Bagi peminat pasta, pasti tidak asing lagi dengan jenama San Remo. Terbaru, San Remo Malaysia memperkenalkan resipi baharu spaghetti yang diinspirasikan dari Nasi Lemak sempena Hari Malaysia.
Bagaimanapun, gambar hidangan 'Spaghetti Lemak Bungkus' lengkap dengan telur rebus, kacang dan bilis goreng, timun, rendang ayam serta sambal, nampaknya tidak mendapat sambutan di kalangan masyarakat. Namun, berbeza pula dengan pendapat Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Titah baginda, rakyat sepatutnya berbangga apabila makanan kebangsaan dan kebanggaan kita adalah makanan versatil yang boleh diubah suai. "Kenapalah nak marah pasal spaghetti nasi lemak. "Orang Johor dah lama makan laksa spaghetti," titah baginda yang turut berkongsi beberapa gambar sajian yang diinspirasikan dari Nasi Lemak.
|
awanysss: meleis kan suka overclaim everything..nak lawan negara seberang..
myoujin replied at 18-9-2020 01:10 PM
Bagi aku laksa spageti tu ok jer sebab dia golongan MEE..
Ibarat tiada rotan akar pun berguna..
...
TomyamPuteh replied at 18-9-2020 01:25 PM
X reti la nk mkn mcm2 jnis dlm 1 pinggan ni
ADVERTISEMENT