CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berdosa, Mufti Kecewa Pemimpin Gagal Tunjuk Contoh Pada Rakyat

22-8-2020 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6588| Komen: 42

Description: Beberapa mufti melahirkan rasa kecewa terhadap pemimpin yang mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Beberapa mufti melahirkan rasa kecewa terhadap pemimpin yang mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Mereka sepakat tindakan mereka mengenepikan perintah kuarantin adalah tidak bertanggungjawab dan berdosa kerana memudaratkan orang lain.



Kredit foto: MalaysiaKini

Berkata kepada MalaysiaKini, Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Nor menegaskan menjaga nyawa merupakan sebahagian daripada asas Islam.

“Berdosa, tapi nak kata dosa besar atau tida, tak berani, sebab dia tak ada dalam nas al-Quran ataupun hadis-hadis sahih.

“Cuma kita lihat kepada pandangan-pandangan ulama, mereka mengatakan orang yang mengingkari pihak kerajaan - kalau arahan itu dibuat untuk kepentingan awam dan rakyat - jadi orang yang mengingkarinya berdosa," katanya.

Sebelum ini, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali dilaporkan tidak menjalani kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu mencetuskan kebimbangan dan kemarahan rakyat.


Sementara itu, Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad turut menyuarakan pendapat sama.

“Jadi kalau kita melanggar itu, maknanya kita sudah membuat dosalah kerana al-Quran minta kita taat kepada Allah, rasul, dan taat kepada pemerintah.

“Sifat kepemimpinan sangat penting. Jadi, tugas pemimpin ialah memimpin dan memandu rakyat.

"Kalau ada berlaku (begitu) dalam kalangan pemimpin kita sangat kesal dan rasa kecewa,” katanya ketika dihubungi MalaysiaKini.

Begitu juga dengan Mufti Pahang Abdul Rahman Osman yang mendakwa mana-mana individu tidak melaksanakan kewajipan atau tidak taat pada pemerintah, dia dikira berdosa kerana tidak memberi kerjasama. - CARI

1

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 22-8-2020 12:34 PM
Laaaaaa kena main dosa pahala baru lobai2 ni nak paham bahasa ke {:smile siannn
Quote Normabaru 22-8-2020 01:27 PM
Kalau betul menteri tu ada rasa tanggungjawab.. Xperlu tunggu komen kkm.. Terus je ngaku n bg kes dihukum..
Tgk mudin.. Dh hisap vape.. Terus je admit dan byr denda. Settle

Kes menteri ni dh bpe hari..lepas sorg.. Sorg bg komen.. Sentencing ntah bila. Klu kt ireland dh lama kena resign.. Pui
Quote Kurex 22-8-2020 02:15 PM
Kena tang menteri, terus suci kan.... Tapi kalau dari pee esh, kita wajib cerca. Sebab dorang buduh
Quote aHoi83 22-8-2020 02:28 PM
Bagus ramai yg menegur. So pak menteri seharusnya akur kesilapan memohon maaf n quarantine diri di rumah
Quote mikasa 22-8-2020 02:29 PM
Itu je cara nak ajar lobai ni..

Guna cara biasa dia kalih pi lain
Quote de_ikea 22-8-2020 02:31 PM
Be responsible. Tak kiralah siapa pon. Lotih la diorg ni..
Quote bakingsoda 22-8-2020 02:43 PM
mohon khairudin bertaubat dan letak jawatan
Quote mizkajura 22-8-2020 03:48 PM
Eleeeh ngata org...  
Kau pernah tgk cermin ke tak???{:smile
Quote Sham143 23-8-2020 06:46 AM
Dah kena kuarantin.. Kuarantin aje la.. Nama aje menteri.. Akal letak kat lutut..
Quote sukacactus 23-8-2020 07:04 AM
Tu pun ada yg tlg bongkarkan
Kalau x, kita pun xtau pakai senyap gitu je
Mcm ni ke nak jd pemimpin?
Quote Lobaihipokrit 23-8-2020 08:25 AM
Lobai ni negatif maka boleh bebas sana sini..itulah lojik lobai2 haprak ni..langgar sop tu belakang kira yg penting negatif..harkkk tuiiii
Quote Lobaihipokrit 23-8-2020 08:29 AM
bakingsoda replied at 22-8-2020 02:43 PM
mohon khairudin bertaubat dan letak jawatan

Dulu dr maszlee rilek je letak jawatan..bkn isu besar pun...ni dah jadi kes polis, kena denda langgar sop masih degil nak letak jawatan..sayang betul lobai dgn jawatan..sanggup rasuah bg gaji 4 bulan utk kekalkan jawatan
Quote dodolgemok 23-8-2020 08:46 AM
Eh lobai2 PASampah ni ada peduli ke dosa pahala bagai? Diorang pandang sinis jah dgan semua tu. Asalkan potong gaji 4bulan,terus berjiwa besar. Xperlu masuk court apa bagai. Moga tuhan melaknat pemimpin sebegini dan diberi cash dunia akhirat. Amen
Quote dodolgemok 23-8-2020 08:46 AM
Kurex replied at 22-8-2020 02:15 PM
Kena tang menteri, terus suci kan.... Tapi kalau dari pee esh, kita wajib cerca. Sebab dorang buduh

Ye lah, semua dri PNtek suci murni kan tiada dosa kan? Macam kau yg suka jolok jubo kehulu kehilir.
Quote Kurex 23-8-2020 09:14 AM
dodolgemok replied at 23-8-2020 08:46 AM
Ye lah, semua dri PNtek suci murni kan tiada dosa kan? Macam kau yg suka jolok jubo kehulu kehilir ...

Kau pun gay kan dodol..................  Aku senyum sinis je dengan kau

TAKDIRRRRRRRRRRRR
Quote Annehamid 23-8-2020 03:26 PM
Dia pegi berapa ramai? Anak isteri ikut tak? Kalau ikut kuarantin tak? Kalau tak kuarantin denda sama ke tak?
Quote pyropura 23-8-2020 05:30 PM
Mopeti Kelate & Mopeti Penang ni adalah mopti paling hensem se melaya. Muka pun ada nur gitu. Paling kepam mopti pahang rasanya
Quote pyropura 23-8-2020 05:33 PM
Edited by pyropura at 23-8-2020 05:37 PM
Orix replied at 22-8-2020 12:34 PM
Laaaaaa kena main dosa pahala baru lobai2 ni nak paham bahasa ke {:smile siannn


Pas tu penoh dgn ularmak seribu dalil. Setiap kali isu yg kena batang idong depa, dalil baru akan keluar. Depa takkan ada dosa semua
Quote mikasa 23-8-2020 05:35 PM
Annehamid replied at 23-8-2020 03:26 PM
Dia pegi berapa ramai? Anak isteri ikut tak? Kalau ikut kuarantin tak? Kalau tak kuarantin denda sam ...

Yea betul gak..family gomen official yang ikut tu takan tak kena denda. Takan semua dpt special test ?

Memang patut menteri ni letak jawatan. Bukan dia sorang je pergi turkey

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.354961 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top