CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Tak Ada Selera Makan, Masih Terpanggil Nama Maid Yang Meninggal Dunia

12-8-2021 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12866| Komen: 79

Description: Pelawak Shuib mengakui mengalami banyak kejanggalan selepas kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia Isnin lalu.
Pelawak Shuib mengakui mengalami banyak kejanggalan selepas kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia Isnin lalu. 

Bagaimanapun menurutnya, dia sangat bersyukur dengan pertolongan Allah yang memudahkan banyak perkara dalam hidupnya sekarang.


Foto: IG

"Kalau nak disenaraikan kawan-kawan yang tawarkan hantar makanan, memang tak terkira antaranya Sharnaaz Ahmad dan Alif Satar.

"Sehinggakan mereka kata bagi isyarat saja nak makan, makanan akan sampai, terasa nak makan apa, makanan pasti sampai. 

"Namun, dah seminggu selera makan saya tiada sebab hidung belum berapa okay dan tak dapat cium bau," katanya selepas majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk arwah Siti Sarah yang berlangsung secara virtual, semalam. 



Shuib juga berkata, dia boleh menguruskan kehidupannya sekarang, namun apabila menyentuh berkenaan anak-anak itu yang jadikannya agak keliru.

"Bab anak-anak ini yang buat saya macam pelik sikit. Kadang-kadang mulut pun masih terpanggil nama pembantu rumah. 

"Tadi (semalam) tengah cari jubah dan baju anak-anak, saya terpanggil namanya sedangkan dia (pembantu rumah) dah meninggal dunia. Sebab, saya dah biasa bergantung dengan bantuannya sebelum ini.

"Bab anak-anak susah sikit, tapi saya ada juga berbual dengan Ajai. Katanya, dia pernah duda dan dia nasihatkan saya sediakan modul sendiri untuk anak-anak," katanya. 



Dalam masa sama, Shuib mengakui perubahan sikap anak-anaknya sekarang.

"Alhamdulillah, mereka ikut cakap. Sebelum ini saya penat jerit-jerit. Sekarang sekali cakap sahaja, semua akan ikut. Kalau tidak, nak suruh mandi pun berjam-jam.

"Sekarang, saya cakap pada mereka (anak) saya banyak benda nak fikir dan banyak benda nak buat. Jadi, tolong jangan bagi saya stress (tekanan). Alhamdulillah mereka bagi yang terbaik. 

"Berkenaan penjagaan mereka selepas ini, saya lega kerana adik ipar dan mentua tinggal berdekatan. Jadi, tiada masalah bab ini apabila saya kembali bekerja nanti," katanya yang akan menyediakan modul buat anak-anak secepat mungkin. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sweetsour25 12-8-2021 12:04 PM
Oo maid dia pun meninggal juga ke?

Quote Mikaella 12-8-2021 12:05 PM
sediakan modul untuk anak-anak? menarik!

kiranya family sillybus/system ke?
Quote Mikaella 12-8-2021 12:06 PM
sweetsour25 replied at 12-8-2021 12:04 PM
Oo maid dia pun meninggal juga ke?

sekarang sana sini dengar orang mati. bukak whatsapp status, ada je al fatihah utk sedara mara diorang. how creepy nowadays
Quote cmf_iddine 12-8-2021 12:08 PM
Uwaish ni mesti jadi anak intan berlian Shuib. Sbb anak sulung satu. Muka arwah mak lagi..lagi tadi dia cakap ini special untuk Uwaish..mudahan keluarga ni blh move on dan berbahagia walau tanpa permaisuri....comel anak2nya...
Quote makadek 12-8-2021 12:09 PM
bukan arwah kata segala hal soeb dia yg uruskan kaaaaaaa.

Boring dh weh citer len lak
Quote tootii 12-8-2021 12:09 PM
aku tau citer derang ni tengah hangat diperkatakan .. takziah utk seisi keluarga .. tapi mmg kena bukak benang baru eh setiap kali ada citer / info terkini pasal derang ni ? huhuhu..
Quote sarukhan 12-8-2021 12:13 PM
sweetsour25 replied at 12-8-2021 12:04 PM
Oo maid dia pun meninggal juga ke?

Aah sis meninggal covid jugak..
Quote bottombikini 12-8-2021 12:13 PM
sweetsour25 replied at 12-8-2021 12:04 PM
Oo maid dia pun meninggal juga ke?

dalam bedio yg sejam lebih tu dia ada cakap maid yg gi buang sampah pastu salam kawan tu dah pegi dulu
meninggal la maknanya kan

eh tolong la page 1 ni nak kena penuhkan dgn benang2 berita soeb ke wei


Quote slyfynx 12-8-2021 12:17 PM
Really?
Cukup2 la bukak thread untuk kisah ni.
Yes we know sedih, yes we know ramai terkesan.
But kalau nk sgt bkak byk thread, suh momod buat subthread.
Xde info baru pun.
Pasni sape lak rindu or nk sedekah pape?
Bukak lg thread.
Quote rospinki 12-8-2021 12:28 PM
haa bukak...selagi masih hangat diperkatakan.
bagi can la depa bukak tred.

tiap kesulitan tu ada jalan yg Allah berikan..bersabar dan tetapkan iman.
Quote sweetsour25 12-8-2021 12:29 PM
Aritu bgtau husbnd psal arwah meninggal..
Husband i jawab.. sama kes dgn yg beribu meninggal gak. Ni kaya la gak, bole trus kn hidup move on.. yg ade lagi miskin etc.. orang tak kisah ke?

Bitter juga husband i.. huhu. Tp ade betul.juga.. last2 i pn bitter.. malas duk tgk penuh citer.. smpai dah berlebih sangat plak
Quote mesmerize 12-8-2021 12:37 PM
kesiannya.. semoga tabah untuk keluarga arwah. mmg lama nak sembuh sakit dan rindu pada orang yg dah pergi selama2nya ni. sekurang2nya 3 bulan. ai dulu setahun baru hilang sedih bila arwah ayah meninggal. mmg nak menyesuaikan diri bila arwah dah takde mmg susah. duk terpandang2 n tercari2 mcm dia ada lagi. tengok kerusi dia macam dia masih duduk kat situ. tu pasal bila shuib upload igs semalam dia berjemaah tanpa sarah pastu dia tulis "belum biasa lagi, semoga masa pengubatnya #hanyarindu" tu ai paham sangat2.
Quote rain2169 12-8-2021 12:48 PM
aah kalau di lihat sekeliling.... sebenarnya ramai yang senasib..
yang lagi teruk pun banyak.
at least anak2 shuib ada daddy... kaya pulak tu.. berduit dan berharta...
cer tengok yatim piatu yang parents dah meninggal tu...
contoh yg 8 beradik yatim piatu kat rawang tu.... lagi sedih.......
Quote naina 12-8-2021 12:49 PM
Alaa sedapnya tengok aiskrim bubblebee tu
Kat tempat aku takda plak
Btw..memang susah lah nak urus rumah anak2 semua tanpa isteri dan maid kalau sebelum ni semua bergantung dengan mereka
Kalau tak pernah jerit2 marah2 sure lepasni letih dan stress urus sendiri
Pasal nak suruh anak mandi pun berejam tu yess..anak2 aku pun samaaaa. Nak kena ugut rotan baru la terkedek2 pg blok air
Quote arffa 12-8-2021 12:51 PM
Soeb nak citer banyak mana pun nak dia, kalau you all annoyed sepatutnya annoy dengan si pembuka thread yang buka thread banyak - banyak pasal arwah dan soeb ni. Anyway utk tidak OT maid dia ni pun baik ikut kata soeb dalam live hari tu, lama kot kerja dengan diorang dekat 6 tahun mestilah terasa - rasa lagi kan macam arwah ada kat rumah tu. Trauma kot 2 orang dalam rumah tu pergi sebab covid.
Quote MelahJanda 12-8-2021 12:52 PM
sian lahai sisoeb..nangis rasanya nak masak harini..tak jadi masakla aku..lantakla anak ramai tak makanla korang

nak pegi melukis gambo maid soeb la..ada tak gambo dia aku nak lukis pastu post dlm fesbuk group lukis.

Quote opie5662 12-8-2021 12:52 PM
sweetsour25 replied at 12-8-2021 12:29 PM
Aritu bgtau husbnd psal arwah meninggal..
Husband i jawab.. sama kes dgn yg beribu meninggal gak. N ...

Mmg betul... Cume nye kite selalu bezakan kaya miskin je... Yg sama perasaan kehilangan tu. Tak kire la kaya ke miskin, perasaan kehilangan tu yg tak tertanggung sebenarnye
Quote amyza82 12-8-2021 01:10 PM
sweetsour25 replied at 12-8-2021 12:29 PM
Aritu bgtau husbnd psal arwah meninggal..
Husband i jawab.. sama kes dgn yg beribu meninggal gak. N ...

Mmg betul. Byk lagi budak2 yg jadi yatim, yatim piatu. Nk teruskn hidup lagi perit.
Jgn ckp soal perasan, semua org yg ditinggalkn ada rasa yg sgt sedih. Tapi lagi kesian kalo dalam sedih terpaksa fikir soal mulut yg perlu diisi.
Ni sibuk nk kesiankn laki org yg tiap saat meratip kt medsoc buat content. Duit mengalir msk mcm air.

Quote MelahJanda 12-8-2021 01:15 PM
btw napa cari baju panggil maid i thought kenalah panggil _______(fill in the blank)

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.209075 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top