CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Masa Kita Tak Panjang Nak Buat Benda Tak Bermanfaat,"-Alyah Tak Nak Gaduh-Gaduh

12-8-2021 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2550| Komen: 5

Description: Pemergian penyanyi Siti Sarah awal pagi Isnin lalu masih berbekas dan menginsafkan ramai orang apatah lagi buat rakan artis lain yang selama ini pernah bekerjasama dengannya.
Pemergian penyanyi Siti Sarah awal pagi Isnin lalu masih berbekas dan menginsafkan ramai orang apatah lagi buat rakan artis lain yang selama ini pernah bekerjasama dengannya.


Penyanyi terkenal Alyah misalnya, mengaku perasaannya ketika ini bercampur-baur ketika berdepan dengan realiti bahawa Siti Sarah sudah tiada lagi di dunia ini selepas berjuang melawan Covid-19.


Foto: IG

“Sunyi, sepi, suram, sayu dan kosong hati ini pada ketika ini. Mengharapkan kebenaran adalah mimpi.

“Kebelakangan ini terlalu banyak berita kematian yang kita dengar. Masa kita juga bakal tiba. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita,” tulisnya.

Kematian itu pasti dan semua manusia akan pergi bila tiba masanya kelak.



Menyedari hakikat tersebut, pelantun lagu Thank You Allah itu turut menitipkan pesan kepada peminatnya agar menjaga diri dan silaturahim dengan baik.

“Jangan gaduh-gaduh ya. Masa kita tak panjang pun nak buat benda yang tak bermanfaat. Saya bercakap untuk diri sendiri juga.

“Salam Maal Hijrah. Mohon maaf salah silap, minta halal segala-galanya kepada sesiapa sahaja ya,” katanya.



Isnin lalu, dunia hiburan bahkan seluruh negara berduka apabila penyanyi Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir pukul 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas tiga hari tidak sedarkan diri akibat Covid-19.

Siti Sarah meninggalkan suami, Shuib dan empat anak yang masih kecil termasuk bayi lelaki yang baru dilahirkan secara pembedahan pada Jumaat minggu lalu. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 12-8-2021 12:19 PM
bagus la.sama2 amik peringatan.lps ni gaduh dgn laki tk payah la sampai langgar kete, meroyan kt ig.jaga la maruah suami juga
Quote Ayda89 12-8-2021 12:28 PM
Takda orang nak gaduh pun kalau orang lain tak kacau
Quote RatuDunia94 12-8-2021 01:10 PM
X perlu tunggu sarah meninggal pun utk amik iktibar. Setiap hati beratus2 org mati.
Quote imanjannah 12-8-2021 02:15 PM
betul tu Alyah..
Quote Zaien 12-8-2021 03:43 PM
hope tin ya x meroyan lagi yach ngn tok laki..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.178360 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top