CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guna Najis Rawat Mabuk

21-8-2020 11:25 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 2362| Komen: 6|Original author: Oleh: LilRose

Description: Pelik apabila seorang lelaki mengalami mabuk sepanjang hari walaupun tidak mengambil minuman beralkohol.
Pelik apabila seorang lelaki mengalami mabuk sepanjang hari walaupun tidak mengambil minuman beralkohol.

Menurut Insider, keadaan pelik itu berlaku apabila tubuh menghasilkan alkohol di dalam usus yang dikenali sebagai sindrom 'bir automatik' yang biasanya dirawat menerusi diet karbohidrat dan rawatan anti-kulat.



Gambar hiasan
Kredit foto: FoodYas

Bagaimanapun, rawatan itu dilaporkan tidak berkesan terhadap lelaki berusia 47 tahun dari Washington  berkenaan hingga menyebabkan lesen memandunya ditarik kerana disangka memandu dibawah pengaruh alkohol.

Menurut laporan, doktor akhirnya berjaya menemui rawatan berkesan bagi mengatasi masalah dihadapi lelaki itu dengan melakukan 'pemindahan najis'.

Berdasarkan kajian jurnal kesihatan Annals of Internal Medicine pada Selasa, sindrom dialami lelaki itu berjaya dirawat 34 bulan selepas doktor memindahkan mikrobiota iaitu sejenis bakteria daripada najis anak perempuannya berusia 22 tahun ke dalam usus kecilnya.


Penyelidik berpendapat bahawa pertumbuhan kulat berlebihan khususnya jenis ragi, 'memakan' karbohidrat yang dimakan seseorang hingga sistem pencernaan menghasilkan alkohol walaupun tidak minum minuman beralkohol.


Gambar hiasan
Kredit foto: Healthline

Keadaan ini juga boleh berlaku terhadap seseorang yang menjalani pembedahan membabitkan saluran pencernaan atau yang baru saja menjalani rawatan antibiotik sama seperti lelaki terbabit yang menjalani pembedahan pintasan gastrik dan rawatan antibiotik. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kroit92 21-8-2020 09:41 PM
dah lama tak dengar kes ni.
tak consume alcohol, tapi mabuk sebab badan produce alcohol sendiri
Quote husna_amal 24-8-2020 11:50 AM
Owh ada kes macam ni ya.
Quote Scheherazade 24-8-2020 11:57 AM
Klu baca tajuk je, ingatkn si pemabuk (sbb kuat minum) kena consume najis tu. Tu pentingnya baca article smpai abis utk tau cite sbnr
Quote salamon 25-8-2020 03:58 AM
Kalo mabok cintan plak ,lempar najis tu kat muka  kau
Quote MsKoreanfanatic 25-8-2020 11:20 AM
teringat satu Historical drama Korea.. girl ni bg this guy bau najis trus datang blk deria bau dia yg hilang tetiba (atau dia mabuk masa tu.. ingat2 lupa citer tu)
Quote Artemesiaa 25-8-2020 11:57 AM
Kesahnya nasib guna hasil dari anak sendiri

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.069591 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top