CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zed Zaidi Gesa Kerajaan Benarkan Penggambaran, Dah Berbulan-Bulan Tak Ada Duit

12-8-2021 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2934| Komen: 18

Description: Larangan aktiviti penggambaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga peralihan ke fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) benar-benar menjejaskan pendapatan anak seni.
Larangan aktiviti penggambaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga peralihan ke fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) benar-benar menjejaskan pendapatan anak seni.


Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi, seramai 7,000 ahli terjejas teruk dan berdepan kesusahan hidup akibat tidak boleh bekerja.

Foto: IG

"Ketika mula dilanda pandemik pada tahun lepas, kami juga mempunyai masalah sama di mana pertama kali kena, tak tahu bagaimana nak bantu ahli tapi apabila PKP berlangsung hingga PPN ini menambah parah pada industri seni kita.

"Sebelum ini kita mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) tertentu tapi kali ini impak lagi serius. Kita tidak berkerja berbulan-bulan nak sampai bertahun dan saya juga dapat pelbagai reaksi ahli, dulu kita boleh bantu bukan duit tapi dari sudut badan korporat membantu artis kita.


"Mungkin dalam kalangan 7,000 artis ini hanya 10 peratus boleh bertahan kerana mereka artis popular dan dapat banyak job. Jika 10 peratus mungkin dia pun tak boleh survive, bagaimana pula dengan 90 peratus yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang," katanya.



Zed berkata demikian menerusi siaran langsung di Facebook FDAM membincangkan mengenai isu 'Bila Kami Boleh Shooting?' pada malam Rabu yang turut disertai oleh pengarah drama terkenal, Rashid Sibir dan pelakon Husna Mustaffa.

Dalam pada itu, Zed mencadangkan satu mekanisma baharu diwujudkan menerusi perkongsian idea daripada persatuan hiburan membantu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) agar penggiat seni dapat kembali bekerja dengan lebih cepat.

Ujarnya, syarat kebenaran menjalankan penggambaran yang ditetapkan kerajaan sepanjang tempoh PPN ini menyulitkan.

"Kita bukan nak bergantung pada bantuan, kita boleh bekerja cuma tidak diberi ruang bekerja kerana masih menunggu SOP tertentu. Kita tahu dari pihak Finas, ada boleh mula penggambaran tapi hanya melibatkan untuk menghabiskan penggambaran saja.

"Jika ikut PPN, belum tentu kawasan kita boleh mula shooting. Tidak adil kilang boleh buka tapi aktiviti seni tidak boleh sedangkan kami juga penyumbang pada ekonomi negara. Kita faham agensi kerajaan bekerja dari rumah, tak boleh dapat keputusan on-the-spot dan saya tidak salahkan netizen apabila mengatakan kenapa industri seni nak dapat keutamaan?

"Kita adalah suara akar umbi iaitu persatuan seni daripada ahli, kita mengangkat isu mengikut saluran yang betul dan kami memohon pihak tertentu supaya kita tak lagi buat keputusan berbolak-balik," katanya.

Sementara, pengarah terkenal Rashid Sibir pula berkata sudah tiba masanya kerajaan membenarkan penggambaran dijalankan memandangkan sudah lebih 120 hari mereka tidak dibenarkan bekerja.

"Saya bukan nak menyalahkan sesiapa tapi nak bagi lebih kefahaman bahawa kami semua sedang tenat. Kita memang nak minta shooting supaya boleh bagi makan pada keluarga.

"Bukan nak merayu atau merintih sangat-sangat, kita anak seni ada cara sendiri. Jadi, saya berasakan selepas ditutup 120 hari lebih kurang sejak Mei, kita seharusnya dilepaskan berkerja.

"Minta maaf cakap Jepun berjaya buat sukan Olimpik dengan SOP yang ditetapkan. Apa salahnya kita belajar daripada mereka, kebaikan yang mereka lakukan, bagaimana mereka mengawal SOP dan menjaga atlet berpuluh ribu terlibat berjaya dilakukan sedangkan kita hanya 20 orang dalam satu set penggambaran susah dilepaskan untuk bekerja," katanya.



Rashid juga berpendapat SOP ditetapkan ketika ini terlalu ketat untuk penggiat seni dan ia adalah suatu tindakan kejam pada anak seni yang mencari rezeki.

"Saya meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang terlalu meletakkan SOP ketat hingga dikatakan Finas tidak boleh lawan, apa perlu kita buat. Anak seni bagi letak apapun kita boleh ikut tapi jangan sampai jerat leher kita sendiri untuk bekerja.



"Saya kali ini berasa amat kecewa kerana tidak dapat membantu ramai orang. PKP kali ini terlalu sesak dan nazak, apabila saya mendapat telefon dan mesej daripada kru, pelakon dan semua bertanya kenapalah susah nak benarkan kita semua bekerja.

"Bukan kita nak langgar SOP tapi nak cari rezeki pun payah nak dilepaskan. Jika AstraZeneca kena tunggu dua bulan, apa salah diwajibkan swab test seperti sebelum ini sebelum penggambaran.

"Pada stesen TV pula naik la harga supaya kami boleh tidur lena, semua orang harus mempermudahkan kehidupan masing-masing, hidup singkat biar memberi makna pada orang lain," katanya.

Sementara itu, Rashid memohon Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin campur tangan dalam hal ini memandangkan ramai penggiat industri kreatif sudah berada dalam keadaan tertekan dan terdesak.



"Perancangan awal kena ada bukan esok nak buat, hari ini kita baru nak bercakap. Kami menghargai Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Finas nak jaga orang seni tapi jangan macam-macam.

"Kita boleh ikut SOP dan kalau tempat itu bahaya kita tidak akan pergi. Jangan terlalu menyekat banyak benda, beri kepercayaan pada anak seni untuk bekerja.

"Perdana Menteri tolong lepaskan kami bekerja, jangan cakap... kebajikan bukan kerja saya sebab Finas macam seorang bapa pada anak-anak. Kita membuktikan tiada kluster pun dan kita sebenarnya tidak mahu bantuan kerajaan tapi lepaskan kami bekerja. Saya sebagai pengarah sedih bila kru telefon dan kita menjadi tempat mereka mengadu," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabundettol 12-8-2021 01:40 PM
Pemilihan gambar tu..mmg tepat ya ngan tajuk {:yameteh
Quote LadyCarefree 12-8-2021 02:42 PM
Nak sangat maka biarkan semua yg nak shooting pi duduk satu pulau jangan pi memana sampai selesai.

Lepas habis kena kuarantin wajib 21hari kat dalam kawasan berpagar duri. Charge satu kepala RM20k.

Quote cheezel 12-8-2021 02:43 PM
tak penting langsung dunia hiburan ni. berkubur terus pun xpe.
Quote cheezel 12-8-2021 02:45 PM
and bukan kau je xleh beroperasi lagi. banyak g sektor lg penting kena bukak dlu. pegila berbisnes ke apa. malu ke nak menjual
Quote OyenLemas 12-8-2021 03:16 PM
alaahaii {:dot{:dot
Quote slyfynx 12-8-2021 03:17 PM
Boleh, semua dok kat pulau jerejak.
And pastu dah abis shooting kuarantin bayar sendiri/penerbit bayar.
Xde shortcut.
Quote Fortiori02 12-8-2021 04:17 PM
Dah tau pendapatan retis ni x tetap mana, belajarla berjimat dr awal. Ni asek nak tayang rumah besar, kete besar, mkn tmpt mahal2, mmg tersepit la idup bila x de job.
Quote Yunbin 12-8-2021 07:47 PM
Bising la kau pakcik…banyak lagi industri terjejas
Quote Mamioomami 12-8-2021 07:49 PM
Laki aku keje kilang dah 3 bulan tak keje. Dah tentu pendapatan sebelum ni jauh beza ngan retis2..
Ingat kayangan je yang terjejas ke
Quote Ayda89 12-8-2021 08:06 PM
Kesian..tapi nak buat macamana..semua pun tengah susah
Quote Mulotkoyak 13-8-2021 12:22 AM
LadyCarefree: Nak sangat maka biarkan semua yg nak shooting pi duduk satu pulau jangan pi memana sampai selesai. Lepas habis kena kuarantin wajib 21hari kat dalam k ..

Saya cadangkan duk pulau langkawi... Sape nak sgt berlakon gi duk sana berbulan-bulan...kuarantin 14ari dlu br jln kan pengambaran.At least hidup gak langkawi tuh...
Quote Carcosa 13-8-2021 12:36 AM
Yelah. Sebab retis2 je tau makan nasik. Retis2 je kena bayar rumah /kereta. Retis2 je yg kena suap anak bini makan. Retis2 je pandai pakai Internet, pakai electricity. Retis2 je mandi pakai air. Retis2 je pandai pakai dapur gas. Semua retis.
Kami2 ni, semua obor2.
F##k you ZedZaidi boyak
Quote Rhyno 13-8-2021 12:45 AM
Poyosssssssssssssssssssss!!!
Quote bluebutter 13-8-2021 10:07 AM
Ohh tu wife dia ke. Ada berlakon dgn kamal adli title drama ada yang perhati. Lawa dia.
Quote bulalof 13-8-2021 10:09 AM
bisinglah ko.

yg korang hari2 flex hidup senang kat socmed tu tak fikir yg lain2 tgh merana nak teruskan hidup?
Quote mijot 15-8-2021 05:50 PM
"Minta maaf cakap Jepun berjaya buat sukan Olimpik dengan SOP yang ditetapkan. Apa salahnya kita belajar daripada mereka, kebaikan yang mereka lakukan, bagaimana mereka mengawal SOP dan menjaga atlet berpuluh ribu terlibat berjaya dilakukan sedangkan kita hanya 20 orang dalam satu set penggambaran susah dilepaskan untuk bekerja," katanya.


dok banding dgn negara jepun...masalahnya rakyat kita ni susah nak iku SOP...masa dibenarkan berlakon pun dulu, ada jer MUA/belakang tabir yg tak ikut SOp...
Quote Nenasketum 15-8-2021 06:45 PM
Bagus gak biar ramai lagi jalan. Hampir semua kaki dadah kaki duit scammer, pemabuk & kaki penipu. Bersih sket Malaysia nih daripada hamlau yang trying so hard nak jadi ikon pada anak muda & manjang nak rekrut orang jadi stokis barang sampah diorang. Aku sokong si bahalol Jed Jaidi kali ni.
Quote Burong_Hantuk 15-8-2021 07:05 PM
Makin kepam si Zed zaidi nih

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.210716 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top