CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

California Kini Catat Suhu Terpanas Di Dunia, Kita 37 Celsius Pun Dah Merungut

19-8-2020 11:20 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4536| Komen: 29|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Jika kita merasakan cuaca di Malaysia sudah sangat panas dengan suhu tertinggi 37.4 darjah celsius ketika ini, bayangkan pula suhu yang direkodkan setinggi 55 darjah celsius?


Jika kita merasakan cuaca di Malaysia sudah sangat panas dengan suhu tertinggi 37.4 darjah celsius ketika ini, bayangkan pula suhu yang direkodkan setinggi 55 darjah celsius?

Pada Ahad lalu, Taman Negara Death Valley California, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan rekod suhu terpanas di dunia.


Foto :Kidnews

Menurut BBC, perkembangan itu susulan gelombang cuaca panas yang melanda pantai barat negara itu. Lebih dasyat, ianya dijangka semakin meningkat minggu ini.

Memburukkan lagi keadaan, ianya menganggu bekalan elektrik di California apabila stesen jana kuasa mengalami masalah.


Seorang petugas di taman negara berkenaan, Brandi Stewart menyatakan dia banyak menjalankan tugas di dalam bangunan sepanjang bulan ini.

"Ini adalah haba yang amat menyeksakan. Bila berjalan di luar, anda akan berasa seperti berada di dalam ketuhar dengan gelombang haba terasa di seluruh badan."


Foto :in.glbnews.com

Bagaimanapun, ianya tidak menghairankan kerana taman negara sama pernah merekodkan cuaca paling panas di dunia iaitu 54 darjah Celcius pada 2013.

Dalam masa sama, pihak berkuasa meramalkan gelombang haba akan meliputi kawasan dari Arizona di barat daya menghala ke pantai di Washington barat laut negara itu.

Ia dijangka mencapai kemuncaknya pada Isnin dan Selasa sebelum suhu panas itu diramal menurun dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 hari lagi.


Foto : n.glbnews.com

Mujurlah negara kita tidak sepanas itu. Paling tinggi pun pernah mencapai suhu sehingga 40 darjah Celsius, itu pun sekali sahaja pada tahun 1998 disebabkan fenomena El Nino. Jadi, bersyukurlah ya. - CARI
9

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • vivianashanahan

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 19-8-2020 11:24 AM
Edited by Dwdrum at 18-8-2020 07:29 PM

Memang ramai tahu death valley memang selalu extreme climate... Jika sejuk extreme sejuk jika panas extreme panas... Ada resort saja di sana..
Quote Nana_Man 19-8-2020 11:51 AM
Kawan aku kat arizona smlm tunjuk telur masak lepas 2 jam letak kat luar rumah.
Quote gigahertz 19-8-2020 11:54 AM
Nana_Man: Kawan aku kat arizona smlm tunjuk telur masak lepas 2 jam letak kat luar rumah.

kalau tgk gambar tu langit tiada awan. mmg direct matahri.
Quote umbut 19-8-2020 12:31 PM
Kita 37 pun dah cam sauna.. lagi 55
Quote husna_amal 19-8-2020 01:01 PM
Ni baru betul2 hareudang.
Quote saladin780 19-8-2020 01:09 PM
55 C..tp kelembapan rendah ok la jugak..berpeluh je sejat..sejuk la juga badan..
kat sini jgn kata 55..30+ ke atas pun berpeluh2 tak kering kalu jalan2 kat luar
Quote ninja boy 19-8-2020 01:12 PM
Betul2 malapetaka
Quote Artemesiaa 19-8-2020 01:18 PM
Panas melampau dan kering ni amat bahaya sebab boleh menyebabkan hydration
Quote ulamalu 19-8-2020 01:20 PM
Padang pasir Arab dgn Afrika countries x sampai suhu ni ke?
Quote mizkajura 19-8-2020 01:55 PM
Hahaha harus berendam dlm baldi je dlm rumah
Quote RatuDunia94 19-8-2020 02:14 PM
Edited by RatuDunia94 at 19-8-2020 02:16 PM
ulamalu: Padang pasir Arab dgn Afrika countries x sampai suhu ni ke?


Gurun sahara plg tinggi 40 celcius.. suhu normal 30 celcius je.

Saudi Arabia suhu normal 30.5 celcius..
Quote sharlenetexas 19-8-2020 02:39 PM
Malam pulak macamana?
Quote arnauld 19-8-2020 03:06 PM
madinah ada jer 51c
Quote PembacaSenyap 19-8-2020 03:30 PM
Gilerrr!!! 43°c pon klu angin tiup rasa nak tersiap kulit wehh... Ni 55°c camno lah agaknya..

abis lumur badan dgn sun screen lotion dah kene ulang balik lumur..
Quote gadget 19-8-2020 03:40 PM
malaysia dah pernah merasa suhu panas cenggini last few years...
Quote gadget 19-8-2020 03:41 PM
tapi...tak perlu merungut sebab neraka lagi panas...
Quote Simunggu 19-8-2020 03:54 PM
mereka panas tapi kering

kita panas dan lembab tu yg sesak nafas...
Quote ka_one2000 19-8-2020 04:10 PM
death valley tu ada org tinggal kee...
Quote NekNgah 19-8-2020 05:19 PM
Pernah di Madinah waktu malam 49C.  Keluar airport terus tutup hidung dan mulut, tak boleh tarik nafas sebab terasa haba tu masuk dalam paru-paru.  Patutlah kalau perempuan Arab tutup muka.

Lihat semua komen(29)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.169834 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top