Zizan Razak merupakan seorang pelawak yang serba boleh kerana bukan sahaja pandai menghiburkan orang ramai, malah merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara yang "berpengaruh". Instagramnya sahaja sudah hampir mencecah 8 juta pengikut menjadikan dia selebriti tanah air yang ketiga paling ramai pengikut di Instagram selepas Neelofa dan Datuk Siti Nurhaliza. Namun usianya yang kini mencecah 37 tahun membuatkan dia turut tidak terlepas daripada soalan mengenai jodoh. Walaupun pernah bercinta beberapa kali sebelum ini dengan beberapa selebriti, namun jodohnya mungkin belum lagi tiba. Baru-baru ini, sebuah video mengenai peminat Zizan Razak menjadi viral di aplikasi TikTok gara-gara meminati pelakon Polis Evo itu dan dia mengatakan Zizan Razak belum berkahwin kerana menunggu dirinya. Jesteru, video santai itu membuatkan ramai tertarik dan mengharapkan Zizan Razak perasan mengenai gadis berkenaan. Ternyata ia sampai ke pengetahuan pelakon popular itu dan memuat naik semula video TikTok itu di ruangan Instagramnya. "Harini ada jawapan kenapa Zizan tak kahwin lagi??? apa kata anda??," tulis Zizan Razak.
|
sunnylicious: zizan ni mcm ada satu aura yang aku tak kenan k bai
sunnylicious replied at 5-8-2021 07:42 AM
zizan ni mcm ada satu aura yang aku tak kenan k bai
dejure replied at 5-8-2021 07:56 AM
Macam budak terencat akal zizan ni..dia dengan kekrul kalau berlakon bersama jadi adik beradik ter ...
pearl.silver replied at 5-8-2021 07:24 AM
I harap budak tu muncul balik dgn video baru
Abg zizan razak jgn salah paham. Kami maksudkn zizan ...
cheezel: melayu ni suka sibuk jodoh org. sensitif kot. bila nk kawin bila nak beranak bila nak tambah anak bila nk dpt anak laki bila nk dpt anak perempuan bil ...
ADVERTISEMENT