CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Bunuh Nurse Hospital Serdang, Lelaki Nigeria Dihukum Gantung Sampai Mati

5-8-2021 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 80097| Komen: 346

Adik ketua jururawat di Hospital Serdang yang mati dibunuh seorang lelaki warga Nigeria memanjatkan rasa syukur apabila keadilan akhirnya berpihak kepada mereka.

Khairani Mohd. Kamarudin, 38, berkata, keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini jelas melegakan mereka selepas sentiasa mendoakan agar kebenaran terbukti berhubung kes pembunuhan kakaknya itu.

Foto: Kosmo

“Selama ini kita mendoakan keadilan didedahkan, hopefully (diharapkan) inilah keadilannya.

“Harap tiada apa lagi berkait lepas ini (berhubung pembunuhan tersebut),” katanya ketika ditemui di luar makhkamah hari ini.

Terdahulu, Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 38, selepas tertuduh didapati bersalah membunuh Siti Kharina, 40, dua tahun lalu.


Ab. Karim memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan hari ini.

“Mahkamah sukar menerima keterangan tertuduh sebelum ini yang berbeza dengan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) bahawa telah meninggalkan kediaman si mati pada 9 Mei 2019, sebaliknya berada di lokasi kejadian.

“Itu rekaan tertuduh sahaja. Malah, pihak pendakwaan juga membuktikan tertuduh satu-satunya yang mempunyai akses ke dalam rumah si mati berdasarkan kad akses digunakan tertuduh.

“Kesan darah dan asid deoksiribonukleik (DNA) si mati juga ada pada baju tertuduh,” katanya dalam penghakimannya.


Siti Kharina

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman itu sehingga selesai keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas dipohon peguam Shafinah Taib yang mewakili tertuduh.

Alowonle didakwa membunuh Siti Kharina di sebuah unit Kondominium Third Avenue, Cyberjaya di sini antara pukul 12.41 tengah malam, 9 Mei hingga 2.30 petang, 15 Mei 2019.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dikendalikan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail.

Kosmo! pada 17 Mei pada 2019 melaporkan misteri kehilangan seorang Kketua jururawat Hospital Serdang akhirnya terjawab apabila wanita itu ditemui mati di sebuah kondominium di Cyberjaya dekat sini.

Penemuan mayat Siti Kharina terbongkar hasil maklumat orang awam yang melihat darah mengalir keluar dari pintu rumah itu kira-kira pukul 2.30 petang. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Innrukia 4-8-2021 12:29 PM
so apa hubungan depa dua sebenarnya?
Quote Gianna111 4-8-2021 12:29 PM
alhamdulillah..keadilan telah pun ditegakan dan berpihak kepada mangsa..sama-sama kita mengambil ikhtibar dari kisah ini.moga-moga keluarga kita dijauhi dari benda begini.
Quote Artemesiaa 4-8-2021 12:35 PM
Terhukum juga akhirnya
Quote darkness 4-8-2021 12:35 PM
Aku nak tahu kenapa dia dibunuh..apa hubungan dua org ni
Quote Manjahati 4-8-2021 12:36 PM
Alhamdulillah..moga jadi pengajaran utk semua
Quote TOPwind 4-8-2021 12:42 PM
Innrukia replied at 4-8-2021 12:29 PM
so apa hubungan depa dua sebenarnya?

hubungan pisang lah tu
Quote mejaputih 4-8-2021 12:43 PM
motif pembunuhan??
Quote Shayang 4-8-2021 12:45 PM
Senyap je tau2 mendapat cash, ingatkan kes tak berjalan wartawan pun senyap je

Banyak lagi kes diam2 je tak tau apa cerita ni. Aku nak listkan pun mau cramp tangan.
Quote TOPwind 4-8-2021 12:45 PM
Edited by TOPwind at 4-8-2021 12:46 PM
darkness replied at 4-8-2021 12:35 PM
Aku nak tahu kenapa dia dibunuh..apa hubungan dua org ni

puncanya mat arang tetiba bawa minah arangnya dok kat kondo tu tampa minta izin= kira mat arang tu ada dua apam satu apam zero income satu apam ada income.
Quote Meiizu 4-8-2021 12:45 PM
Ohh kes ni
TT mohon link kan kes lama..nak baca balik
Quote nazzse 4-8-2021 12:45 PM
Laju jgk kes ni..senyap2 jalan
Quote KIM.K 4-8-2021 12:47 PM
Finally. Kes nilah yg buat aku join forum dengan teori2 aku.
Sape boleh tumpah teh..camne murder berlaku. nak tau jugak
Quote Knowlee 4-8-2021 12:52 PM
Finally, jatuh hukum juga...
Habis keluar segala aib arwah...
Moga kita jadikan iktibar...
Quote otai_g 4-8-2021 12:53 PM
Kes ni kalo dilihat secara detail akan bnyk kemaluan yg akan terdedah.

Ada baiknya scrapkan je la thread ni.
Quote edayildiz 4-8-2021 12:55 PM
ok dh settle tp nak tahu detail perkenalan dorg..
Quote lavendernovella 4-8-2021 12:56 PM
Apakah motip?
Quote lavendernovella 4-8-2021 12:57 PM
edayildiz replied at 4-8-2021 12:55 PM
ok dh settle tp nak tahu detail perkenalan dorg..

Nak tau gak ..  apakah bagaimanakah mengapakah adakah siapakah haha
Quote shernazz 4-8-2021 12:59 PM
Mohon kaka sofia zara masuk.balik dgn info2 dari hospital.shaden
Quote zennaya 4-8-2021 01:02 PM
Berbenang2 psl kes ni. Forumer dok bertekak berpage2

Lihat semua komen(346)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.078185 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top