Penjarakan sosial kini menjadi salah satu norma baharu masyarakat dan ternyata telah mengubah beberapa lanskap kehidupan. Ia juga diamalkan di dalam panggung wayang dan terbaru adalah ketika sedang berhibur menonton konsert live.
Kredit foto: Manchester Evening
Sebelum pandemik COVID-19, penonton terpaksa atau sanggup bersesak-sesak ketika menikmati persembahan live penyanyi kesayangan mereka dan kini satu ruangan khas akan disediakan kepada penonton untuk memastikan mereka patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
Kredit foto: Manchester Evening
Kaedah ini telah diuji di Virgin Money Unity Area, United Kingdom, di mana satu acara konsert live telah dibuat dengan mengumpulkan 2,500 peminat bagi menyertai konsert jarak jauh pertama ini.
Kredit foto: Manchester Evening
Malah, bagi memastikan penonton terhibur dan keselamatan masing-masing terjaga, mereka akan dipandu ke kawasan tontonan peribadi sendiri lengkap dengan pesanan makanan atau minuman yang dibuat melalui aplikasi khas.
Suhu penonton juga diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan mereka selamat ketika menonton konsert ini.
Kredit foto: Manchester Evening
Berita baik bagi industri muzik - mana-mana konsert yang terpaksa ditunda atau dibatalkan ekoran wabak ini nampaknya dah boleh dipertimbangkan dibuat semula dengan kaedah baru yang unik ini.
Malah, kaedah ini sebaiknya dikekalkan di masa depan selagi COVID-19 masih ada. - CARI |