View: 79470|Reply: 346
|
[Tempatan]
Lelaki warga Nigeria dihukum gantung kerana membunuh Ketua Jururawat Hospital Se
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 4-8-2021 04:29 AM
Pembunuh Ketua Jururawat dihukum gantung
https://www.kosmo.com.my/2021/08 ... at-dihukum-gantung/
Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
4 Ogos 2021, 11:48 am
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/08/WhatsApp-Image-2021-08-04-at-11.42.01-AM.jpeg)
SHAH ALAM – Adik kepada Ketua Jururawat Hospital Serdang yang mati dibunuh seorang lelaki warga Nigeria menzahirkan rasa syukur apabila keadilan akhirnya berpihak kepada mereka.
Khairani Mohd. Kamarudin, 38, berkata, keputusan Mahkamah Tinggi di sini jelas melegakan pihaknya selepas mendoakan kebenaran terbukti berhubung pembunuhan kakaknya itu.
“Selama ini pun kita mendoakan keadilan didedahkan, hopefully ( diharapkan ) inilah keadilannya.
“Harap tiada apa lagi berkait lepas ini (berhubung pembunuhan tersebut),” katanya ketika ditemui di luar makhkamah hari ini.
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/08/WhatsApp-Image-2021-08-04-at-11.41.28-AM.jpeg)
Siti Kharina
Terdahulu, Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap tertuduh Alowonle Oluwajuwon Gilbert, 38, selepas didapati bersalah membunuh Siti Kharina, 40, dua tahun lalu.
Ab. Karim memutuskan demikan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan hari ini.
“Mahkamah sukar menerima keterangan tertuduh sebelum ini yang berbeza dengan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) bahawa telah meninggalkan kediaman si mati pada 9 Mei tahun 2019 sebaliknya berada di lokasi kejadian.
“Itu rekaan tertuduh sahaja. Malah,pihak pendakwaan juga membuktikan tertuduh satu-satunya yang mempunyai akses ke dalam rumah si mati berdasarkan kad akses digunakan tertuduh.
“Kesan darah dan asid deoksiribonukleik (DNA) si mati juga ada pada baju tertuduh,” katanya dalam penghakimannya.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman tersebut sehingga selesai keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas dipohon peguam Shafinah Taib yang mewakili tertuduh.
Berdasarkan pertuduhan, Alowonle didakwa membunuh Siti Kharina, di sebuah unit Kondominium Third Avenue, Cyberjaya di sini antara pukul 12.41 pagi, 9 Mei hingga 2.30 petang, 15 Mei tahun lalu.
Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail.
Kosmo! pada 17 Mei pada 2019 melaporkan misteri kehilangan seorang Ketua Jururawat Hospital Serdang akhirnya terjawab apabila mayat wanita itu ditemui di sebuah kondominium sewa di Cyberjaya dekat sini pada 15 Mei tahun lalu.
Penemuan mayat Siti Kharina terbongkar hasil maklumat orang awam yang melihat darah mengalir keluar dari salah satu pintu kediaman terbabit kira-kira pukul 2.30 petang. – K! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so apa hubungan depa dua sebenarnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah..keadilan telah pun ditegakan dan berpihak kepada mangsa..sama-sama kita mengambil ikhtibar dari kisah ini.moga-moga keluarga kita dijauhi dari benda begini. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nak tahu kenapa dia dibunuh..apa hubungan dua org ni |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..moga jadi pengajaran utk semua |
|
|
|
|
|
|
|
Senyap je tau2 mendapat cash, ingatkan kes tak berjalan wartawan pun senyap je
Banyak lagi kes diam2 je tak tau apa cerita ni. Aku nak listkan pun mau cramp tangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by TOPwind at 4-8-2021 12:46 PM
puncanya mat arang tetiba bawa minah arangnya dok kat kondo tu tampa minta izin= kira mat arang tu ada dua apam satu apam zero income satu apam ada income.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ohh kes ni
TT mohon link kan kes lama..nak baca balik |
|
|
|
|
|
|
|
Laju jgk kes ni..senyap2 jalan |
|
|
|
|
|
|
|
Finally. Kes nilah yg buat aku join forum dengan teori2 aku.
Sape boleh tumpah teh..camne murder berlaku. nak tau jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Finally, jatuh hukum juga...
Habis keluar segala aib arwah...
Moga kita jadikan iktibar... |
|
|
|
|
|
|
|
Kes ni kalo dilihat secara detail akan bnyk kemaluan yg akan terdedah.
Ada baiknya scrapkan je la thread ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ok dh settle tp nak tahu detail perkenalan dorg..![](static/image/smiley/default/3sweat.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 4-8-2021 12:55 PM
ok dh settle tp nak tahu detail perkenalan dorg..
Nak tau gak .. apakah bagaimanakah mengapakah adakah siapakah haha |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon kaka sofia zara masuk.balik dgn info2 dari hospital.shaden |
|
|
|
|
|
|
|
Berbenang2 psl kes ni. Forumer dok bertekak berpage2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|