CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lin Dan Umum Gantung Raket

5-7-2020 01:31 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 4247| Komen: 22|Original author: Oleh: kp5x

Kredit foto : The Star

Juara Dunia lima kali dan pemenang pingat emas Olimpik dua kali, Lin Dan mengumumkan persaraannya melalui laman media Weibo pada 4 Julai.

"Dari tahun 2000 hingga 2020, setelah 20 tahun, saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan negara. Ianya sesuatu yang amat sukar untuk dizahirkan," kata Lin Dan.

Menurut laporan AFP, Persatuan Badminton China menerima keputusan persaraan pemain kidal tersebut dengan mengambil kira pilihan peribadi beliau dan situasi terkininya.


Keputusan persaraan Lin Dan diambil hanya setelah lebih setahun Lee Chong Wei, sahabat dan seteru utamanya di gelanggang bersara.

Lin Dan menduduki ranking ke 19 terkini dunia. - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 5-7-2020 10:12 AM
666 tho.      
Quote Artemesiaa 5-7-2020 12:21 PM
Eloklah tu yang sama batch dah ramai yang bersara bagi peluang untuk yang lebih muda pula bertanding.  Lepas ni boleh jadi jurulatih atau berlakun pilem pulak.
Quote she 5-7-2020 01:19 PM
Skandal dgn retis g hotel lupa nk ttp langsir muahahaha

Time wife tgh peknen ke pantang ntah
Quote kp5x 5-7-2020 01:31 PM

Kredit foto : The Star








Juara Dunia lima kali dan pemenang pingat emas Olimpik dua kali, Lin Dan mengumumkan persaraannya melalui laman media Weibo pada 4 Julai.
"Dari tahun 2000 hingga 2020, setelah 20 tahun, saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan negara. Ianya sesuatu yang amat sukar untuk dizahirkan," kata Lin Dan.


Menurut laporan AFP, Persatuan Badminton China menerima keputusan persaraan pemain kidal tersebut dengan mengambil kira pilihan peribadi beliau dan situasi terkininya.


Keputusan persaraan Lin Dan diambil hanya setelah lebih setahun Lee Chong Wei, sahabat dan seteru utamanya di gelanggang bersara.


Lin Dan menduduki ranking ke 19 terkini dunia. - CARI
Quote CiliPadiSedap 5-7-2020 03:08 PM
Dia punya backhand masih xcantik xboleh lawan taufik hidayat aka vokuru backhand
Quote Centurion 5-7-2020 03:15 PM
Aku igtkan dia dah lama bersara. Rupanya baru nak bersara.
Quote Kurex 5-7-2020 05:19 PM
Mesti busuk
Quote RatuDunia94 5-7-2020 10:20 PM
Antara pemain badminton yg dapppp
Quote yuki812 5-7-2020 10:29 PM
Dia ni bkn semua kejohanan dia joint kan..
selective je..cam olympic..kejohanan dunia..
skali main..mostly mesti champion.
Quote hyie 5-7-2020 11:20 PM
RatuDunia94 replied at 5-7-2020 10:20 PM
Antara pemain badminton yg dapppp

kalau heshe tengah main badminton live kat tv mesti iols akan tengok untuk cuci mata
Quote RatuDunia94 5-7-2020 11:27 PM
hyie replied at 5-7-2020 11:20 PM
kalau heshe tengah main badminton live kat tv mesti iols akan tengok untuk cuci mata

Plus dgn aura bad boy nya kan.. somehow iols dlm diam menyokong heols utk menang time lawan DLCW.. ampun latuk...
Quote nazzse 5-7-2020 11:50 PM
yuki812 replied at 5-7-2020 02:29 PM
Dia ni bkn semua kejohanan dia joint kan..
selective je..cam olympic..kejohanan dunia..
skali main ...

Tak sertai sebab dia dah cukup point untuk ke final world tournament. Mcm u cakaplah, sekali masuk terus menang, situ dah kumpul point banyak...Meanwhile player lain still kena kumpul point dgn masuk pertandingan
Quote beatgirlX 5-7-2020 11:51 PM
Dia mmg menaeik utk ditonton..tu bula dia kawen ngan wife dia rasa..ermmmm...pastu kuar lak scandal ngan awek hot...hahaha
Quote supernaturalee 5-7-2020 11:53 PM
Sekuel filem lcw....lin dan

Quote yuki812 6-7-2020 08:31 AM
nazzse replied at 5-7-2020 11:50 PM
Tak sertai sebab dia dah cukup point untuk ke final world tournament. Mcm u cakaplah, sekali masuk ...

I rasa dia bijak arrange career dia. Dia hanya sertai tournament yg boleh beri big impact pada nama dia dan career dia. so he focused on it sahaja lah. Takde terkejar2 joint tournament lain..tak penat.

Kalau macam LCW..kadang kesian..dari satu ke satu tournament. Tak sempat rehat. Sampai dia pernah cakap..tournament tu lah tempat dia berlatih..sebab dia mcm xde masa. Tapi of course menang tu semua habuan yg bukan kaleng2 ler.
Quote Cassieopeia 6-7-2020 08:39 AM
rindu plak zaman tgk dia lawan dgn LCW, taufiq n si peter denmark tu.. kalau buat friendly 4 org ni fuuhh
Quote husna_amal 6-7-2020 10:57 AM
generasi emas semua dah bersara.
Quote lipans 6-7-2020 11:05 AM
Lin Dan = Atok.
LCW = Abam Non
Quote nazzse 6-7-2020 11:07 AM
yuki812 replied at 6-7-2020 12:31 AM
I rasa dia bijak arrange career dia. Dia hanya sertai tournament yg boleh beri big impact pada nam ...

LD ramai pelapis, sparring partner hebat wlpun time training. Yg i baca, ada tournament LD tak sertai utk bagi peluang player China yg lain menang as klu dia masuk confirm lah menang kan. Tu pun start lepas lama dia pegang world no 1 utk masa yg lama. .

DLCW plak sorang je yg hebat, pelapis belum sampai level dia wlpun sikit, byak berlatih sorang dgn coach. Isu coach selalu kena tukar dek BAM lagi, ada jgk affects performance dia masa tu, turun banyak ranking. After dapat coach dia, baru naik balik.

End of an era bila LD bersara.. Dia, LCW, Taufik & Peter Gade dah bagi peminat badminton kepuasan tak terhingga sepanjang 20 tahun ni. End jgk la iols follow badminton. Pelapis yg sekarang dah tak minat nak follow.



Tapi betul, LD ni hebat betul. Lama dia pegang no 1. Tak rasa pengganti dia akan sehebat dia.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.284087 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top