CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru 9 Tahun Dah Pakai Maskot Sara Keluarga

18-9-2020 12:55 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3691| Komen: 13|Original author: Oleh: natrahn

Description: Baru berusia sembilan tahun, tapi beban tanggungjawab yang beliau tanggung hampir sama seperti orang dewasa.


Baru berusia sembilan tahun, tapi beban tanggungjawab yang beliau tanggung hampir sama seperti orang dewasa. 

Tular di media sosial gambar seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun menyarung maskot watak Tom dalam filem animasi terkenal Tom and Jerry yang menimbulkan rasa simpati di kalangan netizen.

Difahamkan, kanak-kanak ini terpaksa memakai maskot untuk menyara hidup keluarganya.



Seorang pengguna Instagram @rhmadii berkongsi video seorang kanak-kanak yang sedang duduk melepaskan penat selepas menghiburkan orang ramai di kawasan Jalan Gatot Subroto, Kalimantan Selatan, Indonesia.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Rehan itu memberitahu, beliau terpaksa melakukan kerja tersebut kerana kesempitan hidup.


Kredit foto - Instagram @rhmadii

Ibunya turut melakukan pelbagai pekerjaan, namun ianya hanya cukup untuk membayar sewa rumah mereka dan sekiranya ada lebihan, ia sekadar cukup untuk membayar yuran sekolah beliau. 

Pendapatan yang diperolehi Rehan pula cuma sekadar cukup untuk membeli sekampit beras.

Rehan terpaksa berjalan 10 kilometer setiap hari untuk datang ke 'tempat kerja'nya di Jalan Gatot Subroto, Jakarta, namun tetap berasa gembira dapat meringankan beban ibunya.

Rutin hariannya bermula awal pagi atau sebelum subuh untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Usai selesai 'bekerja', pada waktu petang beliau akan pulang ke rumah untuk bermain bola sepak bersama rakan-rakannya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jika kita rasa kita susah, ada lagi yang lebih melarat hidupnya.

Semoga terus kuat hadapi hari mendatang dan dipermudahan segala urusan, dik. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 18-9-2020 12:57 PM
Just as I thought
News leluhur lg
Quote Artemesiaa 18-9-2020 01:00 PM
Cuba gembirakan orang tapi hati sendiri sedih kesusahan bagi cabaran untuk budak sekecil tu
Quote kelapaparut 18-9-2020 01:03 PM
susahnye indonesia.. org malaysia byk x bersyukur
Quote Kurex 18-9-2020 01:43 PM
Adik, jadi la pengamen macam tegar yg makin wangi tu
Quote ninjago 18-9-2020 01:46 PM
kesiannya tengok budak tu.. child labor weh. mohon raffi ahmad, baimwong, ria ricis, ruben onsu, nikita mirzani, ivan gunawan semua turun padang bg support apa yg patut.. kesiannnn


Quote ell768 18-9-2020 01:56 PM
kesian budak ni...tp tu laa kat sana mmg mcm2 pesen..kecik2 lg dah galas tanggungjawab berat nak tlg keluarga..
Quote husna_amal 18-9-2020 03:40 PM
Rakyat kat sana ramai yang susah2 sampai nasib mereka tak terbela. Kalau ada bantuan kerajaan pun dah diseleweng orang tertentu dulu.
Quote prettyuglybabe 18-9-2020 04:49 PM
kesiannya.. dah la costume tu comel
Quote Jorja 18-9-2020 06:20 PM
Biasanya yg masa kecil mcm ni bila besar nanti ada business & kaya
Quote TomyamPuteh 19-9-2020 11:31 AM
Kurex replied at 18-9-2020 01:43 PM
Adik, jadi la pengamen macam tegar yg makin wangi tu

Hang taste dkt tegar kurex?
Quote Kurex 19-9-2020 12:01 PM
TomyamPuteh replied at 19-9-2020 11:31 AM
Hang taste dkt tegar kurex?


Memuji tak semestinya suka kaka.... Tapi memang makin wangi
007945800_1577600987-hl.jpg
Quote diss69 20-9-2020 07:15 AM
Tersentuh hati kalau baca news mcm ni.. Moga adik success, Insyaallah..
Quote Buritan 20-9-2020 12:20 PM
Artemesiaa replied at 18-9-2020 01:00 PM
Cuba gembirakan orang tapi hati sendiri sedih kesusahan bagi cabaran untuk budak sekecil tu

Aku sedih dan terharu tengok budak tu.. tp aku ni tak tau nak decribe aku tak laa kaye tp aku pemalas.. aku pun tak phm.. dulu aku rajin je

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.265885 second(s), 60 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top