CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lokasi Penemuan Fosil Dinasour Di Kelantan Boleh Jadi Tarikan Pelancong

19-8-2020 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6222| Komen: 43

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan lokasi penemuan fosil dinosaur di Kelantan boleh menjadi destinasi pelancongan menarik.

Harian Metro melaporkan, tujuh fosil didakwa tapak kaki dinosaur dianggarkan berusia puluhan hingga jutaan tahun yang ditemui di Bukit Panau, Tanah Merah itu merupakan satu penemuan besar.



Kredit foto: Harian Metro/UMK

"Kita tengok dahulu macam mana sebab kita belum terima laporan rasmi, kena tengok laporan (daripada Universiti Malaysia Kelantan) dahulu.

"Jika ada potensi yang baik, mungkin boleh dijadikan satu destinasi pelancongan sebab ini satu penemuan yang besar.

"Sebelum ini kita ingat dinosaur ada di luar negara, ini kali pertama dikatakan ada di Kelantan," katanya.

UMK juga dicadangkan memberi laporan rasmi kepada kerajaan negeri bagi tindakan susulan dan mengawasi kawasan daripada diganggu.


Penyelidik UMK diketuai Pensyarah FSB UMK Arham Muchtar Achmad Bahar dan Prof Surono Martosuwito serta disertai Prof Udi Hartono dan Mohd Syakir Sulaiman sebelum ini dilaporkan menemui tujuh fosil yang didakwa tapak kaki dinosaur dianggarkan berusia puluhan hingga jutaan tahun di Bukit Panau.

Mereka percaya ia merupakan spesies Sauropod yang dianggarkan berusia 66 hingga 160 juta tahun. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 19-8-2020 05:43 PM
entah entah rangka bewak mana la
Quote gadget 19-8-2020 05:46 PM
taksub...tah2 nenek ko punya tapak kaki masa ko belum lahiaq
Quote lavendernovella 19-8-2020 06:04 PM
Harap2 pas konpem betul2, makan bolehlah namakan Malayatosaurus ... fuhhh{:love{:love{:love{:love{:love
Quote dubuk 19-8-2020 06:20 PM
apa yang ku tahu
apa yang kau tahu
waktu kecil dulu
sama-sama tak tahu
Quote anony-mous 19-8-2020 06:28 PM
choyyy ingatkan dah confirm. perlu ke war warkan benda yg belum pasti? klau confirm dah tapak dinasor baru i puji
Quote lattehazelnut 19-8-2020 07:08 PM
Zaman tu ade ke benua asia tenggara
Quote CiliPadiSedap 19-8-2020 07:59 PM
dinasour wujud kt jurassic park je. lain daripada tu semua tulang haiwan animal planet.
Quote sharlenetexas 19-8-2020 08:03 PM
Calling2 @Ah_Kwan
Quote tobobon 19-8-2020 08:18 PM
orang buat tapak kajian..depa fikir nak buat untuk pelancong pulak
Quote salmon-suki 19-8-2020 08:26 PM
Urmm..xmcm tapak kaki dinosor pun..kalau betul,ok ler..tp tapak excavation boleh jd tmpt pelancongn ke?kan nti kalau betul2 kompem dinosor,x ke mesti ada lagi jejak y lain?

Kalau bukak jd tmpt pelancongn,kang terus xde dpt apa2...
Quote monreyes 19-8-2020 08:28 PM
koser la aku nak g tgk...
x dak pekdah
Quote biJOU.la 19-8-2020 08:40 PM
lavendernovella: Harap2 pas konpem betul2, makan bolehlah namakan Malayatosaurus ... fuhhh{:love{:love{:love{:love{:love


Atau buleh juga dinamakan Sekitojangepecohtosaurus huhuhu
Quote ronin 19-8-2020 08:40 PM
Aku percaya dinasour tu kepala ada bentuk tanjak. Tunggu dan lihat penemuan rangkanya.
Quote axl_bach 20-8-2020 12:20 AM
Budusaurus?
Quote AbukRokok 20-8-2020 01:03 AM
dinosaur hanya dakyah yahudi nasoro untuk mempermainkan ummi isle
- lebai the arrival wannabe-
Quote dudaberhias 20-8-2020 02:18 AM
menarik.. tapi belum dapat di buktikan lagi...
harap2 tak di musnahkan macam candi lembah bujang...

tempat2 macam candi ni kalau masih ada rasanya malaysia akan di lawati ramai pelancong...
kaki dinosaur ni tak pasti lah..
Quote sekngucing 20-8-2020 02:52 AM
lattehazelnut replied at 19-8-2020 07:08 PM
Zaman tu ade ke benua asia tenggara

ta ada lg aku rasa..tp hutan kita antara tertua di dunia   
Quote Perawankota 20-8-2020 03:54 AM
Kalau betul baguslh..
Quote mbhcsf 20-8-2020 05:49 AM
wow....tapak kaki ye, okaylah kita tunggu confirmation.
haiwan2 prasejarah? ataupun fauna and flora yg wujud pada sekitar zaman jura atau sebelumnya yg  dijadikan teori sumber bhn api hidrokarbon , kan?
so, ada plausibility jugak sebab banyak tempat carigali minyak di sekitar perairan pantai timur semenanjung and juga malaysia timur- apa apa pun elok diwawarkan setelah confirm.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.065427 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top