaan nak berebut dengan org susah.
Kesian la depa. Ada ke anak kuning dari kepala batas kena p warded hosp kat sungai bakap sana. Imagine la kalau takde transport n takde duit nak amik teksi p sungai bakap. Dengan baru lepas beranak lg.. kesian gile kot. Masa i check up anak ada ibu muda menangis2 lagi kena marah dengan nurse sebab tak bawak anak dia p hospital. Dah dia ckp dia takde duit husband bawak lori ayam nak p sungai bakap sana nak buat cmne..
kadang kita yg senang ni pun ada masa susah juga. Kalau yg dah sedia susah n bertambah susah lg tu mcm mana. Sangat kesian.
Quote tukul 12-8-2021 12:13 PM
bakingsoda replied at 12-8-2021 12:01 PM
ada dah yg cakap berrrrduit pon tak dapat check-in private sebab penuh jugak, baru je baca semal ...

Ini betul...duit + kasta + cable
Quote noor2 12-8-2021 12:17 PM
Ni pun sama di pulau pinang...sama kes..

[youtube]FxbWK7NxOz8[/youtube]

Lihat semua komen(140)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.081991 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top