Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan editor buku Rebirth sudah melarikan diri ke luar negara. Menurut BERNAMA, semakan dokumen perjalanannya mendapati lelaki warga tempatan itu sudah ke luar negara sejak 21 Januari lalu.
"Dia (editor) sudah keluar Malaysia, namun kami tidak dapat memastikan keberadaan suspek serta lokasinya. Pihak JSJ sudah menyenaraikannya sebagai Orang yang Dikehendaki dan akan ditangkap selepas dikesan," katanya. Sehubungan itu, polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Interpol untuk mengeluarkan notis merah bagi menahan suspek jika dikesan di mana-mana negara. "JSJ juga akan meminta bantuan Cawangan Khas sekiranya artikel yang disumbangkan 28 penulis buku itu mempunyai unsur-unsur ancaman keselamatan dan sebagainya," ujarnya.
Buku Rebirth: Reformasi, Resistance and Hope In New Malaysia disunting Kean Wong didakwa menggunakan logo pada gambar kulit buku yang didakwa menghina Jata Negara. - CARI
|
harisbee replied at 17-7-2020 03:07 PM
Moga kena covid us
Redskin replied at 17-7-2020 09:29 PM
Bagus PN ambik tindakan tegas
carik sampai kelubang cacing..
ADVERTISEMENT