Penyanyi popular Aishah mencadangkan syarikat pengeluar baju sukan diberikan bajet untuk menghasilkan pakaian sukan ‘aurat friendly’ untuk atlet wanita Malaysia yang beragama Islam.
Menerusi hantaran di Instagram baru-baru ini, apa yang diluah itu hanya sekadar cadangan setelah melihat atlet beragama Islam bertanding di Sukan Olimpik Tokyo. Menurut Aishah, apa yang dicadangkan itu bukan bermakna diriya kolot, sebaliknya ia adalah berdasarkan pembacaannya tentang atlet gimnastik Jerman baru-baru ini. Ujarnya, sudah seharusnya ada usaha ke arah berkenaan dan perkara itu boleh dijadikan pilihan buat atlet yang bertanding. Sumber: MalaysiaGazette
|
AnnaSendin: Yang ini iols setuju. Seksa nengok model shaver terkangkang kiak walaupun tak ada hasil.
ellejo replied at 4-8-2021 07:39 PM
atlet ada pilihan. mereka da buat pilihan sendiri. hormati pilihan org dan doakan saja diberi hidaya ...
ellejo: atlet ada pilihan. mereka da buat pilihan sendiri. hormati pilihan org dan doakan saja diberi hidayah. kenapa perkara itu cukup susah nak dibuat oleh ...
LadyCarefree replied at 5-8-2021 01:20 AM
Baru nak cakap benda sama. Nanti siapa xpilih baju each kena cop jahil kena hencap kena bully.
...
khaira01 replied at 5-8-2021 09:16 AM
Setuju dgn acik. Bukan paksaan, tp memberi pilihan kpd atlet utk brpakaian mgikut syariat.
Mgkin ad ...
ADVERTISEMENT