CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasca Covid-19 - Konsert Live Dengan Penjarakan Sosial

20-8-2020 11:48 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 3379| Komen: 18|Original author: Oleh: rikuren

Description: Penjarakan sosial kini menjadi salah satu norma baharu masyarakat dan ternyata telah mengubah beberapa lanskap kehidupan. Ia juga diamalkan di dalam panggung wayang dan terbaru adalah ketika sedang be ...


Penjarakan sosial kini menjadi salah satu norma baharu masyarakat dan ternyata telah mengubah beberapa lanskap kehidupan. Ia juga diamalkan di dalam panggung wayang dan terbaru adalah ketika sedang berhibur menonton konsert live.


Kredit foto: Manchester Evening

Sebelum pandemik COVID-19, penonton terpaksa atau sanggup bersesak-sesak ketika menikmati persembahan live penyanyi kesayangan mereka dan kini satu ruangan khas akan disediakan kepada penonton untuk memastikan mereka patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.


Kredit foto: Manchester Evening


Kaedah ini telah diuji di Virgin Money Unity Area, United Kingdom, di mana satu acara konsert live telah dibuat dengan mengumpulkan 2,500 peminat bagi menyertai konsert jarak jauh pertama ini.



Kredit foto: Manchester Evening

Malah, bagi memastikan penonton terhibur dan keselamatan masing-masing terjaga, mereka akan dipandu ke kawasan tontonan peribadi sendiri lengkap dengan pesanan makanan atau minuman yang dibuat melalui aplikasi khas.

Suhu penonton juga diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan mereka selamat ketika menonton konsert ini.


Kredit foto: Manchester Evening

Berita baik bagi industri muzik - mana-mana konsert yang terpaksa ditunda atau dibatalkan ekoran wabak ini nampaknya dah boleh dipertimbangkan dibuat semula dengan kaedah baru yang unik ini.

Malah, kaedah ini sebaiknya dikekalkan di masa depan selagi COVID-19 masih ada. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dovahkiin 20-8-2020 12:09 PM
Oh, how the wheels have turned.
Quote ChildrenOfBodom 20-8-2020 12:37 PM
tengah dengar lagu Roxette - From A Distance
Quote mizkajura 20-8-2020 12:58 PM
Gigih....penonton in Ada stage hahaha no baru feel konset
Quote supernaturalee 20-8-2020 01:00 PM
Eh nmpk mcm best
Xde lh berhimpit2
Selesa kot 3, 4 org je dlm compound

Quote Perawankota 20-8-2020 01:03 PM
Nmpk apa klu jauh mcmtu? Baik aku tgk dekat umah.. Selamani pon tiap kali p konsert, balik mesti ckp dlm hati, "tengok dpn TV LG best, leh nampak terang2".
Tapi feel ke konsert tu lah lain mcm, bila kita tgk crowd. Tu yg best..
Quote anony-mous 20-8-2020 01:15 PM
ChildrenOfBodom: tengah dengar lagu Roxette - From A Distance

awww thanks reminding me of this song!! lama nya xdgr.
Quote anony-mous 20-8-2020 01:16 PM
wow kalau mcm ni i pon nak. dah mcm ada own space. good side its good for economy. tp ummah kokesen susah betul nak pakai mask ye
Quote manjalara_01 20-8-2020 01:56 PM
Perawankota: Nmpk apa klu jauh mcmtu? Baik aku tgk dekat umah.. Selamani pon tiap kali p konsert, balik mesti ckp dlm hati, "tengok dpn TV LG best, leh nampak te ...


Kena ade smartphone huawei yg latest tu. Bleh zoom in sampai ke cap jari. So nnt bleh la ziom in sampai ke lubang hidung{:hooray
Quote Normabaru 20-8-2020 02:00 PM
Nak keluar dr tmpt konsert tu masing berhimpit ke berjarakan?  Mcm ssh nk kawal je.. Lg2 lps hbs konsert.. Masing2 nk cpt masuk kereta. Blk! Hehe
Quote lattehazelnut 20-8-2020 02:02 PM
Normabaru replied at 20-8-2020 02:00 PM
Nak keluar dr tmpt konsert tu masing berhimpit ke berjarakan?  Mcm ssh nk kawal je.. Lg2 lps hbs kon ...

Lg satu pergi toilet, beli mknn etc
Quote Scheherazade 20-8-2020 02:28 PM
ChildrenOfBodom replied at 20-8-2020 12:37 PM
tengah dengar lagu Roxette - From A Distance

Aku baca nk otomatik lagu Bette Midler

From a distance the world looks blue and green
And the snow capped mountains white
From a distance the ocean meets the stream
And the eagle takes to flight
Quote MadameOnion 20-8-2020 03:38 PM
Macam best je..baru la tak berasak2 langgar sana sini sampai melekat peluh org kat kita jugak..bau jgn cakap la...
Quote nadie90 20-8-2020 04:12 PM
Sementara kt Korea Selatan company agency masing2 masih dok mnunggu kebenaran dr kerajaan sana utk buat konsert...tu pun dgn skala yg kcil...

Tgk gmbr kt ats tu...aman2 ja org tgk konsert tp limit utk brp ribu org sj la ya....



Quote RatuDunia94 20-8-2020 04:51 PM
Bila melibatkan manusia tetap ada cabaran n kesulitannya.  Ingat semudah itu je ke makhluk bernama manusia nk ikut peraturan.. disebalik tabir kita tak tau mcm mana pengurusannya.. yg kita nampak gambar2 bila mereka dh masuk dlm kandang tu je..
Quote Kuasaberganda 20-8-2020 11:28 PM
kena usul kat gang wings ni. konsert tix mahal sikit sbb nak kene rental kandang pulok{:hooray
Quote husna_amal 21-8-2020 10:24 AM
Langsung tak nampak efisyen buat macam tu.
Quote arm_band 21-8-2020 12:51 PM
eh nak pulak depa dok dalam kandang ek
Quote ChildrenOfBodom 22-8-2020 07:55 PM
Kalau gusti WWE, depa perkenal Thunderdome, letak virtual fans yg tgk secara LIVE kt rumah kt keliling gelanggang.


Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.136344 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top