CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duit Pencen Atuk Kau Buat Langgan PUBG...

18-9-2020 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5632| Komen: 23

Description: Belasan ribu ringgit bukan kecil, tapi besar jumlahnya! Lelaki di India yang taasub dengan PUBG sanggup memindahkan wang pencen datuknya berjumlah 2.3 lakh (RM12,931) semata-mata untuk melanggan perma ...
Belasan ribu ringgit bukan kecil, tapi besar jumlahnya! Lelaki di India yang taasub dengan PUBG sanggup memindahkan wang pencen datuknya berjumlah 2.3 lakh (RM12,931) semata-mata untuk melanggan permainan berkenaan.


Menurut Gulf News seperti dipetik Harian Metro, Pankaj Kumar, 23, memindahkan wang itu ke Paytm (dompet mudah alih) dan menggunakannya untuk membiayai pembelian aplikasi dalam akaun permainan PUBG miliknya.


Gambar hiasan

Difahamkan, perbuatannya disedari datuknya selepas menerima mesej di telefon bimbit memaklumkan 2,500 rupee (RM141) ditolak dari akaunnya dengan baki 275 rupee (RM15.46) saja.

Bimbang menjadi mangsa penipuan, lelaki itu menghubungi pihak bank sebelum membuat laporan polis.

"Selepas disoal siat, Kumar memaklumkan seorang rakannya meminta ID dan kata laluan akaun Paytm miliknya.

"Polis mendapati individu yang kononnya menggunakan akaun Kumar untuk membuat pembayaran di Google Play untuk melanggan PUBG itu adalah remaja itu sendiri," kata Jabatan Siber Polis New Delhi.


Suspek yang ditahan kemudian mengakui melakukan pemindahan wang berkenaan untuk digunakan bagi membiayai langganan permainan dalam talian itu. - CARI
1

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-9-2020 12:22 PM
Leluhur.......
Quote gelas_pelastik 18-9-2020 12:50 PM
kalau aku jadi atok tu, aku libas budak tu separuh mati
Quote Artemesiaa 18-9-2020 12:52 PM
Belit2 pun kantoi juga akhirnya
Quote mikasa 18-9-2020 12:55 PM
Anak buah aku hantu game ni. Abis 500 beli apa  ntah. Pastu tekan subcrip apa ntah. Setiap bulan auto charge seratus lebih
Mengamuk mak ayah dia.silap parent jugak. Link payment google kat no hp.
Quote sukacactus 18-9-2020 01:00 PM
Dah 23, dewasa dah tu, suruh pergi keje la cari duit
Remaja apanya
Quote ais_kosong 18-9-2020 01:20 PM
cucu dari neraka..
Quote anony-mous 18-9-2020 02:39 PM
mikasa replied at 18-9-2020 12:55 PM
Anak buah aku hantu game ni. Abis 500 beli apa  ntah. Pastu tekan subcrip apa ntah. Setiap bulan aut ...

Ank jiran iols main benda ni menjerit mencarut suara kuat. Bising. Menjerit kdg2 main kalah lepas tu nak mengamuk smpai menangis. Lepas tu last year doc cek high bp . Umur muda lg xsmpai 20thn dah kena bp. Main game smpai x tido lepas tu pubg ni bkn sejenis game yg release tension. I rasa mana2 game pon put stress on us. Ada la a few yg ok. But while main tu mmg rasa stress lebih2 lg game mcm pubg ni , mcm x ada penamat
Quote mikasa 18-9-2020 03:04 PM
anony-mous replied at 18-9-2020 02:39 PM
Ank jiran iols main benda ni menjerit mencarut suara kuat. Bising. Menjerit kdg2 main kalah lepas  ...

Minecraft je game yang tak stress bagi aku.
Quote rospinki 18-9-2020 03:13 PM
anak aku yg kecik tu dah hampir terjerut game ni. game ni ada unsur negatif byk sgt. tu yg ada kes sampai bawak ke realiti nak jadi killer / shooter bunuh org tembak ala2 sniper. aku amik fon buang smua game. cakap kat dia game ni ada hantu/syaitan yg menguasai pemikiran lama2 bole jadi gila.
pastu dia takut..kalau tidak masa main game tu serupa org lupa diri dah.

kalau beli accessories dirog terus caj kat monthly bill kita..pernah kena. hawau. sempat kena berapa ngget je tu pon aku geram. marah rasa teraniaya
Quote husna_amal 18-9-2020 03:33 PM
Cucu tak guna. Terciduk kau disana.
Quote palmolive 18-9-2020 03:43 PM
mujur tak donlod di apps store
Quote TomyamPuteh 18-9-2020 04:46 PM
Byk tu 12k. Cucu dari nuraka btul la
Quote AyaqMeloSuam 18-9-2020 05:53 PM
ais_kosong: cucu dari neraka..

Sesuai ni ... hahahaaha {:laugh
Quote jazaa100 18-9-2020 06:41 PM
gelas_pelastik replied at 18-9-2020 12:50 PM
kalau aku jadi atok tu, aku libas budak tu separuh mati

Garang nya kauuu.......

Atau ckp je....mcm mak aku, dgn anak kemain garang....dgn cucu,....hish....buat sakit hati aku je......

Quote vespa_oren 18-9-2020 07:03 PM
anak buah aku semua dah ketagih game nie termasuk adik ipar aku
adik aku siap belikan ipad untuk ank dia main game nie dan bru 7tahun thun nie
thun lps rasa dia main siap nanges2 sbb mati kot
nasiblh phone aku x support game nie, cukuplh dlu ketagih clash of clan dengan @dino
kebanyakan yg main game pubg ini aku tgk bnyk betul masa terluang
Quote Lagubestbest 18-9-2020 07:03 PM
mikasa replied at 18-9-2020 12:55 PM
Anak buah aku hantu game ni. Abis 500 beli apa  ntah. Pastu tekan subcrip apa ntah. Setiap bulan aut ...


OK I beri bahasa mudah..

Bayar RM (Duit Malaysia) untuk dapat UC (Duit PUBG).

UC ni guna untuk beli pelbagai jenis baju seluar topi cat pada senapang kereta moto untuk digayakan karakter anak buah you main game tu je. Duit tu takde buat player jadi lagi handal ke apa pun.

Bayar dan nanti kapal terbang kargo akan drop kotak. Buka kotak dan surprise nasib la dapat ape pun. Macam beli tikam-tikam kat kedai runcit dulu kala. So kena beli banyak kali kalau barang yang nak tu tak dapat lagi.

Kalau subscribe bulanan, dia auto masuk kelab pemain berbayar dan atas kesetiaan diberi extra bonus barang-barang setiap bulan.

Quote mikasa 18-9-2020 09:09 PM
Lagubestbest replied at 18-9-2020 07:03 PM
OK I beri bahasa mudah..

Bayar RM (Duit Malaysia) untuk dapat UC (Duit PUBG).

Bila dah ketagih .bahaya game mcm ni
Quote dino 19-9-2020 09:07 AM
vespa_oren replied at 18-9-2020 07:03 PM
anak buah aku semua dah ketagih game nie termasuk adik ipar aku
adik aku siap belikan ipad untuk an ...

btul main time relaks skjp bkn fokus sgt pun..
yg main sampai lupa anak bini tu stop2 la.. haha
Quote gelas_pelastik 19-9-2020 09:39 AM
jazaa100 replied at 18-9-2020 06:41 PM
Garang nya kauuu.......

Atau ckp je....mcm mak aku, dgn anak kemain garang....dgn cucu,....hish ...

bukan mak kau je, mak aku pun gitu. jadi aku kena garang jugak, mungkin dengan cucu nanti aku cair macam mak aku

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.099450 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top