Dua kali keguguran sebelumnya, Fasha Sandha kini hamil lapan bulan. Walaupun ini anak ketiga, namun aktres ini mengakui yang dia trauma untuk melalui proses bersalin.
"Kandungan saya kini sudah berusia lapan bulan dan doktor sudah suruh saya bersedia bulan depan. Walaupun pernah melahirkan dua anak, saya tetap rasa gementar dan fobia kerana kali terakhir saya melahirkan anak adalah sekitar enam tahun lalu. "Lagipun pengalaman keguguran membuatkan saya amat fobia. Barang kelengkapan masih belum dibeli kerana kebetulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ni. Insya-Allah minggu depan baru nak mula beli barangan untuk bayi perempuan kami," katanya kepada Harian Metro.
|
ADVERTISEMENT