CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tumbuk, Hina & Ambil Kad Bank Isteri Kerana Samosa

22-4-2021 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5045| Komen: 40

Seorang wanita warga asing disyaki dipukul suaminya kerana berselisih faham berhubung isu perniagaan kuih samosa di sebuah rumah pada 13 April lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, dalam kejadian pada jam 3.15 petang, suspek yang juga warga asing berusia 28 tahun itu turut memburukan nama keluarga isterinya.



Gambar hiasan

"Suspek cuba membaling senduk kayu ke arah isterinya ketika mangsa berusia 30 tahun itu mahu ke bilik, namun tidak kena.

"Apabila mangsa berada di bilik di tingkat atas kediaman terbabit, suspek telah bertindak menarik tangan dan mengheret isterinya turun ke bawah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Abd Khalid berkata, ketika pasangan itu berada di hadapan pintu rumah, suspek telah mengambil kad pengeluaran tunai sebuah bank milik mangsa.

"Kemudian berlaku pergelutan antara pasangan itu, suspek telah menolak dan menumbuk perut isterinya sehingga terduduk," katanya.


Menurutnya, adik lelaki mangsa yang berusia 19 tahun telah menolong mengangkat kakaknya.

"Mangsa kemudiannya membuat laporan polis untuk keselamatan diri," katanya.

Abd Khalid berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Subang Jaya telah menahan lelaki terbabit pada jam 1 petang, Rabu.

"Suspek akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 22-4-2021 02:34 PM
Campak je dua2 parashit ni tengah lautan hindi
Quote shernazz 22-4-2021 02:35 PM
Iols baru semalam.beli samosa.panas kat taman iols neh
Beli samosa daging
Sampai ke sudah tak rasa daging
Baik.kau cakap samosa kentang je jimbit
Quote songhara1226 22-4-2021 02:54 PM
shernazz replied at 22-4-2021 02:35 PM
Iols baru semalam.beli samosa.panas kat taman iols neh
Beli samosa daging
Sampai ke sudah tak rasa ...

Bersabarlah uolls, I pon semalam pi beli roti john dging dan ayam, buka puasa je dpt rasa roti john telur je dua2 tu
Quote saviour_09 22-4-2021 02:56 PM
rohingya?

pernah ada 1 kes rohingya tumbuk bini dia sebab tak buat kuih raya dia mintak

WAKTU MALAM, NOT EVEN IN RAMADHAN!!!!



Quote shernazz 22-4-2021 02:58 PM
songhara1226 replied at 22-4-2021 02:54 PM
Bersabarlah uolls, I pon semalam pi beli roti john dging dan ayam, buka puasa je dpt rasa roti joh ...

Bertabahlah kita kan..
Sayang betul sebab samosa dia sedap cuma takde daging .iols rasa tertipu..hahaha
Depa neh mmg nak.tempah tiket pegi haji balik hari kot..
Quote sarah82 22-4-2021 03:05 PM
shernazz replied at 22-4-2021 02:58 PM
Bertabahlah kita kan..
Sayang betul sebab samosa dia sedap cuma takde daging .iols rasa tertipu.. ...

Iols nak habaq je la.. Iols makan samosa dan roti john.. Daging selambak.. Muahahaha
Quote songhara1226 22-4-2021 03:10 PM
sarah82 replied at 22-4-2021 03:05 PM
Iols nak habaq je la.. Iols makan samosa dan roti john.. Daging selambak.. Muahahaha

Quote sarah82 22-4-2021 03:11 PM
songhara1226 replied at 22-4-2021 03:10 PM

Muahahahahaha... Iols beli kat bazar sajork...
Quote misc 22-4-2021 03:13 PM
Warga asing mana ni siap boleh business samosa. Pernah ada visitor office aku dari India cakap samosa malaysia tak sedap (samosa dari 5star hotel tuu). Sedap lagi samosa negara dia. Aku hmmm je la malaih nak argue tekak masing2.
Quote insulin 22-4-2021 03:14 PM
sarah82 replied at 22-4-2021 03:11 PM
Muahahahahaha... Iols beli kat bazar sajork...

Bazaar dekat mana? Berapa harga?
Quote sarah82 22-4-2021 03:16 PM
insulin replied at 22-4-2021 03:14 PM
Bazaar dekat mana? Berapa harga?

Bazar stadium alor setar.. Special rm8..puas hati.. Yg tak special pun byk daging
Quote white_musk 22-4-2021 03:17 PM
misc replied at 22-4-2021 03:13 PM
Warga asing mana ni siap boleh business samosa. Pernah ada visitor office aku dari India cakap samos ...

Jikalau tekak india mari tu adik bawalah dia ke kedai mamak saja dik...

Quote insulin 22-4-2021 03:18 PM
sarah82 replied at 22-4-2021 03:16 PM
Bazar stadium alor setar.. Special rm8..puas hati.. Yg tak special pun byk daging

Jauh pula. Dah harga pun boleh tahan.
Quote songhara1226 22-4-2021 03:20 PM
sarah82 replied at 22-4-2021 03:11 PM
Muahahahahaha... Iols beli kat bazar sajork...

Bagusnyaaa kalau peniaga bazaar kat tempat iolls mcm dekat tmpt kaka sarah
Dahlah mahal satu roti john biasa je dh RM7
Quote sarah82 22-4-2021 03:20 PM
insulin replied at 22-4-2021 03:18 PM
Jauh pula. Dah harga pun boleh tahan.

Hehehehehehe.. Mmg harga berpatutan.. Kalau kat Hospital Sultanah Bahiyah dulu.. Roti John special rm7..sedap tau..
Quote sarah82 22-4-2021 03:21 PM
songhara1226 replied at 22-4-2021 03:20 PM
Bagusnyaaa kalau peniaga bazaar kat tempat iolls mcm dekat tmpt kaka sarah
Dahlah mahal satu ...

Roti john biasa dlm rm5 tak salah.. Kalau kat jitra pemes roti john lebai... Sedap..
Quote Manjahati 22-4-2021 03:24 PM
sarah82 replied at 22-4-2021 03:16 PM
Bazar stadium alor setar.. Special rm8..puas hati.. Yg tak special pun byk daging

Demi terbayangkan kaka sarah punya roti john selambak daginggg...harus hari ni nk pi cari kat kedai depan nun...walaupun tau mustahil nk dptkan daging selambak waima secebis dlm roti john nya tu...
Quote sarah82 22-4-2021 03:28 PM
Manjahati replied at 22-4-2021 03:24 PM
Demi terbayangkan kaka sarah punya roti john selambak daginggg...harus hari ni nk pi cari kat keda ...

Huhuhu....kat foodpanda kak sarah pernah order roti john daging selambak rm10..free delivery.. Mmg puas la makan..
Quote c===8 22-4-2021 03:41 PM
misc replied at 22-4-2021 03:13 PM
Warga asing mana ni siap boleh business samosa. Pernah ada visitor office aku dari India cakap samos ...

dgn bangsa ni lu jgn berdebat, gerenti lu kalah punya

ada sorg tu lahir kat sini, dah masuk islam, tak pernah pergi negara india tapi apa2 isu tetap menangkan negara india

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.125782 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top