CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Telan 20 Biji Paracetamol Tertekan Dirogol

10-9-2020 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13800| Komen: 58

Description: Wanita berusia 24 tahun nekad membunuh diri dengan menelan 20 biji paracetamol akibat tertekan setelah menjadi mangsa rogol di rumah sewanya di Cheras.
Wanita berusia 24 tahun nekad membunuh diri dengan menelan 20 biji paracetamol akibat tertekan setelah menjadi mangsa rogol di rumah sewanya di Cheras.

Harian Metro melaporkan kejadian berlaku Ahad lalu itu disedari rakan serumah yang kemudian membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) jam 9 malam.



Gambar hiasan

Dalam laporannya, mangsa yang bekerja sebagai kerani itu mendakwa dia diperkosa pada 4 September lalu selepas biliknya diceroboh lelaki dikenalinya yang juga rakan kepada teman serumah.

"Rumah itu didiami empat wanita bujang dan akibat kejadian itu mangsa yang tertekan sehingga bertindak memakan 20 biji paracetamol.

"Doktor yang merawatnya juga sudah membuat laporan polis dan mangsa kini stabil dan dibawa pulang ke kampung keluarganya di Johor.

"Kita juga mengambil keterangan rakan serumah bagi membantu siasatan, manakala suspek sudah dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 9-9-2020 09:40 PM
Camna la, kawan boleh makan kawan punya kawan.

Bergaul dengan orang2 yang salah, inilah jadinya.
Quote macaiPH 9-9-2020 09:46 PM
kawan baik aku fother mucker pernah bertanya

paracetamol boleh bunuh virus tak?
Quote angelofish 9-9-2020 10:42 PM
kesian nye dah kena rogol dan mungkin kena penjara sebab cuba membunuh diri
Quote allshares 9-9-2020 10:56 PM
Bencinya housemate jenis bawa jantan msk rumah sewa pompuan.

Dulu housemate iols mcmtu la, bawa suami dtg tido rumah. Pjj kekdahnya. Masalah suami tu biawak, dah la suka lepak ruang tamu, kt nk g toilet pun risau. Ktorg siap gado lagi benci namatey, cpt2 cari rumah sewa lain lps dia start bawa masuk suami biawak dia dtg rumah almost every week, pakej dia cite lakinya baru clean from ganja. Babikkk sgt asal berlaki
Quote allshares 9-9-2020 11:02 PM
dua_chzy replied at 9-9-2020 09:40 PM
Camna la, kawan boleh makan kawan punya kawan.

Bergaul dengan orang2 yang salah, inilah jadinya.

Kdg tu housemate yg tak paham Bahasa sis chzy, walau dilarang bawa juga jantan msk rumah, selalunya bf lah tu. Hanat kan perangai sesetengah pompuan bujang muda.

Iols so far menyewa time single dulu, penah dpt 1 rumah yg housemate hanat. Iols prefer duduk dgn kakak2 yg berumur tapi belum kawin or yg pjj dgn husband, selalu deorg ni waras dan takkan bawa laki msk rumah
Quote Nham22 9-9-2020 11:02 PM
Ayooooo sampai nak bunuh diri... Betol2x tertekan..
Quote supernaturalee 9-9-2020 11:04 PM
memakan 20 biji paracetamol.


Makan tu kunyah2
Rsnya menelan tu

Tp my dad sejenis mkn ubat dgn cara mengunyah smpi hancur br telan
Quote idadae 9-9-2020 11:05 PM
allshares replied at 9-9-2020 10:56 PM
Bencinya housemate jenis bawa jantan msk rumah sewa pompuan.

Dulu housemate iols mcmtu la, bawa s ...

Peliknya housemate you tu.. Dah lakinya biawak, pekdah ape pjj.. Kuar lah dr umah tu n cari lah umah lain utk duk same2.. Xpasal2 org lain aka u n others plak yg kne cari umah lain..
Quote macaiPH 9-9-2020 11:07 PM
supernaturalee replied at 9-9-2020 11:04 PM
memakan 20 biji paracetamol.

macam2 cara orang makan ubat

ada yang makan ubat dengan air kopi

makan ubat dengan teh o

ada yang dengan air jus oren

bagaimana pula dengan forumer2 lain?
Quote allshares 9-9-2020 11:15 PM
idadae replied at 9-9-2020 11:05 PM
Peliknya housemate you tu.. Dah lakinya biawak, pekdah ape pjj.. Kuar lah dr umah tu n cari lah um ...

Iols rasa Minda dia tersekat di skala 6. Pjj sbb husband org kelate, rumah sewa ktorg kt KL. Kira bininya nk lakinya every weekend jumpa, so bagi la duit tambang utk dtg, nk jimat duit taknak sewa tmpt lain kan if sewa satu rumah mahal. Sewa blk pun kongsi Iols taktau la mcm mana roommate dia hadap, ktorg yg blk asing pun tension.

Lain plak dgn lagi satu rumah yg iols sewa blk kemudian tu, kakak tu pun baru kawin pjj, berumur sikit. Lakinya dtg kl, deorg check in hotel je. Tak menyusahkan sesapa. Mmg bahagia sgt rasa stay dgn kakak2 yg matang, pemikiran mmg 100% waras.
Quote clarizsa 9-9-2020 11:20 PM
Kesian
I pernah telan banyak panadol juga
Tapi x mati cuma pengsan 48jam lebih cmtu tanpa siapa peduli
Skrg mcm immune dh dgn panadol
Klu nk tahan sakit kna p klinik minta ubat sbb xleh bli kt farmasi
Hmm
Quote idadae 9-9-2020 11:30 PM
allshares replied at 9-9-2020 11:15 PM
Iols rasa Minda dia tersekat di skala 6. Pjj sbb husband org kelate, rumah sewa ktorg kt KL. Kira  ...

Bilik pun kongsi, ada hati nk bwk laki gk.. Mesti sgt xselesa rumet dia tu..
Kdg2 diorg ni xpikir psl aurat, batas etc ni.. Mujur xde sape yg kne tgkap khalwat dgn laki dia tu
Quote allshares 9-9-2020 11:41 PM
idadae replied at 9-9-2020 11:30 PM
Bilik pun kongsi, ada hati nk bwk laki gk.. Mesti sgt xselesa rumet dia tu..
Kdg2 diorg ni xpikir ...

Yalah. Worse case jadi mcm berita ni la, sampai kena rogol. Kesian mangsa. Tu iols cpt2 ajak roommate angkat kaki. Sampai dah bertekak pun still bawa lakinya msk rumah.
Quote Cyempaka 9-9-2020 11:53 PM
Kesian dia
Dulu muda2 dok flat hijau putrajaya tu,  sekor housemate ni suka bwk masuk jantan.  Tunang dia la,  abg dia la,  sepupu la,  palahotak dia apa lg xtau la.   Kita bangun2 tdo dgn sluar catok keluar2 blk,  nampak terbongkang 3,4 ekor jantan depan tv.  Khinzir sgt jenis selfish ni.
Sekarang macamana susah pun aku tetap nak duduk sorang.  Trauma rasanya.
Quote izwan_izi 10-9-2020 01:19 AM
clarizsa replied at 9-9-2020 11:20 PM
Kesian
I pernah telan banyak panadol juga
Tapi x mati cuma pengsan 48jam lebih cmtu tanpa siapa pe ...

Time awk telan tu,memang niat nk bunuh diri atau tensen dengan masalah sekeliling..?

Ataupun sekadar suka2 sebab sahut cabaran kawan...?
Quote dua_chzy 10-9-2020 02:04 AM
allshares replied at 9-9-2020 11:02 PM
Kdg tu housemate yg tak paham Bahasa sis chzy, walau dilarang bawa juga jantan msk rumah, selaluny ...

Tak faham bahasa 1 hal, berkawan dengan jantan jahat syaitan 1 hal. Tafaham akak yang memang kekwat pilih kawan ini.
Quote belacan_gurl 10-9-2020 02:05 AM
macaiPH replied at 9-9-2020 11:07 PM
macam2 cara orang makan ubat

ada yang makan ubat dengan air kopi

Mkn dgn pisang.. letak kat dlm tu...kunyah2 bila pahit kunyah  lagi sampai abis hahaha
Quote macaiPH 10-9-2020 08:35 AM
belacan_gurl replied at 10-9-2020 02:05 AM
Mkn dgn pisang.. letak kat dlm tu...kunyah2 bila pahit kunyah  lagi sampai abis hahaha

macam2 cara ye?

yang dengan pisang ni one of a kind betul
Quote TomyamPuteh 10-9-2020 09:04 AM
Ayam PH xde sape selera nk rogo*ke?

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.249289 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top