CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lapor Iklan Over, Mengelirukan Kat KPDNHEP Serius Atau Acah Je?

19-8-2020 11:13 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4854| Komen: 19|Original author: Oleh: cari-azza

Description: Jika sebelum ini, pengguna hanya boleh merungut mengenai iklan yang entah apa-apa, namun tiada tindakan daripada pihak berkuasa.


Jika sebelum ini, pengguna hanya boleh merungut mengenai iklan yang entah apa-apa, namun tiada tindakan daripada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan mengenai tindakan terhadap kenyataan iklan keterlaluan, ianya disambut baik oleh ramai warganet.

Bagaimanapun timbul persoalan, sejauh mana keberkesanan 'ugutan' tersebut? Betul-betul bertindak atau 'acah-acah' saja?



foto : Twitter

Menurut laman Twitter KPDNHEP, iklan keterlaluan yang dimaksudkan adalah iklan palsu atau yang mengelirukan pengguna. Sebagai contoh, gambar pada iklan menunjukkan saiz burger adalah dua kali ganda besar, namun burger sebenar yang dijual nipis sahaja.

Oleh itu, KPDNHEP akan menggunakan Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

Ianya disambut baik oleh seluruh warganet dengan menyarankan pelbagai iklan keterlaluan yang selama ini bermaharajalela di media cetak, elektronik dan juga media sosial diambil tindakan.


foto : Twitter

Tidak hanya itu, warganet turut menyeru KPDNHEP menjelaskan mengenai penafian pada papan iklan yang turut mengelirukan pengguna. Sebagai contoh, jika iklan tersebut meletakkan gambar hanya ilustrasi semata-mata, sedangkan hasilya tidaklah seperti yang diiklankan, adakah ianya menyalahi peraturan iklan tersebut?


foto : Twitter

Bagaimanapun, bagi mereka yang terbabit dalam industri ini merasakan adalah tidak wajar menyalahkan pengiklan semata-mata. Ini kerana untuk menarik pelanggan memerlukan gambar menarik. Lagi pula, ianya bukan berlaku di Malaysia sahaja, tetapi juga di pelbagai negara.


foto : Twitter

Jadi, bagaimana? Dah bersedia untuk buat laporan mengenai iklan keterlaluan? - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote c===8 19-8-2020 11:17 AM
nampak iklan kat tepi hiway.....kurus dan putih sekali gus
ntah apa la bahan produk tu...silap2 kurus putih dan mampos sekali gus
Quote kucingitam 19-8-2020 12:07 PM
mcmana dgn iklan pakai bengkung jadi slim, tapi model sebenarnya dah buat surgery, buang tulang rusuk?

iklan cantik tapi model pulak tiruan...
Quote husna_amal 19-8-2020 01:01 PM
Memang patut pun dikenakan tindakan terhadap peniaga2 yang mengeluarkan iklan menipu orang ramai ni walaupun ada mention tulisan kecil imej grafik tak semestinya sama dengan produk sebenar.
Quote Suchi 19-8-2020 01:27 PM
Cemana nak bagi nampak menarik? Kenala masak biar betul2 nampak elok.

Iols terlibat dalam bidang ni, biasanya iols pesan kat client pastikan sample makanan tu hat paling elok dan nampak sedap.

So nnt dalam gambar akan nampak lawa gak, iols tak buat photoshop just retouch bagi naik seri dan  letak mood takat healing sikit2 je.

Tapi untuk iklan fast food dorang memang byk guna menda fake dan photoshop.
Makanan ni mcm budak kecik byk kerenah dan sgt susah nak styling pastu dlm masa sama nak pastikan kesegaran dia.
Contoh hat guna dedaunan segar tu kena guna hat dari pasu baru ok.
Melainkan guna teknik photoshop la.

Contoh aiskrim sama ada guna ice cream fake buat guna tepung jagung bagai atau guna ice cream sebenar tp kena shoot laju2 dan pantas.
Tapi kena standby byk laa stok ice cream tu sbb selagi tak dapat best photo kena shoot lagi dan lagi setiap kali kena tukar hat baru laa sbb aiskrim sgt2 cepat cair pada suhu bilik.
Quote Perawankota 19-8-2020 03:56 PM
Sebabtu kt gambar ada disclaimer, "gambar hanya ilustrasi sahaja".
Quote coolie83 19-8-2020 04:51 PM
setakat ni woodfirejb je gambar iklan burger dia n reality sama..but reality punya lagi sedap..
Quote lavendernovella 19-8-2020 05:15 PM
Suchi: Cemana nak bagi nampak menarik? Kenala masak biar betul2 nampak elok.Iols terlibat dalam bidang ni, biasanya iols pesan kat client pastikan sample mak ...


yg iol tau kan , aiskrim dorang guna mash potato yg diwarna .. sbb kalau guna aiskrim betul , cair cepat...
Quote gadget 19-8-2020 05:31 PM
mcd pun lebih kurang cenggitu...roti burger dia dlm iklan nampak empuk dan tebal, bila beli, leper...tp aku tetap suka double cheese burger dia
Quote dekmieDandy 19-8-2020 05:38 PM
Lobster roll kat Luke Lobster (Shibuya, Japan) elok je gambar ngan product sama

tapi rasanya kat sana semua gambar makanan as advertise pon
Quote LadyCarefree 19-8-2020 07:17 PM
c===8: nampak iklan kat tepi hiway.....kurus dan putih sekali gusntah apa la bahan produk tu...silap2 kurus putih dan mampos sekali gus


Bagus kalau mampos. Padan muka pembeli yang mudah sangat diperdaya, dan padan muka ponder kena saman. Tp kekdahnya meleis be like dah takdir redhorrrr je lahh
Quote najib888 19-8-2020 07:52 PM
Eleh..kalau pengiklan letak label
"Gambar sekadar hiasan" mcm mana? Laku ke tak laku aduan tu?
Quote arm_band 19-8-2020 08:22 PM
PM tepi pun tak dibenarkan. tapi ada ke peniaga online yang diambil tindakan? yang selalu kena pasar & kedai je
Quote gigihadid 19-8-2020 10:25 PM
dekmieDandy replied at 19-8-2020 05:38 PM
Lobster roll kat Luke Lobster (Shibuya, Japan) elok je gambar ngan product sama

tapi rasany ...

Btul2.. Iolss pnah tgk kt mne ntah dorg tnjuk kalau kt jepun mknan yg dibeli tu akn dpt sama mcm mknan yg di iklan..
Quote supernaturalee 20-8-2020 12:16 AM
Yg produk kecantikan model berniqab
Yg tu nk kata mcmn

Dgn syampu utk wanita bertudung

Quote mh17 20-8-2020 01:08 AM
coolie83 replied at 19-8-2020 04:51 PM
setakat ni woodfirejb je gambar iklan burger dia n reality sama..but reality punya lagi sedap..

Rindunya,tp bratornya ya ampun!mujur preggy..dpt ptg Q haha
Quote siputpepel 20-8-2020 11:21 AM
first impression kan penting. alah tak kisah lah macam mana pun janji makanan sedap
Quote Sazreena 26-8-2020 02:20 AM
Tu pasal la client letak disclaimer untuk lepas tengkuk. Mcm gak la korang kalo pestaim g dating. Kuar dressing kemaen letop..mekap sekati..kentot pun sanggup kemut. Asal tak pakai serabai? Nak jaga imej kekdahnya kan. First impression kena jaga walaupun rupa sebenar korang kalah nyonya jaga panggung.
Quote kerabuBiru 26-8-2020 02:25 AM
mh17 replied at 20-8-2020 01:08 AM
Rindunya,tp bratornya ya ampun!mujur preggy..dpt ptg Q haha

Sebab preggy ker sebab gemuk hahahaaa
Quote mh17 26-8-2020 03:38 PM
kerabuBiru replied at 26-8-2020 02:25 AM
Sebab preggy ker sebab gemuk hahahaaa

Muahahaha,kuang ajo!weyh aku ngandung tp slim eh.haha

Lihat semua komen(19)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-5-2022 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.075971 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top