CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Patut Kuarantin Di Rumah Tapi Selamba Lepak Kedai Makan

20-7-2020 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18222| Komen: 110|Original author: I.am.PH

Description: Sekeping gambar seorang wanita yang sepatutnya menjalani kuarantin di tumah tular kerana selamba sahaja bebas menikmati makanan di sebuah kafe di Perak.
Sekeping gambar seorang wanita yang sepatutnya menjalani kuarantin di tumah tular kerana selamba sahaja bebas menikmati makanan di sebuah kafe di Perak.

Menurut pemilik kafe, Nurul Chu Hada Karim, dia sudah pun membuat panggilan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan pegawai kesihatan datang untuk membuat siasatan.

Menurut laporan Malaysia Gazette, wanita yag memakai tag berwarna merah jambu itu belum habis menjalani tempoh kuarantin di rumah.

Foto: FB
“Alhamdulillah pegawai sah kan mak cik merayap ni tak positif cuma dorang tengah cari mak cik ni untuk tindakan undang-undang sebab langgar arahan KKM," kata pemilik kedai.

“Please lah jangan menyusahkan orang . Bukan sorang dua tau kalau hang tu positif!," tulisnya melalui Facebook


Menurut Nurul, wanita tersebut sedang diburu pihak berkuasa kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP). 

Perkara ini juga mendapat perhatian Penasihat Khas Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood.

“Orang seperti inilah yang meningkatkan risiko negara kita kepada gelombang kedua.

“Perbuatan Puan, keluarga/sahabat dan kafe yang membenarkan wanita ini makan di situ dan tidak melaporkannya adalah memalukan.

“Langkah lebih tegas diperlukan. Covid-19 masih ada,” katanya menerusi Twitter. -CARI
2

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 20-7-2020 02:40 PM
At least, gelang pink tak bukak.
Quote Orix 20-7-2020 02:40 PM
makcik ni bertudung, maka, mahapkan lah dia


Quote I.am.PH 20-7-2020 02:40 PM
Edited by I.am.PH at 20-7-2020 06:54 AM

Nurul Chu Hada Karim
Founder Belle Femme
Sparkling With Love
Cerah Gebu Dengan Belle Femme Aset Mantap - Bellelady

Nurul Chu Hada Karim

2j

Dari semalam lagi sebenarnya dah rasa tak sedap hati . Rasa tak senang duduk . Ya Allah sekali Viral ada gambar mak cik pakai wristband warna pink yang pihak KKM wajibkan bagi sesiapa yang balik dari Luar negara untuk pakai dan duduk diam-diam kuarantin diri dekat rumah .

Sekali dia makan dekat cafe Kak Nurul berniaga jelas jelas kot dok tangkap gambar dekat cafe . Tayang wristband tu . Nayalah mak cik oi ! Duduk diam dekat rumah tak boleh ke ? Hang merayap pasai pa ?

Kak Nurul sendiri dah kol Jabatan Kesihatan Negeri Perak untuk tanya pasal maklumat mak cik ni . Tapi tak boleh dedahkan katanya . Mereka masih siasat kes ni .

Sat ni 11.23pagi macam tu pegawai kesihatan datang cafe buat siasatan pasal kes mak cik ni . Alhamdulillah pegawai sah kan mak cik merayap ni tak positif cuma dorang tengah cari mak cik ni untuk tindakan undang-undang sebab langgar arahan kkm .

Please lah jangan menyusahkan orang . Bukan sorang dua tau kalau hang tu positif !
Kedai makan lagi . Haiyaa
( selamat lah mak cik di sahkan negatif dan sudah melepasi tempoh kuarantin dan dah pun buat ujian kali kedua , kalau tak terkesan kepada kami para peniaga ni lah . Nama kafe kami . Syukur Allah masih lindung . )

Siapa yang ada info makcik ni tolong inform Kak nurul ye ! Bantu memudahkan pencarian Dia dicari bagi tujuan tindakan undang undang kerana langgar arahan kkm .

Edit info tambahan : Hanaz Cafe bebas dari covid ye . Kami tiada arahan penutupan kerana pegawai sendiri sah kan Mak cik gelang pink negatif daripada covid . Mak cik dicari bagi tujuan tindakan undang undang kerana melanggar arahan KKM .

[fbp]https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2332060377101270[/fbp]
Quote cupu 20-7-2020 02:41 PM
Sape je yg betul2 dgr arahan. Unless mmg no choice.kuarantin blk la dkt serdang tu... Aje gelenyor nk mkn kedai plk dia.
Quote I.am.PH 20-7-2020 02:42 PM
Edited by I.am.PH at 20-7-2020 06:44 AM

Nurul Chu Hada Karim
23m ·

Tak rajin membaca pun payah jugak rakyat mesia ni !

Tag pada tangan mak cik 4/7 macam tu .
Then dalam dua minggu macam tu kkm akan buat semula swap test kali kedua . Untuk pengesahan Positif @ Negatif .
Positif je confirm akan kuarantin ! Negatif pulak tanggal lah wristband tu .

Jadi dalam tempoh beberapa minggu hingga 19hb terdapat dua kes positif sahaja di Perak Darul Ridzuan . Maka dengan itu dua orang yang positif telah pun dikuarantin di HRPB . Dan disahkan mak cik gelang pink adalah dalam list negatif covid . Sebab apa ? Sebab sah sah lah dia tak ada dalam list Positif !

Macam mana boleh tahu dia negatif sedangkan belum tahu siapa orangnya ? Sebab dia tak ada dalam senarai positif tu jadi tentulah negatif walaupun belum tahu siapa dia sesiapa sahaja yang dalam pengawasan ada dalam senarai kkm dan dorang akan di cek sekali lagi kali kedua . Adoiii panjang lebar ni explain . Tak faham juga mohon daftar masuk tabika semula

Jadi pegawai pun tengah buat siasatan nak tahu siapa mak cik negatif ni ! Sebab walaupun dia negatif dia harus dicari kerana telah melanggar arahan untuk kuarantin di dalam rumah . Dok ke sana ke sini ke sana kesini ! Maki kang jangan marah pulak ye !

Dia telah mencetus rasa panik ! Melanggar arahan . Menyusahkan dan memburukkan reputasi kami peniaga di Meru Raya !

[fbp]https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2332122007095107&id=100008919910011[/fbp]


Quote bungarose 20-7-2020 02:43 PM
Jahilnyer manusia
Bodoh sombong
Quote gadis_tulip 20-7-2020 02:49 PM
Mana kita tau asalnya die pakai tag pink tue kena dok rumah dendiam, tapi bosang tahap gaban, p gunting tag tue and kuar merayau2.

Iye la, takmo dikecam netisen cam acik nie. Camano pulop?

Quote sepiITUindah 20-7-2020 02:54 PM
cupu replied at 20-7-2020 02:41 PM
Sape je yg betul2 dgr arahan. Unless mmg no choice.kuarantin blk la dkt serdang tu... Aje gelenyor n ...

orang asal
Quote Artemesiaa 20-7-2020 02:54 PM
Satu lagi kalau boleh buat mereka yang dah habis tempoh kuarantin dirumah, masih pakai gelang dan kena buat ujian semula sebelum boleh buka gelang tu wajibkan mereka hanya boleh lakukan di hospital atau klinik kerajaan yang ada section khas untuk itu.  Ni nampak ada je yang pergi ke klinik swasta biasa untuk mintak buat ujian semula untuk membolehkan mereka buka gelang.  Ni dengan sop petugas diklinik swasta pun kadang agak kurang apa tah lagi pesakit lain yang nak dapatkan rawatan pasti rasa tak selesa.  Pasti ia boleh mengundang risiko kalau keputusannya tak negatif.
Quote lipans 20-7-2020 02:56 PM
Penat tau nak cari tudung matching dengan gelang pink tu.
Quote ina_na 20-7-2020 02:56 PM
Adoii makcik oii.. Ni yg br blk dr ovc ke.. Kalo bt blk ovc x self kurantin p anta blk ke negara dia org pg sblm ni.. Jgn bg msk malaysia dah.. Penat tau kita ni ketakutan sepanjang masa.. Bl dgr bunyi ambulance je dah panic attacks..
Quote prettyuglybabe 20-7-2020 03:01 PM
manusia degil macam ni memang elok mati dek covid jah..
Quote Kurex 20-7-2020 03:03 PM
Tak pernah ayam kurap pee esh bukak benang pasal kesalahan leluhur kan?
Quote tomatome 20-7-2020 03:06 PM
Makcik ni pegi makan dgn sapa? Kalaum kerabat pun xde rasa bersalah ke ko biar je mak ko g makan kt kafe/restoran? Mana tanggungjawab sosial ko
Quote darkness 20-7-2020 03:06 PM
Bikin sakit hati dgn perangai tidak bertamadun manusia ni
Quote tungkai 20-7-2020 03:41 PM
Dalam kita mencerca makcik ni, ada ramai lg peel yang serupa yg tak dikesan. Menyusahkan orang...Cukuplah ada patient #136
Quote mawarputih2612 20-7-2020 03:45 PM
sarawak ada jer kes mcmni dulu
masa student balik dr semenanjung, sepatutnya kuarantin d rumah
tp dia keluar makan mi
last2 kena tangkap polis
Quote bakingsoda 20-7-2020 03:50 PM
bangga makcik tunjuk perangai tak bertamadun. bukan ke kalau masih pakai gelang maksudnya first test negative tapi kena kuarantin dan belum test kali ke 2? ye lah kalau dah test ke 2 dan negative boleh cabut lah gelangnya kan? kalau positif mesti dah kat spital
Quote I.am.PH 20-7-2020 04:31 PM
Sungguh menakutkan

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.053204 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top