Fizo Omar mendedahkan ada sindiket penipuan yang cuba memperdaya dirinya. Aktor ini katanya pernah beberapa kali mendapat tawaran beribu ringgit sampai ada yang sanggup masukkan duit dalam akaun walaupun sebelum berjumpa.
"Wow dpt job! RM25,000 satu malam. "Saya pasti ini adalah penipuan, tapi bukan pertama kali saya dapat kiriman mesej sebegini menerusi Instagram. "Kadang-kadang terfikir juga apa motif mereka ni? Ada tu siap minta nombor akaun nak masukkan duit dulu kemudian baru jumpa depan-depan. "Barang recond macam saya ni pun ada harga, kalau yang brand new dan wanita-wanita pula tak tahulah berapa kan?" kongsinya melalui Instagram.
Fizo juga sempat membalas mesej scammer terbabit dengan cara yang sarkastik. "Bunyi pelik kan? Tapi benda ni wujud dalam realiti, bukan dalam drama je. "Kadang-kadang apa yang berlaku dalam drama sebenarnya menjelaskan apa yang berlaku dalam hidup kita sehari-hari. "Tak apalah, yang penting #kitajagakita dan tak perlu sibuk nak jaga orang lain kan kalau diri sendiri tak terjaga," tambahnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|