CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ratusan Remaja Masuk Hospital Sakit Jiwa Kerana Permainan Online

17-3-2021 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4221| Komen: 27

Description: Ratusan remaja dari pelbagai daerah di Jawa Barat dimasukkan ke Hospital Sakit Jiwa Jawa Barat (RSJ) akibat ketagihan bermain permainan online, lapor Suara.com, hari ini.
Ratusan remaja dari pelbagai daerah di Jawa Barat dimasukkan ke Hospital Sakit Jiwa Jawa Barat (RSJ) akibat ketagihan bermain permainan online, lapor Suara.com, hari ini.

Menurut laporan terperinci, seramai 98 remaja dimasukkan ke RSJ pada 2020 dan 14 pesakit lagi pada Januari serta Februari tahun ini .


Mereka semua sedang menjalani rawatan di RSJ bagi ketagihan permainan online ini.


Wakil Gabenor Jawa Barat, Uu Ruzhanul Ulum (baju putih sebelah kiri) berbual dengan seorang kanak-kanak yang ketagihan permainan online di Hospital Mental Jawa Barat. - Suara.com/Ferrye Bangkit Rizki

Pengarah Urusan RSJ daerah Cisarua, Elly Marliyani menjelaskan, puluhan pesakit tersebut adalah kanak-kanak berusia antara 11 hingga 15 tahun yang mengalami masalah ketagihan bermain permainan online di komputer dan telefon pintar.

“Kami kategorikan masalah ini sebagai ketagihan internet dan ia termasuk permainan online,” kata Elly ketika ditemui di RSJ Cisarua, Jalan Kolonel Masturi, Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, hari ini.


Sementara itu, bagi 2019, pihaknya belum mengasingkan data mengenai pesakit yang dirawat khas untuk ketagihan permainan online.

RSJ buat masa ini hanya menangani pesakit komorbid iaitu situasi di mana kanak-kanak mengalami gangguan dua gejala dalam masa sama iaitu sakit mental dan ketagihan permainan online.

“Jadi pada 2019, tidak ada data yang lengkap untuk jumlah pesakit ketagih permainan online namun secara purata terdapat sekitar  11 hingga 12 pesakit yang daftar masuk ke RSJ setiap bulan,” jelas Elly.

Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja di RSJ Cisarua, Lina Budiyanti, menambah bahawa majoriti ibu bapa memilih membawa anak-anak mereka mendapatkan rawatan apabila mula menunjukkan keagresifan emosi apabila dilarang menggunakan telefon pintar.

“Apabila mereka dilarang, ekspresi emosi anak-anak bertukar agresif. Mereka akan mula melempar barang bahkan mengancam mencederakan diri sendiri menggunakan senjata tajam jika permintaan mereka untuk menggunakan telefon pintar dan penambahan kuota internet tidak dipenuhi,” jelasnya.

Tambah Lina, faktor penularan Covid-19 juga dilihat sebagai penyumbang utama peningkatan ketagihan permainan online dalam kalangan remaja kerana mereka banyak menggunakan komputer riba, telefon pintar dan internet untuk kelas online di rumah.

“Ketika penularan wabak Covid-19, golongan remaja ini terkurung di rumah dan tidak bebas bergerak atau bermain di luar seperti biasa.

“Ibu bapa pada mulanya memberikan kelonggaran kerana fikir jika anak-anak tidak bermain permainan online, apa lagi yang ingin dilakukan di rumah. Bermula dengan kelonggaran  dan akhirnya melarat menjadi ketagihan tidak terkawal,” tegasnya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munahminah 17-3-2021 10:10 AM
Ketagihan game online ni kt msia pun terok. Bdk2 sekolah kt msia ni pun sama jer
Quote rajamoney 17-3-2021 10:34 AM
jngn jd cm indon ni

duit tk de tapi sibuk nk main game

fhm?
Quote Ain_h 17-3-2021 11:13 AM
Time covid pun xleh main keluar main game online jela
Quote Duriancreep 17-3-2021 01:09 PM
Ratusan yang mendapatkan treatment,  ribuan yang self diagnosed
Quote Artemesiaa 17-3-2021 01:14 PM
Ada benarnya ramai yang hilang adap sopan dan jadi sombong dan ganas akibat terpengaruh dengan permaianan yang dimainkan.
Quote icemochalatte 17-3-2021 04:48 PM
Adoiii.bahaya niii.
Quote supermum 17-3-2021 06:07 PM
Macam budak pompuan yang nak terjun jambatan tu.
Quote anony-mous 17-3-2021 06:35 PM
munahminah replied at 17-3-2021 10:10 AM
Ketagihan game online ni kt msia pun terok. Bdk2 sekolah kt msia ni pun sama jer

Setuju. Main game smpai menangis2 menjerit2 mcm babi. Celik mata main game, xmain game, makan
Quote ReginaGeorge 17-3-2021 09:01 PM
Salah siaapa
Quote ^CUN_GILA~. 17-3-2021 09:37 PM
Entah hapa2..  Takda la seronok sangat game zaman sekarang ni.
Quote intanblur 20-3-2021 01:28 AM
Nauzubillah semog dijauhkan
Quote belacan_gurl 20-3-2021 03:06 AM
Aku pun kaki game...kdg2 bila kalah rasa nk hempas segala benda kat depan mata maklumla kita main game yg nk kena bayar lebih kalo nk senjata hebat...kad playstore kdg2 beli sampai rm 100 ..hahahahaha boleh jadi gila sbb main dgn org negara lain dorg lagik hebat ...asyik upgrade je senjata ....tp aku cuba bertenang...gi bilik ayo mandi tu je cara aku
Quote Belibis 20-4-2021 08:02 PM
Harap sarah masih selamat la hendaknya.{:smile
Quote tepisket.. 20-4-2021 08:11 PM
Main game tu ok lagi.ni mulut pun sama laju berzikir.. bab* anj**. Tu yang x suka tu. Lagi kalau tgok video streamer game ni. Terpekik terlolong. Harap2 mak ayah tu tgok2 la sikit anak tu.
Quote DARSITA 23-4-2021 03:48 AM

Anak aii pun main game roblox (spelling) minecraft, back yard junk (kalau tak silap)  tapi kita sebagai ibubapa kenalah pandai pantau. Mcm aii hanya membenarkan anak main game dgn kawan kawan sekolah (hanya yang dikenali sahaja) Main pun bila dah habis baca buku, mengaji dan kerja sekolah. Anak aii pergi sekolah tiga kali seminggu, dua hari lagi secara online.

Aii ckp kalau dia orang langgar rules yang aiii tetapkan .. aii stop bayar membership.
Quote DARSITA 23-4-2021 03:52 AM
belacan_gurl replied at 19-3-2021 11:06 AM
Aku pun kaki game...kdg2 bila kalah rasa nk hempas segala benda kat depan mata   maklumla kita m ...



Anak aii main world of tanks kejap ... dia punya ratip kalau nak beli gold boleh makan hari. Suruh jer buat apa semua dia ikut. Bila dpt beli gold dan beli new tanks kemain lagi gembira. Sebab yg main game ini international yang dah tua tua suka mencarut bagai aii stop membership. Aii ckp dgn anak dengar boleh copy jangan.


Quote Ninjanunu 17-5-2021 01:37 PM
Bodoh je online games ni.
Quote stingerjaguar 17-5-2021 01:40 PM
DARSITA replied at 23-4-2021 03:48 AM
Anak aii pun main game roblox (spelling) minecraft, back yard junk (kalau tak silap)  tapi kita se ...

Toilet kau masih ada library didalamnya Dar?
Quote Tinot7 17-5-2021 01:43 PM
Iols main zuma online, takde la sampai ketagih...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.051137 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top