Penjarakan sosial kini menjadi salah satu norma baharu masyarakat dan ternyata telah mengubah beberapa lanskap kehidupan. Ia juga diamalkan di dalam panggung wayang dan terbaru adalah ketika sedang berhibur menonton konsert live. Sebelum pandemik COVID-19, penonton terpaksa atau sanggup bersesak-sesak ketika menikmati persembahan live penyanyi kesayangan mereka dan kini satu ruangan khas akan disediakan kepada penonton untuk memastikan mereka patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Kaedah ini telah diuji di Virgin Money Unity Area, United Kingdom, di mana satu acara konsert live telah dibuat dengan mengumpulkan 2,500 peminat bagi menyertai konsert jarak jauh pertama ini. Malah, bagi memastikan penonton terhibur dan keselamatan masing-masing terjaga, mereka akan dipandu ke kawasan tontonan peribadi sendiri lengkap dengan pesanan makanan atau minuman yang dibuat melalui aplikasi khas. Suhu penonton juga diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan mereka selamat ketika menonton konsert ini. Berita baik bagi industri muzik - mana-mana konsert yang terpaksa ditunda atau dibatalkan ekoran wabak ini nampaknya dah boleh dipertimbangkan dibuat semula dengan kaedah baru yang unik ini. Malah, kaedah ini sebaiknya dikekalkan di masa depan selagi COVID-19 masih ada. - CARI |
ChildrenOfBodom: tengah dengar lagu Roxette - From A Distance
Perawankota: Nmpk apa klu jauh mcmtu? Baik aku tgk dekat umah.. Selamani pon tiap kali p konsert, balik mesti ckp dlm hati, "tengok dpn TV LG best, leh nampak te ...
Normabaru replied at 20-8-2020 02:00 PM
Nak keluar dr tmpt konsert tu masing berhimpit ke berjarakan? Mcm ssh nk kawal je.. Lg2 lps hbs kon ...
ChildrenOfBodom replied at 20-8-2020 12:37 PM
tengah dengar lagu Roxette - From A Distance
ADVERTISEMENT