CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makcik Gelang Pink Dipenjara, Menteri Kerajaan Bebas Langgar Kuarantin

20-8-2020 11:25 AM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 21720| Komen: 224|Original author: Oleh: kp5x

Description: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razalli didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 apabila gagal melakukan kuarantin wajib selepas pulang ...

Kredit foto : Malaysiakini

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razalli didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 apabila gagal melakukan kuarantin wajib selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.


Kredit foto : Malaysiakini

Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok ketika berucap di Dewan Rakyat berkata, ahli parlimen Kuala Nerus (PAS) itu dilaporkan telah berkunjung ke Turki pada 3 hingga 7 Julai, tetapi dilihat hadir ke parlimen pada 13 Julai iaitu enam hari selepas kembali ke Malaysia.


Memetik Harian Metro, menurut sumber, beliau dikatakan pergi ke Turki pada 3 Julai lalu selepas mendapat keizinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Malah, Turki ketika itu adalah sebuah negara yang dikategorikan sebagai zon hijau.

Beliau juga dikatakan telah membuat ujian saringan Covid-19 sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mengambil masa lima jam sebelum didapati negatif.

Ketika kecoh individu yang memakai gelang pink Covid-19 diburu polis dan kes tular 'makcik gelang pink' melanggar perintah kuarantin dipenjara sehari serta didenda baru-baru ini, tindakan yang dilakukan menteri itu dilihat amatlah tidak bertanggungjawab serta memalukan pentadbiran kerajaan sekarang.


Kredit foto : Harian Metro

Mengikut SOP, kerajaan Malaysia mewajibkan sesiapa sahaja yang pulang dari luar negara untuk menjalani kuarantin wajib di rumah selama 14 hari walaupun ujian saringan di pintu masuk sempadan negara negatif. - CARI
1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 19-8-2020 10:37 AM
Adakah aduan tersebut akan dipandang serius lepas tu tindakan akan diambil ke atas pelaku?
Quote bulan_gerhana 19-8-2020 10:40 AM
menteri x yah pakai gelang pink ye kalo balik dari obersi?
Quote grouper 19-8-2020 10:43 AM
Penting sgt ke p parlimen smpai langgar kuarantin n tangguh kes mahkamah
Quote renko 19-8-2020 10:45 AM
Atas sebab apa nak buat lawatan ke sana pulak dengan kes kat sana banyak?
Quote Decaffeinated 19-8-2020 10:46 AM
Official visit ka?
Quote tikusmontok 19-8-2020 10:50 AM
hanatnya perangai
Quote msdummy.2018 19-8-2020 10:54 AM
Edited by msdummy.2018 at 19-8-2020 10:55 AM

ha bagus sgt..patutlah rkyay pu  xfhm bhs...dah pemimpin sama jerk perangai...baik trn jawatab jer
Quote FOTHER-MUCKER 19-8-2020 10:58 AM
Menteri bukan rakyat biasa, jadi dia tak  perlu dikuarantin!
Quote nikaido 19-8-2020 11:02 AM
Kalau betu x kuarantin, mohon masuk jel macam makcik gelang pink & mamak sivarangga . Kalau x akan dipersoal double standard
Quote mikasa 19-8-2020 11:20 AM
nikaido replied at 19-8-2020 11:02 AM
Kalau betu x kuarantin, mohon masuk jel macam makcik gelang pink & mamak sivarangga . Kalau x akan d ...

Masuk jel nanti..gugur kelayakan jadi ahli parlmen
Quote mikasa 19-8-2020 11:21 AM
grouper replied at 19-8-2020 10:43 AM
Penting sgt ke p parlimen smpai langgar kuarantin n tangguh kes mahkamah

penting laa sebb ada undi utk lulusan bajet


Quote anony-mous 19-8-2020 11:22 AM
i suka betul PH jd pembangkang. diaorang sgt bagus cari salah org. bila jd kerajaan dia blur. BN pulak lurus sikit, rasuah pandai tp fitnah x sepandai DAPIG. so i hrap PH kekal pembangkanh
Quote sarajevo 19-8-2020 11:30 AM
Nak tau juga apa kata Menteri Kanan Keselamatan dan Tan Sri DG pasal nih.
Quote guesswho09 19-8-2020 11:34 AM
Penting ka lawatan ke turki
Musim2 covid nih
Quote darkness 19-8-2020 12:24 PM
Buduh betul menteri ni kalau sop pun xikut. Kuarantin diri lah
Quote atira 19-8-2020 01:18 PM
sial punye menteri.. elok kene penjara,..
org tua hina marhean kene penjara pulak
Quote mikasa 19-8-2020 01:19 PM
guesswho09 replied at 19-8-2020 11:34 AM
Penting ka lawatan ke turki
Musim2 covid nih

PM benarkan.jadi takda masalah
Quote mikasa 19-8-2020 01:20 PM
sapa yang kena kuarantine balik dari obersea sila report kat polis kes menteri ni..


Alasan balik dari negara hijau...
Quote atira 19-8-2020 01:20 PM


@bermanadotcon
Menteri Komoditi dan Industri Utama mengakui melanggar arahan kuarantin 14 hari selepas pulang dari Turki.“Ramai yang marah saya ingkar arahan dan tak pakai gelang merah jambu. Mereka tak tahukah lelaki haram pakai gelang? !” ulas Khairudin Takiri tegas






Lihat semua komen(224)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.086830 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top