Belum pun dilancarkan, harga buku biografi baru Putera Harry dan Meghan Markle dikurangkan hampir separuh dari harga asal oleh Amazon. Finding Freedom: Harry and Meghan and the Making of a Modern Royal Family yang akan dilancarkan pada 11 Ogos ini diturunkan dari 20 pound (RM107.65) kepada 13.60 pound (RM73.17). Buku yang dinanti-nantikan itu akan menjelaskan mengapa Duke dan Duchess of Sussex itu mengundur diri sebagai anggota senior keluarga diraja Britain. Lapor Mirror, buku sebanyak 368 halaman itu ditulis oleh bekas wartawan Omid Scobie dan wartawan diraja Carolyn Durand. Manakala, penerbitnya pula mendakwa buku itu akan menyangkal banyak dakwaan negatif terhadap pasangan terbabit. - CARI
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.296049 second(s), 42 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.