CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyokong Tun M Lancar Kempen Bersatu ‘Blackout’

17-6-2020 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10411| Komen: 67

Sebagai tanda protes mahukan parti kembali ke "landas asal perjuangan", penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan kempen 'blackout'.

Difahamkan, kempen yang dipersetujui Dr Mahathir itu menukar warna logo Bersatu kepada hitam dan putih.



Foto: FB Bersatu.TV

Menerusi hantaran di Facebook Bersatu.TV, kempen itu menyeru penyokong Dr Mahathir untuk menukar gambar profil di semua laman sosial dengan meletakkan logo 'Bersatu Blackout'.

Sementara itu, MalaysiaKini melaporkan, Ketua Penerangan Armada Ulya Aqamah Husamudin menjelaskan motif logo itu digunakan sejak semalam.






Foto: Twitter

“Logo itu sebenarnya sokongan terhadap akar umbi dan dia melambangkan protes terhadap apa yang berlaku dalam Bersatu itu sendiri.

“Antara kita ingin bantah pemecatan Tun (Mahathir) dan beberapa ahli lagi yang dibuat secara tidak adil dan keputusan terhadap keputusan parti tanpa melibatkan mesyuarat agung,” katanya. - CARI
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • PamilaRBowman

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • LostStar

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Covid19 17-6-2020 01:03 PM
Dah black out,apa lagi tido le
Quote I.am.PH 17-6-2020 01:03 PM
[youtube]qrQFRzr3URA[/youtube]
Penyokong Dr M Lancar Kempen Bersatu 'Blackout' Tanda Protes
17/06/20 12:45 pm

Penyokong Dr Mahathir Mohamad dalam Bersatu melancarkan kempen 'blackout' dengan menukar warna logo parti itu kepada warna hitam putih sebagai tanda protes sehingga parti kembali ke "landasan asal"

Akaun Facebook dengan nama Bersatu.TV yang mempunyai lebih 17,000 pengikut, dalam satu kiriman semalam berkata kempen itu telah dipersetujui oleh Mahathir.


Quote I.am.PH 17-6-2020 01:04 PM
[fbp]https://www.facebook.com/BersatuTVOfficial/photos/a.123605102546205/160665595506822[/fbp]
Quote JohnnyLever 17-6-2020 01:07 PM
tiada bayar bil TNB kena potong mestilah black out encik

Quote I.am.PH 17-6-2020 01:11 PM
Penyokong Dr M lancar kempen Bersatu 'blackout'
Ramieza Wahid Diterbitkan Hari ini 11:48 am



Penyokong Dr Mahathir Mohamad dalam Bersatu melancarkan kempen 'blackout' dengan menukar warna logo parti itu kepada warna hitam putih sebagai tanda protes sehingga parti kembali ke "landasan asal"

Akaun Facebook dengan nama Bersatu.TV yang mempunyai lebih 17,000 pengikut, dalam satu kiriman semalam berkata kempen itu telah dipersetujui oleh Mahathir.

“Dipersetujui oleh TDM (Mahathir) sebentar tadi, sebagai tanda bantahan kita semua dan sokongan terhadap beliau, semua profile page FB (laman profil Facebook), Instagram dan Twitter anda semua diletakkan logo Bersatu blackout.

“Ini sebagai tanda protes daripada ahli-ahli yang kekal bersatu, berprinsip dan bermaruah sehingga parti dapat dipulihkan kembali ke landasan asal perjuangan,” kata laman itu menerusi hantaran di Facebook semalam.

Berdasarkan semakan Malaysiakini, beberapa pemimpin dari Bersatu dilihat telah mula memuat naik logo berkenaan di media sosial beserta tanda pagar seperti #bersatublackout #kekalberprinsip #selamatkanbersatu.

Antaranya, Timbalan Presiden Bersatu yang dipertikaikan Mukhriz Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu Amiruddin Hamzah, Setiausaha Agung yang dipertikaikan Marzuki Yahya dan Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Bersatu yang dipertikaikan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

[twitter]https://twitter.com/MukhrizMahathir/status/1272879305152839682[/twitter]
Pihak yang menggunakan logo terbabit sebagai gambar laman profil Facebook dan Twitter adalah Mukhriz, Marzuki, Amiruddin serta Ketua Penerangan Armada Ulya Aqamah Husamudin.

Sementara itu, Ulya ketika dihubungi Malaysiakini menjelaskan logo yang digunakan sejak semalam itu bertujuan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan kepada beberapa ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

“Logo itu sebenarnya sokongan terhadap akar umbi dan dia melambangkan protes terhadap apa yang berlaku dalam Bersatu itu sendiri.

“Antara kita ingin bantah pemecatan Tun (Mahathir) dan beberapa ahli lagi yang dibuat secara tidak adil dan keputusan terhadap keputusan parti tanpa melibatkan mesyuarat agung,” katanya.

Tambah Ulya, penggunaan logo itu sekurang-kurangnya dapat meningkatkan kesedaran terhadap ahli parti bahawa Bersatu kini mempunyai masalah.

Selain itu, laman profil Facebook cabang parti Bersatu Kedah dan Kubang Pasu juga turut menggunakan logo terbabit.

[fbp]https://www.facebook.com/BersatuKedah.org/posts/2486205318337310[/fbp]

Sejak mula dimuat naik semalam sehingga berita ini ditulis, semakan menunjukkan logo tersebut tidak terlalu meluas dan hanya digunakan oleh beberapa ahli parti Bersatu dari kem Mahathir.

Bersatu kini berpecah antara kumpulan yang menyokong presiden parti, Muhyiddin Yassin dan mereka yang menyokong Mahathir.

Kumpulan Muhyiddin menentang Mahathir dan Mukhriz kerana kritikan terbuka mereka terhadap keputusan meninggalkan Pakatan Harapan (PH) untuk bergabung bersama Umno, PAS dan beberapa parti lain bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Akibat bantahan tersebut, beberapa ahli dan pemimpin parti terbabit dari kem Mahathir telah digugurkan dan menyebabkan masalah dalaman parti terbabit kian keruh.
Quote nadie90 17-6-2020 01:16 PM
Ceq nak komen ni ja...ceq pun xbc artikel diatas....sj nk komen ja
Quote Simunggu 17-6-2020 01:21 PM
apa landasan yg betul??? PH jadi kerajaan balik??? hari tu ber ia ia bagi jatuh sendiri...ingat rakyat bodoh piang??? atau ada yg bodoh lebih dari pinag???
Quote EJALTI 17-6-2020 01:29 PM
Quote hatikudus 17-6-2020 02:30 PM
suka hati lah....silakan    
Quote anonims 17-6-2020 03:15 PM
Menguap skala tak leh bincang..
Quote palmolive 17-6-2020 03:29 PM
u hate me cause im black???
Quote gadis_tulip 17-6-2020 03:31 PM
Ada iols kisah depa mogok takde letrik?

Quote underground 17-6-2020 03:39 PM
I.am.PH replied at 17-6-2020 01:04 PM

Berharap atok cepat blackout ke?

Quote JohnnyLever 17-6-2020 03:42 PM
palmolive replied at 17-6-2020 03:29 PM
u hate me cause im black???



tiada boleh rasis lagikah komen engkau ini encik?


Quote JohnnyLever 17-6-2020 03:43 PM
palmolive replied at 17-6-2020 03:29 PM
u hate me cause im black???

[youtube]etgx-6oNVTg[/youtube]
Quote mimi77 17-6-2020 03:45 PM
ooooooo blackout ..paham2....goodluck
Quote Hannah.Montana 17-6-2020 04:11 PM

penting ke ???????????????????????????
Quote tungkai 17-6-2020 04:15 PM
So..aku nak kena gelabah tetek ke apa ni?
Quote dizekni 17-6-2020 04:18 PM
Ahli pun entah berapa orang je

nak main blackout2 pulak

tak bayar bil TNB ka apa

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.057051 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top