CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertindih Bayi Sendiri Sampai Mati, Semuanya Sebab Mabuk!

17-3-2021 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1640| Komen: 3

Madrid: Gara-gara mabuk, satu pasangan kekasih di Alhama de Murcia, tenggara Sepanyol tidak sedar bahawa mereka terhempap bayi lelaki mereka atas katil.

Akibat kejadian itu, mangsa berusia empat bulan meninggal dunia.

Susulan insiden berkenaan, pasangan itu disiasat pihak berkuasa atas kesalahan membunuh tanpa niat.

Gambar Hiasan

The Sun yang memetik laporan media tempatan menyatakan pegawai penyiasat yang tiba di lokasi kejadian mendapati pasangan itu masih dalam keadaan mabuk.

Menurut laporan sama, pasangan itu mengakui mereka masuk bilik yang menempatkan bayi lelaki mereka sedang tidur selepas mereka minum minuman beralkohol pada awal pagi Jumaat.


Keesokan paginya, kedua-duanya mendapati bayi itu sudah tidak bernyawa di tempat tidur di sebelah mereka.

Mereka kemudian menghubungi talian kecemasan.

Dalam pada itu, pakar forensik turut ditugaskan untuk menyiasat kematian bayi berkenaan.

Difahamkan, pasangan itu yang dikatakan mempunyai empat anak lain dipercayai warga Bolivia, tetapi usia mereka tidak didedahkan.

Seorang saudara difahamkan menjaga anak pasangan itu ketika mereka disoal siasat polis.

Setakat ini, mereka masih belum ditangkap.

Ia sementara menantikan keputusan bedah siasat mangsa.

Sementara itu, satu laporan media tempatan lain menyatakan bayi itu mempunyai tanda lebam yang jelas.

Laporan lain pula menyatakan polis tempatan menerima beberapa aduan daripada jiran mengenai muzik yang dipasang kuat.

Alhama de Murcia adalah sebuah bandar di wilayah Murcia dengan kapasiti penduduknya kurang 20,000 orang. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lemonademint6 17-3-2021 09:31 AM
Kesian baby .. xpasal2
Quote n0n0n0 17-3-2021 09:49 AM
Sebab tu la tak boleh minum2 ni semua jadi ting tong. Tak pasal2 anak tu meninggal mcm tu je. Sedih sgt
Quote budakLuiTimur 19-3-2021 01:13 AM
ya Tuhaaannn.. sebab tu laa Islam haramkan arak ni.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.329126 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top