CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Fizi Dah Minta Maaf, Peminat Indonesia Puas Hati?

4-6-2020 08:22 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12577| Komen: 55|Original author: Oleh: Cari Azza




Setelah menerima kecaman bertalu-talu daripada peminat Indonesia mengenai siri animasi popular Upin & Ipin serta karekter Fizi yang didakwa biadab, akhirnya pihak produksi membuat segmen khas Fizi meminta maaf kepada pasangan kembar tersebut.



Kontroversi bermula dalam episod Syahdunya Syawal yang disiarkan pada Hari Raya pertama di saluran MNCTV, Indonesia apabila terlontar dialog Fizi iaitu "tiada syurga" ke atas Upin dan Ipin kerana tidak mempunyai ibu.

Ianya membuatkan ramai warganet marah dan menjadi hangat antara peminat di Indonesia dan Malaysia. Sepantas kilat, komen 'Fizi is cancelled' menjadi tular di laman sosial terutama Twitter.



Bagaimanapun, setelah permohonan maaf dibuat, semuanya menerima dengan dada yang lapang. Malah, karektor Fizi sebenarnya wujud di dunia realiti.


Kredit foto : Twitter

Kredit foto : Ig

Menurut penerbit Les'Copaque Production, Khairul Aimran Ibrahim (Kim) berkata, mereka akui ianya adalah ketelanjuran kata-kata daripada Fizi. Jadi, sesuai dengan bulan Syawal yang menganjurkan umat Islam bermaaf-maafan, pihaknya berharap kesilapan Fizi dapat diampunkan.

"Peminat siri Upin & Ipin tahu karakter Fizi adalah ceria dan suka mengenakan kawan-kawan. Seperti Fizi selalu menyakat Ehsan dengan gelaran 'intan payung'. Ia sekadar panggilan manja Ehsan dan sering dijadikan modal untuk mengusik. Itu belum lagi melihat gelagat Fizi berpuasa separuh hari dan mengaku di depan cikgu dengan selamba,"



Kredit foto : IG

Walaupun berlaku perbalahan antara peminat Indonesia yang mahu Fizi meminta maaf sementara peminat Malaysia pula menyatakan Indonesia terlalu serius, namun dengan video memohon maaf ia diharapkan mampu menjernihkan semua keadaan. 

Jadi, kita kan sahabat, kata Upin dan Ipin. - CARI


3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wanokakaka 4-6-2020 08:37 AM
indonesia mmg.. over emo
Quote Lula2 4-6-2020 08:50 AM
wanokakaka: indonesia mmg.. over emo

{:spec

Diorang bergurau je..baca komen pun tahu bergurau...even lps les copaque keluar video minta maaf ni pun indonesian ckp diorang gurau je..
Quote Kurex 4-6-2020 08:54 AM
Indon... Biasa la
Quote xAthenax 4-6-2020 09:07 AM
Overnya lah
Quote LostStar 4-6-2020 09:37 AM
lawak la.. elok la respon dorg fizi mintak mahap.. saja sesuka kannn..  tp suke gan fizi.. suara comel.. satu lagi suke mail.. otak kaki niaga..
Quote LadyCarefree 4-6-2020 09:42 AM
Xtau apa to nk komen gak
Quote Aunty_Acid 4-6-2020 10:56 AM
indon over gilos
dlm kartun upin ipin ni ada sorang pokcik tu sebut perkataan gulai
perkataan gulai  tu pun deorang nk claim itu bahasa deorng

pastu dlm kartun tu ada selit2 lg indon pun depa dok sibuk



Quote Lailerthee 4-6-2020 12:16 PM
Over nauu benda kecik je kot. Kantun je kot
Quote kucingitam 4-6-2020 12:24 PM
bnyk masa sgt indon ni..dgn kartun pun nk cari gaduh...ya ampun...
Quote Skuau 4-6-2020 02:05 PM
Tkpela...baik tuk pendidikan bebudak(yg ramai tgk)...perkara minta maaf tu.
Quote budakpink 4-6-2020 02:17 PM
Aku rasa kes fizi ni kelakar haha.pasai katon pun serius...plus aku rase skrip yg fizi cakap tu mcm ok je.tak de la kejam sgt...mmg budak2 gitu la.lgpun fizi begurau je kot..tapi indon too much kan.p serang page upin ipin..kalau indon x mulakan komen menyerang.idok ler org malaysia amik port pun skrip fizi tu..yg korang kene serang pembuat skrip la bukan watak fizi.
Quote Eric.n9 4-6-2020 02:25 PM
Hehe, ciri2 khas indon... pada bandel semuanya
Quote wookiehoney 4-6-2020 02:31 PM
aku rasa okey aje kata2 fizi tu sebab watak2 dalam upin ipin ni mmg ada di dunia nyata
baik budak sampailah ke tua
but baguslah buat video cmtu so cute boleh ajar budak2 tak salah meminta maaf

tp poyo sgt serang sampai buat hashtag fizi is cancelled tu serius lah whatttt
Quote husna_amal 4-6-2020 02:50 PM
Diorang dah anggap watak2 upin ipin ada dalam real life ke apa ni....
Quote SR4tahun 4-6-2020 03:09 PM
Aunty_Acid replied at 4-6-2020 10:56 AM
indon over gilos
dlm kartun upin ipin ni ada sorang pokcik tu sebut perkataan gulai
perkataan gula ...

indon mmg bodoh
Quote ramaramu 4-6-2020 03:10 PM
indon dan exaggerate berpisah tiada
Quote cikatilia 4-6-2020 03:36 PM
mmg xbole la depa tgk aje diam2
semua nak cancelled cancelled... ngada
Quote miemiecha 4-6-2020 03:44 PM
ok le fizi ade lam dunia nyata, dri indon..
asik2 ibu peri. celahhhh
siap ade wings lagik..
Quote Diann 4-6-2020 04:20 PM
Xfaham kenapa siri upin ipin yang terbaru kat youtube ada subs indon. Spoiled mood nak tengok

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.056972 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top