CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Menjerit, Terpekik Atas Pentas Tu Ajaran 'Doktor Otak Cerdik Tu' Ke?

19-8-2020 11:05 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 27034| Komen: 104|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Menjerit, terpekik terlolong di atas pentas, bercampur lelaki dan perempuan diiringi perilaku negatif dalam sebuah video yang berlegar di Twitter mengejutkan warganet. Sementelah seisi dewan turut mel ...





Menjerit, terpekik terlolong di atas pentas, bercampur lelaki dan perempuan diiringi perilaku negatif dalam sebuah video yang berlegar di Twitter mengejutkan warganet. Sementelah seisi dewan turut melaungkan hal sama memburukkan lagi keadaan.

Melihat adegan tersebut, ramai tertanya-tanya apa yang cuba dilakukan wanita di atas pentas itu serta mempersoalkan gelagat beberapa lelaki lain yang turut terkinja-kinja.

Malah, kelibat seorang doktor psikologi, Dr Rizal yang popular di Facebook turut kelihatan di atas pentas dan dipercayai program ini adalah anjurannya. Mengapa sampai begitu sekali?




Kredit foto:

Rata-rata warga Twitter menyifatkan situasi tersebut sangat melampaui batas kerana terlalu terikut-ikut dengan kaedah motivasi di barat.

Ada yang menyatakan ia adalah afirmasi iaitu satu bentuk penyataan positif yang disebut berulang-ulang supaya mesej tersebut terakam di minda. Sesuai dengan tagline Dr Rizal yang menekankan kesihatan otak.

Bagaimanapun, perlu ke menjerit-jerit sebegitu?


Foto : Twitter

Hal inilah yang menyebabkan warga Twitter merasakan program motivasi dan program lain sengaja mengaut keuntungan tanpa mengambil kira hukum halal dan haram.


Foto : Twitter

Bagaimanapun, apabila melihat di Facebook, video ini tidak tular sepertimana di Twitter. Mungkin kerana pengguna Fecebook boleh menerima kaedah sebegini atau ianya tidak terlalu 'viral'.



Foto : Twitter

Tidak hanya itu, kredibiliti penganjur juga dipertikaikan yang didakwa menyalahguna gelaran doktor bagi membuat kursus di luar kotak ini.


Foto : Twitter

Wajarkah penceramah menggunakan kaedah sebegini semata-mata menaikkan motivasi tanpa mengambil kira halal dan haram? Mengapa ia masih berterusan walaupun pelbagai pendedahan dibuat? Atau memang orang kita suka dipermain-mainkan? - CARI

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • rosasen


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-8-2020 11:12 AM
Ada member aku pungpangpungpang cerita bisnes air liur. katanya bila nak berubah dari takuk sama, sama dia cakap bila la rakyat Malaysia nak berubah kalau tak undi pee esh. Sekarang ni hutang member tak bayar, bisnes kemana, terpaksa kerja makan gaji tiap bulan
Quote mizruncing 19-8-2020 11:17 AM
dah macam kena rasuk memasing. buat malu org melayu jelaa
Quote MadameOnion 19-8-2020 11:20 AM
macam aksi wrestler masuk ring nak berlawan pulak yg pompuan atas pentas tu...
Quote rosasen 19-8-2020 11:25 AM
bila dh taksub sgt
Quote Nuyak 19-8-2020 11:34 AM
pernah la dulu join business2 gini ala2 financial consultant...mmg gitu la cara diaorg nak naik kan semangat. terjerit2, tergelek2 atas pentas..huhuhu..memang tak boleh blah ..lama2 aku yang blah...hahahaha
Quote manjalara_01 19-8-2020 11:44 AM
[youtube]L9Gpr7PEnbs[/youtube]
Quote Boomibulat 19-8-2020 11:46 AM
Biar perangai buruk janji kaya..
Quote umbut 19-8-2020 11:56 AM
Death metal ke... dah cam kena rasuk sorang2... keluar je program, balik umah tidur berangan lagi.. tukang cakap duit masyukk.. semua ajaran jijang semang
Quote yogamat 19-8-2020 11:56 AM
nak jugak jadi jutawan tapi tak nak la taksub mcm ni... nak kaya nak kaya nak kaya duk meratib mcm tu kalau cakap 44 kali boleh terus jadi kaya ke?
Quote TomyamPuteh 19-8-2020 12:00 PM
Sbb duit sggp jd mcm cicak tertelan biji dokong
Quote Belibis 19-8-2020 12:00 PM
Aku terbayang2 macam bunyi agi idup agi ngelaban.
Quote kucingitam 19-8-2020 12:09 PM
gi team building office pun, bila motivator soh buat pape pun aku ignore je..
jerit la, chicken dance la...eww
tak koser sangat.
Quote anony-mous 19-8-2020 12:27 PM
iols phm la kdg2 kena bangun buat senaman ringan ke apa. tp ni dah mcm tahap kena rasuk
Quote farlis 19-8-2020 12:29 PM
Aiyoooo..malunya tgk...
Aku suka cara ebit lew..aman2 ja bina empayar, xyah la buat ceramah kena jerit aku nk kaya bagai...
Quote diss69 19-8-2020 12:31 PM
MadameOnion replied at 19-8-2020 11:20 AM
macam aksi wrestler masuk ring nak berlawan pulak yg pompuan atas pentas tu...

Patut laa rasa mcm prnh nmpk org buat aksi mcm ni....
Quote physics2 19-8-2020 12:32 PM
Nuyak: pernah la dulu join business2 gini ala2 financial consultant...mmg gitu la cara diaorg nak naik kan semangat. terjerit2, tergelek2 atas pentas..huhuhu ...


Yes, betul tu...masa i kena buang kerja pernah la join kerja sebagai financial consultant, kena paksa dengan leader gi program mcam ni untuk cas energy, as a push factor...I selalu kena jeling dgn leader pasal tak mo join sebab pada i semua tu lakonan and nak duit kita ja...
Quote husna_amal 19-8-2020 12:58 PM
Dari sekolah sampai ke tua hadap dengan kursus mengarut terkinja2 ni.
Quote manjalara_01 19-8-2020 12:58 PM
Ajaran sesat
Quote Kiyah 19-8-2020 01:05 PM
TomyamPuteh: Sbb duit sggp jd mcm cicak tertelan biji dokong

Ahahahha...tak dapat kiyah bayangkan mana rupa cicak tertelan biji dokong

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.073585 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top