CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Artis Sekarang Senang Buat Duit, Berani Mengaku Jutawan,"-Datuk Rosyam Nor

23-9-2020 01:33 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 20720| Komen: 107|Original author: Oleh: Saiful

Ramai selebriti muda negara ini sekarang berani tampil mengaku mereka kini bergelar jutawan.

Bagi Datuk Rosyam Nor, beliau menghormati tindakan mereka kerana baginya mengaku jutawan itu hak masing-masing.


Foto: IG
"Pada saya terpulang mereka untuk mengaku diri sudah bergelar jutawan kerana berjaya dalam perniagaan diusahakan. Untuk saya, cukuplah hanya dikenali ahli perniagaan yang aktif dalam bisnes.

"Gelaran jutawan atau tidak itu, biarlah kerana difinisi saya untuk bergelar jutawan, seseorang itu sudah pasti memiliki wang tunai atau simpanan berjumlah jutaan ringgit.

"Untuk saya, setakat ini masih ada banyak hutang perlu diselesaikan dan tak sesuai rasanya dengan gelaran (jutawan) berkenaan. Lagi pun, apabila berani mengaku sudah jutawan semestinya ada pro dan kontra.


"Dari aspek pro, boleh kita lihat kejayaan sudah  jutawan itu mampu dijadikan inspirasi oleh orang ramai  untuk lebih berusaha hingga berjaya. Manakala, kontranya ialah perihal keselamatan yang memerlukan kita lebih berhati-hati dan waspada," katanya seperti dipetik di Harian Metro.



Tambah Rosyam, peluang selebriti masa kini untuk mendapatkan kehidupan mewah adalah agak mudah kerana ada pelbagai cabang paltform untuk menjana pendapatan.

"Sekarang, jika seseorang selebriti itu rajin berusaha pasti dia akan berjaya. Umpamanya, menceburi perniagaan, aktif di platfom media sosial serta digital, termasuk ada ramai peminat.

"Saya dapati, buat  'review' produk di Instagram pun selebriti dibayar. Begitu juga, kandungan video di saluran YouTube. Pendek kata, cabang untuk peroleh pendapatan lain itu memang ada banyak," tambahnya. -CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 23-9-2020 01:53 PM
Dia ni nampakla buat real bisnes, dan lama juga bekecimpung bukannya setahun dua.

Quote KIM.K 23-9-2020 02:02 PM
Suchi replied at 23-9-2020 01:53 PM
Dia ni nampakla buat real bisnes, dan lama juga bekecimpung bukannya setahun dua.

MARA suka toksyam panggil bagi talk merata. Pasal dia usahawan mara tak silap

Toksyam pernah kata dia minta loan nak buat bangunan, org doubt dia pasal heshe artis reti buat apa


Quote YomiuriLandMae 23-9-2020 02:13 PM
"Sekarang, jika seseorang selebriti itu rajin berusaha pasti dia akan berjaya. Umpamanya, menceburi perniagaan, aktif di platfom media sosial serta digital, termasuk ada ramai peminat."

So kalo rajin membodek and kabel kuat tu bole consider tak?
Quote mamajawie 23-9-2020 02:26 PM
lama xnmpak tok danish berlakon sejak #bmf dilondehkan oleh ummah meleis..
Quote Redmyvi 23-9-2020 03:01 PM
Pasaraya dia still ada lg ker ??
Quote Kaktusmati 23-9-2020 03:24 PM
pernah tengok rancangan apa ntah yang dia tunjuk tanah dia bnyk ekar..
dia ada tanam pokok buah tak silap.
maafkan iols, ingat2 lupa
tapi heols memang usahawan la..
Quote zeitabaei 23-9-2020 03:29 PM
Kaktusmati replied at 23-9-2020 03:24 PM
pernah tengok rancangan apa ntah yang dia tunjuk tanah dia bnyk ekar..
dia ada tanam pokok buah tak ...

Ye dia dpt tanah utk usaha kan nangka madu. Kat pahang tu 70 percent dia punya la tu.. Yg nak ke kelantan tu jual nangka madu tu dari kebun dia la .dpt lagi kiosk free kat rnr genting sempah
Quote husna_amal 23-9-2020 03:30 PM
Artis sekarang pandai guna pengaruh dan pandai manfaatkan peluang. Kalau tak usaha tak dapat hasil macam tu.
Quote Kaktusmati 23-9-2020 03:35 PM
zeitabaei replied at 23-9-2020 03:29 PM
Ye dia dpt tanah utk usaha kan nangka madu. Kat pahang tu 70 percent dia punya la tu.. Yg nak ke k ...

wow im impressed. kalau macam ni nak claim jutawan iols terima la.
ni jual liptik 3-4 shades, lepas stengah tahun boleh claim jutawan iols bluggghhh kan aje huhuhu
Quote blue^panther 23-9-2020 03:35 PM
Yg betul2 layak dipanggil jutawan pon segan nk mengaku jutawan, malu ka yg baru2 meniaga dh mengaku jutawan.....
Quote lasagna 23-9-2020 03:43 PM
Edited by lasagna at 23-9-2020 03:45 PM

mmg selayaknya lah heols dapat tittle datuk. tgk tanah dia laa bape ekar kat pahang nuuu, pastu buat bisness lagi mcm2.. tapi xde pun dia mngaku dia jotawan, rilex2 jer berniaga.

@Kaktusmati @zeitabaei   - buah durian belanda pun dia ada tanam.
Quote missyL 23-9-2020 03:48 PM
Redmyvi: Pasaraya dia still ada lg ker ??


Ade lg rasenye.
Akak aku suke pg. Katenye murah..
Quote elnor_81 23-9-2020 03:50 PM
Tok sham bijak mencari peluang
Quote MimiLalat 23-9-2020 04:18 PM
Jutawan baru yang masuk news minggu lepas baca tak niii agk2
Quote mizruncing 23-9-2020 04:21 PM
masalah skrg pon dah memang ramai suka beli produk retis even produk timbang kilo. sbb tu retis skrg cepat kaya. pas tu belagak dok perli2 orang bawah. sory laa meols nk support mana2 produk retis ni
Quote Sazida 23-9-2020 04:26 PM
Pasni 4 bradik tu mengelibas lah buat insta story
Quote TomyamPuteh 23-9-2020 04:35 PM
Sapa yg usaha lbh, rezeki lbh. Itu je...
Quote Analisaxx 23-9-2020 04:50 PM
Dia ni antara artis yang aku respect. Selain bakat yang tak perlu dipertikaikan lagi, pandai ambil peluang berbisnis jugekkk> heols pun takdelah ngaku jutawan giteww walaupun rasanya dia memang dah jutawan kan.
Quote Joysparta 23-9-2020 05:00 PM
ok la tu..dah berjaya dalam biz tu boleh bantu retis2 lain pulak..

xdelah retis sebok menyelit mintak bantuan kerajaan.. siap mtk laluan khas atas nama retis...

orang cani percaya sket nampak hasil...dr sorg retis tu..biz byk katanya sume pun lingkop kat tgn dia..

lps kena cerai langsung jual air liur..tu pun org percaya dia bagi talk biz bagai..




Lihat semua komen(107)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.110718 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top