View: 1976|Reply: 5
|
"Masa Kita Tak Panjang Nak Buat Benda Tak Bermanfaat,"-Alyah Tak Nak G
[Copy link]
|
|
Pemergian penyanyi Siti Sarah awal pagi Isnin lalu masih berbekas dan menginsafkan ramai orang apatah lagi buat rakan artis lain yang selama ini pernah bekerjasama dengannya.
Penyanyi terkenal Alyah misalnya, mengaku perasaannya ketika ini bercampur-baur ketika berdepan dengan realiti bahawa Siti Sarah sudah tiada lagi di dunia ini selepas berjuang melawan Covid-19.
Foto: IG
“Sunyi, sepi, suram, sayu dan kosong hati ini pada ketika ini. Mengharapkan kebenaran adalah mimpi.
“Kebelakangan ini terlalu banyak berita kematian yang kita dengar. Masa kita juga bakal tiba. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita,” tulisnya.
Kematian itu pasti dan semua manusia akan pergi bila tiba masanya kelak.
Menyedari hakikat tersebut, pelantun lagu Thank You Allah itu turut menitipkan pesan kepada peminatnya agar menjaga diri dan silaturahim dengan baik.
“Jangan gaduh-gaduh ya. Masa kita tak panjang pun nak buat benda yang tak bermanfaat. Saya bercakap untuk diri sendiri juga.
“Salam Maal Hijrah. Mohon maaf salah silap, minta halal segala-galanya kepada sesiapa sahaja ya,” katanya.
Isnin lalu, dunia hiburan bahkan seluruh negara berduka apabila penyanyi Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir pukul 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas tiga hari tidak sedarkan diri akibat Covid-19.
Siti Sarah meninggalkan suami, Shuib dan empat anak yang masih kecil termasuk bayi lelaki yang baru dilahirkan secara pembedahan pada Jumaat minggu lalu. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus la.sama2 amik peringatan.lps ni gaduh dgn laki tk payah la sampai langgar kete, meroyan kt ig.jaga la maruah suami juga |
|
|
|
|
|
|
|
Takda orang nak gaduh pun kalau orang lain tak kacau |
|
|
|
|
|
|
|
X perlu tunggu sarah meninggal pun utk amik iktibar. Setiap hati beratus2 org mati. |
|
|
|
|
|
|
|
hope tin ya x meroyan lagi yach ngn tok laki.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|