CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China Akan Larang Lagu Karaoke Yang Boleh Ancam Keselamatan Negara

12-8-2021 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1228| Komen: 8

Description: China akan mengenakan larangan lagu karaoke yang dianggap membahayakan keselamatan negara untuk dinyanyikan.
China akan mengenakan larangan lagu karaoke yang dianggap membahayakan keselamatan negara untuk dinyanyikan.

Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan berkata pihaknya akan membuat satu senarai hitam bagi lagu-lagu yang dilarang kerana mengandungi kandungan terlarang seperti membahayakan keselamatan dan perpaduan negara, mencetuskan kebencian terhadap sesuatu etnik atau mempromosikan perjudian dan jenayah.



Gambar hiasan

China kerap menyekat lagu yang dianggap tidak bersesuaian dengan fahaman politik daripada khidmat penstriman muzik domestiknya, lapor AFP.

Dalam satu nota yang disiarkan semalam, kementerian itu bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana sesebuah lagu boleh mengancam keselamatan negara atau mendedahkan kandungan yang sudah disenarai hitam.

Pada tahun 2019, laman penstriman muzik China menyekat lagu-lagu protes tidak rasmi, termasuk lagu daripada filem Hollywood popular,  Les Miserables bertajuk ‘Do You Hear The People Sing’ serta beberapa lagu oleh pemuzik rock China, Li Zhi yang merujuk kepada insiden tunjuk perasaan di Dataran Tiananmen pada 1989.


Peraturan itu yang akan berkuatkuasa bermula 1 Oktober depan memerlukan pusat karaoke untuk menjalankan audit keatas katalog lagunya.

Kementerian juga mungkin akan menubuhkan satu pusat pakar untuk menilai seleksi lagu.

“Memandangkan terdapat hampir 50,000 pusat karaoke di seluruh negara, penguatkuasaan undang-undang adalah sesuatu yang sukar,” demikian kata seorang pengguna aplikasi sosial Weibo.

Peraturan baharu itu turut menjadi bualan dalam kalangan pengguna aplikasi itu.

“Budaya kita kini adalah 15 tahun terkebelakang. Kita ke pusat karaoke untuk menghiburkan hati, bukan mahu menyanyikan lagu kebangsaan,” kata seorang pengguna Weibo.

“Perlukah saya menyanyi lagu positif sehingga 10 kali agar diri saya menjadi positif?,” kata seorang lagi pengguna.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 12-8-2021 10:30 AM
Semua ada restrictions. Fuhhhh
Quote Ayda89 12-8-2021 11:02 AM
Ketat kawalan negara dia patutla boleh control rakyat yg berbiliun2 tu
Quote RatuDunia94 12-8-2021 01:41 PM
Itu negara dia jd hak dia lah nk wat lagu mana..
Quote salimrock 12-8-2021 04:10 PM
betul la tu... mana boleh bagi rakyat bangkit menentang kerajaan...
Quote Artemesiaa 12-8-2021 04:14 PM
Bukan benda baru ada je macam2 larangan bukan boleh bebas macam mereka dinegara lain
Quote dani-rox 13-8-2021 12:14 AM
Ah-ah-ah-ah-ah, America-Americano
Mis canciones son de la re-revolución
Mi corazón me duele por mi generación
If you love me, we can marry on the West Coast
On a Wednesday en un verano en agosto

I don't speak your, I don't speak your
Languagono (la la la la la la la)
I don't speak your (won't speak your)
I won't speak your (won't speak your)
Jesús Cristo (la la la la la la la)

I will fight for
I have fought for how I love you (la la la la la la la)
I have cried for
I will die for how I care (la la la la la la la)
In the mountains
Las campanas están sonando (la la la la la la la)
Todos los chicos (chicas) y los chicos (chicas)
Se están besando (la la la la la la la)



Quote dani-rox 13-8-2021 12:25 AM
Lagu yg dlm gambar tu "Total Eclipse of the Heart" kan? Akak memang salute org selain Bonnie Tyler yg bole berkarok lagu tersebut tanpa suara terjun ke jurang Mariana
Quote bulalof 13-8-2021 10:18 AM
biasalah...

ideology communist.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.096243 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top