Penduduk di Desa Sukaratu, Cianjur di Jawa Barat menemui campuran palstik di dalam beras yang diagihkan menerusi bantuan sosial. Ukurannya sama dengan beras sebenar dan dipercayai dicampurkan di dalam kampit beras yang diberikan kepada golongan yang kurang berkemampuan.
Difahamkan beras plastik itu bentuknya nipis, memanjang dan lutsinar. Detiknews melaporkan, penduduk turut menerima sumbangan seperti telur, daging dan minyak. Salah seorang penduduk yang dikenali sebagai Ridwan Yulianto berkata, "Ia agak melekit dan selepas dimasak, baru tahu ia plastik. Selepas diperiksa, ia beras daripada bantuan diterima. Setiap beg ada puluhan butir beras plastik. Apabila diperiksa, kami jumpa ada puluhan butir beras plastik."
Bukan sahaja di desa tersebut, malahan kawasan lain yang menerima beras bantuan itu turut mengalami masalah sama. Pentadbir daerah Cianjur, Herman Suherman berkata, pihaknya mengarahkan siasatan dijalankan berhubung isu tersebut.-CARI
|
Kalori gram (cal) merupakan tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 g air sebanyak 1 °C. Tenaga ini sebanyak 4.184 J.
ADVERTISEMENT