CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 Kali Remaja Dipatuk Ular Sama, Ada Maksud Apa-apa Ke?

10-9-2020 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8064| Komen: 37

Remaja lelaki mengalami kejadian aneh dan misteri apabila mendakwa dipatuk ular sama sebanyak lapan kali dalam masa sebulan.

Memetik Times Now News, kejadian berlaku di kampung Rampur di daerah Basti, Pradesh.


Sering 'menjadi sasaran' ular menyebabkan Yashraj Mishra, 17, beberapa kali dimasukkan ke hospital hingga mentalnya terganggu.

Malah, keluarganya juga ada mendapatkan bantuan penjinak ular di kampung berkenaan untuk mendapatkan bantuan.


Kredit foto:


"Selepas dipatuk kali ketiga, saya menghantar anak saya ke rumah saudara saya, Ramji Shukla di Kampung Bahadurpur.

"Beberapa hari kemudian, anak saya melihat ular sama berhampiran rumah berkenaan sebelum dipatuk sekali lagi dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," kata bapa Yashraj, Chandramauli Mishra.

Keluarga remaja itu mendakwa, kali terakhir dia diserang reptilia itu adalah pada 25 Ogos lalu.


"Kami tak faham mengapa ular itu menyasarkan Yashraj hingga menyebabkan mentalnya terganggu kerana ketakutan terhadap ular.

"Semua usaha dilakukan untuk menangkap ular itu termasuk melakukan ritual juga menemui jalan buntu," katanya. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-9-2020 09:35 AM
Baca boleh, caya jangan
Quote LostStar 10-9-2020 09:38 AM
mungkin kehidupan lepas dia reject ratu ular tersebut.. maka cucu cicit dia tak moveon lalu berdendam sehingga kini..
Quote macaiPH 10-9-2020 09:40 AM
naagin season 5
Quote MissVixen 10-9-2020 09:42 AM
Orang tua2 cakap kalau bunuh ular tedung kena bunuh dua ekor sekali. Jika tak dapat seekor lagi, bangkai yang pertama kena buang jauh2. Kalau tak pasangan dia balas dendam.
Quote TomyamPuteh 10-9-2020 09:42 AM
Mgkn itu dh jodohnya
Quote supernaturalee 10-9-2020 09:57 AM
8 kali kena patuk pun hidup lg ko ye

berpantang maut sblm ajal ni


Quote Simunggu 10-9-2020 10:04 AM
kalau tak rogol..ular pula...ini lah bangsa pujaan melayu utk jadi leader mereka
Quote Iema5008 10-9-2020 10:06 AM
Ni naagin ni
Quote CARI-MAL 10-9-2020 10:35 AM
Remaja lelaki mengalami kejadian aneh dan misteri apabila mendakwa dipatuk ular sama sebanyak lapan kali dalam masa sebulan.


Memetik Times Now News, kejadian berlaku di kampung Rampur di daerah Basti, Pradesh.


Sering 'menjadi sasaran' ular menyebabkan Yashraj Mishra, 17, beberapa kali dimasukkan ke hospital hingga mentalnya terganggu.


Malah, keluarganya juga ada mendapatkan bantuan penjinak ular di kampung berkenaan untuk mendapatkan bantuan.




Kredit foto:




"Selepas dipatuk kali ketiga, saya menghantar anak saya ke rumah saudara saya, Ramji Shukla di Kampung Bahadurpur.

"Beberapa hari kemudian, anak saya melihat ular sama berhampiran rumah berkenaan sebelum dipatuk sekali lagi dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan," kata bapa Yashraj, Chandramauli Mishra.


Keluarga remaja itu mendakwa, kali terakhir dia diserang reptilia itu adalah pada 25 Ogos lalu.

"Kami tak faham mengapa ular itu menyasarkan Yashraj hingga menyebabkan mentalnya terganggu kerana ketakutan terhadap ular.

"Semua usaha dilakukan untuk menangkap ular itu termasuk melakukan ritual juga menemui jalan buntu," katanya. - CARI
Quote taji2906 10-9-2020 10:43 AM
ular yang sama ni maksud dia seekor ular yang sama atau jenis ular yang sama? mana dia tau dipatuk seekor ular yang sama ni? dah tu 8 kali kena patuk takde effect ke? ke orang yg citer ni ular? lidah cabang baekk punya. auta la
Quote jofizo 10-9-2020 10:46 AM
sebagai hukuman, bapa budak tu dibenarkan merogol ular tersebut................
Quote prettyuglybabe 10-9-2020 10:54 AM
kalau jumpa ular dengan kelly, ketuk je dua-dua..
kalau tak ceritanya gini la
Quote Artemesiaa 10-9-2020 10:59 AM
Mesti ia berdendam sebab tu dia terus diserang
Quote husna_amal 10-9-2020 11:04 AM
betul2 berdendam ular tu.
Quote angelofish 10-9-2020 11:04 AM
badan bau tikus kot.
Quote dodolgemok 10-9-2020 11:17 AM
Kena patuk banyak kali pon masih hidup yah? Adakah "ular" sejantina?
Quote nisako 10-9-2020 11:24 AM
wow naagin       ke................heheeeeee
Quote minguk 10-9-2020 11:30 AM
bunuh je la ular tu. sibuk nak sembah kenapa?
Quote RatuDunia94 10-9-2020 11:35 AM
MissVixen: Orang tua2 cakap kalau bunuh ular tedung kena bunuh dua ekor sekali. Jika tak dapat seekor lagi, bangkai yang pertama kena buang jauh2. Kalau tak pasa ...


Lepas tu kalau boleh darah dia kat tanah or lantai tu basuh lah.. jangan biar je.. nanti bau tu boleh tarik perhatian ular2 lain.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.097036 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top