CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

RM30k Sebahagian Daging Wagyu Jadi Ibadah Korban, Ni Penunggang Agama Ke?

4-7-2020 09:42 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9213| Komen: 35|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Bayangkan sedekah korban daging Wagyu, lepas tu masak kicap, gulai, pergh, sedap tapi berapa asnaf ja boleh dapat. Jangan-jangan masak sendiri ja sebab mahal."



"Bayangkan sedekah korban daging Wagyu, lepas tu masak kicap, gulai, pergh, sedap tapi berapa asnaf ja boleh dapat. Jangan-jangan masak sendiri ja sebab mahal."


Memandangkan kita akan menyambut ibadah korban tidak lama lagi, maka ramai yang menawarkan haiwan terbaik untuk ibadah tersebut. 

Muncul pula sebuah iklan yang menawarkan daging Wagyu yang diketahui bahagian paling sedap dan termahal sebagai korban, menjadi perbualan antara warganet.

Maklumlah, hanya orang berada yang biasa menikmatinya daging wagyu. Namun, apabila ia ditawarkan sebagai daging korban dengan satu bahagian berharga RM30 ribu menjadikannya harga tujuh bahagian berjumlah RM210 ribu, ia menimbulkan perdebatan sama ada wajar atau tidak?


Adakah segelintir asnaf patut bersyukur apabila menikmatinya, sedangkan dengan jumlah tersebut ia boleh menampung lebih ramai penerima. Ataupun ianya sekadar medan untuk menunjuk-nunjuk bagi orang kaya?


Kredit foto : Twitter

Bagi warganet, walaupun ibadah tetap sah tetapi ianya adalah situasi yang membazir kerana tidak banyak keluarga yang boleh diberikan sedekah berbanding jika jumlah yang sama diperuntukkan untuk membeli daging lembu biasa.



Kredit foto : Twitter

Kredit foto : Sirap limau

Bagaimanapun syarikat tersebut telah menjelaskan ianya memang untuk mereka yang mampu sahaja dan memandangkan ini tahun pertama mereka membawakan daging korban Wagyu di Miyazaki Jepun, maka mereka memberikan banyak kelebihan kepada yang membuat ibadah korban ini.


Kredit foto : FB

"Seekor lembu Wagyu tulen yang dagingnya bergred terbaik A5 biasa dengan berat hidup 800kg, akan memberikan blok daging several 360kg kelak. Setiap peserta akan menerima 50kg daging yang harga pasarannya mencecah RM50k sebenarnya. Daging tersebut akan dihantar hingga ke rumah anda untuk anda edarkan sendiri kepad fakir miskin yang mungkin teringin juga merasai nikmat daging ini."

Namun, penjelasan ini masih tidak mampu melegakan rakyat marhein. Bagi mereka, hanya dengan sebahagian daging wagyu bernilai RM30 ribu sahaja pun sebenarnya sudah boleh menumbangkan tujuh ekor lembu biasa yang boleh disedekahkah kepada lebih ramai orang.


Kredit foto : FB

Kredit foto : multilinkintegrated.com

Jadi, apa pendapat anda? Adakah daging wagyu membazir untuk dijadikan korban? Adakah ianya kerana asnaf tidak layak untuk menikmati daging terbaik tersebut?- CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 4-7-2020 09:57 AM
Prinsip dia mudah.. Selagi bukan duit aku.. So lantak la org lain nak buat korban daging wagyu ka.. Daging lembu biasa ka.

Sibuk pulak dok kisah duit org lain.
Quote Normabaru 4-7-2020 10:06 AM
Lembu2 ni free covid x? Duit mengalir ke luar negara.. Hmm apo! Sapot lokal lah banggg
Quote cmf_premierleag 4-7-2020 11:02 AM
penah tgk lembu baka besar x tau apa nama tah
tgk ms kat pameran MAHA
ada 2-3 ekor
besaaarrrr sgt..daging lembu sekor tu aku rs bleh kasi 5000 org makan kut
Quote cmf_premierleag 4-7-2020 11:03 AM
wagyu ni aku penah makan ms kat menate
biasa2 jah rasanya
sedap lg batang pinang
Quote RatuDunia94 4-7-2020 11:03 AM
Ala kalau org tu mmg duit berlambak sampai x tahu nak habiskan kot mana.. lantak deols lah...
Quote KIM.K 4-7-2020 11:07 AM
Asnaf mana yang dapat wangyu ni rasanya dijual balik senyap2
Quote Kurex 4-7-2020 11:08 AM
Gambar lembu atas ni macam tengah bau bontot dekat depan
Quote MissLana 4-7-2020 11:18 AM
lembunya sado2 huhu
Quote Fairy88 4-7-2020 12:02 PM
korban org2 kaya.. {:smile
Quote rosli_nurizzati 4-7-2020 12:41 PM
depa mampu biaq pi la... they work for their money.. manatau depa dah donate byk, saja nk test wagyu meat korban lak.. untung la sapa dpt.. hehehehhehehe
Quote Orix 4-7-2020 01:22 PM
Kalau nk kira membazir hari2 sila makan roti n biskut je dekkkkkkkkkkk
Quote GigaMom 4-7-2020 02:16 PM
Tekstur daging wagyu memang sedap
Tapi bagi ai,
Selagi x pandai masak bagila apapun
Hauk juga jadinya makanan
Quote jazaa100 4-7-2020 04:54 PM
Masing masing ada pendapat tersendiri.....

Bg rakyat marhein, itu membazir namanya.....

Bg org kaya, nak buat ibadah, persembahkn yg terbaik, duit bkn masalah...semua tu kurniaan Allah.....


Quote aderaderker 4-7-2020 05:10 PM
Husnuzon saja,  dia dah ambik 1 bahagian lembu mahal ni and disamping tu akan korbankan beberapa ekor lembu biasa jugak.

So,  maybe asnaf terpilih akan merasa yg mahal...

Duit deme,  lantak deme la..
Quote Acikgomen 4-7-2020 05:15 PM
cmf_premierleag replied at 4-7-2020 11:03 AM
wagyu ni aku penah makan ms kat menate
biasa2 jah rasanya
sedap lg batang pinang

Aku makan wagyu kat kedai bosned
Mmg la daging tu takyah nak kunyah beriye mcm daging yg kita biasa kunyah, tapi idok le aku impress sampai nak hapdet gambo kat ig
Lagipun makan kat kedai retis khennnnz
Mesti la aku malu nak tayang memandangkan aku pandang lekeh retis2 neh

Takde la hebat pun daging wagyu neh so sesapa yg gigih nak simpan duit pegi makan daging ni errrrrrrr baik korang beli emas seketul
Quote missus_meow 4-7-2020 05:17 PM
kalo dah mampu ok je rasanya
Quote axl_bach 4-7-2020 05:33 PM
KIM.K replied at 4-7-2020 11:07 AM
Asnaf mana yang dapat wangyu ni rasanya dijual balik senyap2

Hak dia dah so x kisah nk jual pun hukumnya harus...tp sapa yg nak jadi buyer?hahahahah
Quote jazaa100 4-7-2020 05:35 PM
aderaderker replied at 4-7-2020 05:10 PM
Husnuzon saja,  dia dah ambik 1 bahagian lembu mahal ni and disamping tu akan korbankan beberapa eko ...

Klu nk bersangka tak baik pulak....

Dia agihkn daging wagyu kat kekwn & jiran dia yg kaya raya je...takkn nk bg Dato, Dato' seri daging lembu cekeding......
Quote KIM.K 4-7-2020 05:43 PM
axl_bach replied at 4-7-2020 05:33 PM
Hak dia dah so x kisah nk jual pun hukumnya harus...tp sapa yg nak jadi buyer?hahahahah

Mesti ada..hahaha
Defo jual murah sekilo rm1k boleh tolak rm500. Itupun idea kalau jual laa

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.205507 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top