Pelakon popular Jepun ditemui tergantung di rumahnya di Tokyo pada Sabtu sebelum disahkan meninggal dunia di hospital. Memetik Nikkei Asian Review, polis tidak menafikan kemungkinan Miura Haruma, 30, mati akibat bunuh diri selepas pengurusnya dipercayai menemui nota bunuh diri di dalam mangsa.
Syarikat pengurusan Amuse Inc. dalam satu kenyataan memohon maaf atas segala kesulitan dan pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa dan akan memaklumkannya kepada semua orang sebaik keputusan diperoleh. Aktor yang membintangi filem popular termasuk "Attack on Titan" dan "Kimi ni Todoke" (From Me to You) itu dilaporkan memulakan karier dalam bidang nyanyian tahun lalu. Dalam satu kemas kini di Instagramnya pada ulang tahun kelahirannya ke-30 pada April lalu, Miura memuat naik video ucapannya yang teruja untuk memberikan persembahan terbaik dalam dunia seni hiburan. - CARI
|
kechikchomel replied at 18-7-2020 03:51 PM
Baca nama, tak kenal. Gambar lak takde.
Bila Google bagitau ada berlakon gokusen 3.
Baru cam.
Knowlee replied at 18-7-2020 04:13 PM
Muda lagi... Sakit ke apa?
nazzse replied at 18-7-2020 04:44 PM
Why la? Kena covid then tak boleh terima ke?
bakingsoda replied at 18-7-2020 04:14 PM
bunuh diri. sedih jgk walaupon bukan peminat sbb penah tgk drama dia belakon
kaoru44 replied at 18-7-2020 04:59 PM
Iols kenal dia dr movie kimi ni todoke..
miszclassique replied at 18-7-2020 05:45 PM
Sama! Baru je rewatch cerita tu, cerita japan ni kalau iol tengok rasa terbuai buai gitu lagi lah ...
ADVERTISEMENT