CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cradle Fund - Anak Tiri Maklum Nazrin Mungkin Dipukul

18-9-2020 01:03 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 7182| Komen: 16|Original author: Oleh: kp5x

Description: 'Uncle Nazrin mungkin ada orang buat atau pukul sebab dekat belakang ada darah, sambil menunjukkan tangan di belakang kepala.'

Kredit foto : Sinar Harian
'Uncle Nazrin mungkin ada orang buat atau pukul sebab dekat belakang ada darah, sambil menunjukkan tangan di belakang kepala.'

Saksi pendakwaan ke-28 kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan memaklumkan bahawa dia diberitahu anak tiri mangsa  mengenai kemungkinan itu.

Memetik Bernama, Muhammad Nabil Faqih, 28, yang juga bekas pemandu peribadi Nazrin memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau diberitahu kebakaran di bilik tidur mangsa berpunca akibat letupan telefon bimbit. 

Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak tiri mangsa ketika mereka bertemu pada hari kejadian.


Kredit foto : mstar

Beliau yang diberi cuti oleh Nazrin pada hari tersebut mengetahui kejadian menimpa mangsa apabila dihubungi setiausaha majikannya bernama Anisa pada 14 Jun 2018 sebelum bergegas ke rumah mangsa bersama isterinya.

"Apabila sampai di rumah (Nazrin), saya ada bertemu dengan anak tirinya. Saya bertanya macam mana boleh terbakar? Dia kata 'handphone' meletup terkena bahagian belakang," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Menjawab soalan yang ditanya apakah yang difahami dengan maksud 'bahagian belakang' seperti diberitahu anak tiri Nazrin, Muhammad Nabil bagaimanapun tidak dapat menjelaskan secara terperinci kerana tidak mengingati butirannya.

"Saya tak berapa ingat cuma apabila saya nak balik, anak tiri Nazrin ada beritahu saya 'Uncle Nazrin mungkin ada orang buat atau pukul sebab dekat belakang ada darah, sambil menunjukkan tangan di belakang kepala," katanya.

Mohd Asnawi : Dia (anak tiri Nazrin) kata mungkin ada orang buat. Kenapa dia kata begitu? Encik Nabil tanya ke?

Muhammad Nabil : Saya tak tanya.

Mohd Asnawi : Apa reaksi Encik Nabil apabila diberitahu begitu?

Muhammad Nabil : Sepanjang saya kenal anak tiri Nazrin, dia memang suka cerita macam budak-budak tapi saya tak ambil serius. Mungkin dia nampak dari jauh dan beranggapan begitu.

Mohd Asnawi : Encik Nabil tak cakap apa-apa? Memang Encik Nabil kenal dia banyak bercakap tapi Encik Nabil tak tanya (dengan lebih lanjut)?

Muhammad Nabil : Saya tak tanya dan cuma mendengar.

Pada 12 Mac 2019, Samirah Muzaffar, 45, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 14 tahun, didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari membunuh mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018. - CARI


Kredit foto : Facebook


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 11-9-2020 09:16 PM
Calling for @Acikgomen ..thread yg kita tunggu2..dah sambung perbicaraan acik
Quote me12345 11-9-2020 10:02 PM
Lama betul kes ni nk habis...tak lepas pulak pembunuh
Quote KIM.K 11-9-2020 10:34 PM
Reput sila tepek gambar bini dia yang lawa tu
Quote kp5x 18-9-2020 01:03 PM

Kredit foto : Sinar Harian



'Uncle Nazrin mungkin ada orang buat atau pukul sebab dekat belakang ada darah, sambil menunjukkan tangan di belakang kepala.'


Saksi pendakwaan ke-28 kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan memaklumkan bahawa dia diberitahu anak tiri mangsa  mengenai kemungkinan itu.


Memetik Bernama, Muhammad Nabil Faqih, 28, yang juga bekas pemandu peribadi Nazrin memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau diberitahu kebakaran di bilik tidur mangsa berpunca akibat letupan telefon bimbit.


Perkara tersebut dimaklumkan oleh anak tiri mangsa ketika mereka bertemu pada hari kejadian.





Kredit foto : mstar





Beliau yang diberi cuti oleh Nazrin pada hari tersebut mengetahui kejadian menimpa mangsa apabila dihubungi setiausaha majikannya bernama Anisa pada 14 Jun 2018 sebelum bergegas ke rumah mangsa bersama isterinya.

"Apabila sampai di rumah (Nazrin), saya ada bertemu dengan anak tirinya. Saya bertanya macam mana boleh terbakar? Dia kata 'handphone' meletup terkena bahagian belakang," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.


Menjawab soalan yang ditanya apakah yang difahami dengan maksud 'bahagian belakang' seperti diberitahu anak tiri Nazrin, Muhammad Nabil bagaimanapun tidak dapat menjelaskan secara terperinci kerana tidak mengingati butirannya.

"Saya tak berapa ingat cuma apabila saya nak balik, anak tiri Nazrin ada beritahu saya 'Uncle Nazrin mungkin ada orang buat atau pukul sebab dekat belakang ada darah, sambil menunjukkan tangan di belakang kepala," katanya.


Mohd Asnawi : Dia (anak tiri Nazrin) kata mungkin ada orang buat. Kenapa dia kata begitu? Encik Nabil tanya ke?


Muhammad Nabil : Saya tak tanya.


Mohd Asnawi : Apa reaksi Encik Nabil apabila diberitahu begitu?


Muhammad Nabil : Sepanjang saya kenal anak tiri Nazrin, dia memang suka cerita macam budak-budak tapi saya tak ambil serius. Mungkin dia nampak dari jauh dan beranggapan begitu.


Mohd Asnawi : Encik Nabil tak cakap apa-apa? Memang Encik Nabil kenal dia banyak bercakap tapi Encik Nabil tak tanya (dengan lebih lanjut)?


Muhammad Nabil : Saya tak tanya dan cuma mendengar.


Pada 12 Mac 2019, Samirah Muzaffar, 45, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 17 dan 14 tahun, didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari membunuh mangsa.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018. - CARI





Kredit foto : Facebook
Quote matbad 18-9-2020 01:33 PM
Aku rasa nanti si semerah padi tu msti terlepas sbb bukan dia yg lakukan pembunuhan..dia hanya merancang..bila rancang ni xdak bukti so terlepas la si semerah niiiii walaupun sedonia tau dia pnya angkara
Quote matbad 18-9-2020 01:34 PM
Aku rasa nanti si semerah padi tu msti terlepas sbb bukan dia yg lakukan pembunuhan..dia hanya merancang..bila rancang ni xdak bukti so terlepas la si semerah niiiii walaupun sedonia tau dia pnya angkara
Quote ninjago 18-9-2020 01:44 PM
bila la nak ada penutup kes nie..
Quote awanysss 18-9-2020 02:01 PM
mmg takde cara ye nak trace maid dia tu.. mcm senang nau hilang camtu je..
Quote TomyamPuteh 18-9-2020 02:23 PM
Bertapa kt gunung mana la agaknya si maid diorg tu? {:question
Quote husna_amal 18-9-2020 03:41 PM
Lamanya nak setel kes ni. Kalau melibatkan orang bangsawan ni memang kes jadi lambat selesai ke apa.
Quote Orix 18-9-2020 04:28 PM
payah nau nk trace maid tu level jho low sungguh maid skrg ni
Quote MsPercy 18-9-2020 05:13 PM
Dah 2 tahun lebih kes ni
Quote lavendernovella 18-9-2020 10:06 PM
Pembunuhan bermotif apa? Mcm fishy sgt
Quote maju_chetah 26-12-2020 02:04 AM
matbad replied at 18-9-2020 01:34 PM
Aku rasa nanti si semerah padi tu msti terlepas sbb bukan dia yg lakukan pembunuhan..dia hanya meran ...

Rancang pun kena juga. Lainlah kalau tak bersalah
Quote matbad 26-12-2020 02:50 AM
maju_chetah replied at 26-12-2020 02:04 AM
Rancang pun kena juga. Lainlah kalau tak bersalah

Jarang undang2 nk adil klau betul2 takde saksi dan bukti kukuh kata semerah padi ni mastermind
Quote kerabuBiru 26-12-2020 06:47 AM
Perempuan jahat

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.056209 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top