CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Mengaku Biar Anjing Serang Jiran Sampai Parah

3-6-2020 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5707| Komen: 25

Description: Seorang lelaki didakwa membiarkan jirannya diserang anjing peliharaan hingga menyebabkan kecederaan parah.
Seorang lelaki didakwa membiarkan jirannya diserang anjing peliharaan hingga menyebabkan kecederaan parah.

F Miranda Terrance, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, hari ini.



Foto: BH Online

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Auzi Mohamed Abdul Rashid, 45, di tepi Jalan Bunga Raya, Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar, sekitar jam 5.30 pagi Sabtu.

Bagi kesalahan itu, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK) yang dan boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun dan denda.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa cuai kerana tidak mengambil langkah memadai terhadap anjing peliharaannya bagi menghindari sebarang bahaya terhadap Auzi pada waktu, tarikh dan lokasi sama.


Untuk itu, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 289 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nor Izawani Ahmad Jalaludin yang mewakili tertuduh memohon hukuman dikurangkan dengan alasan Terrance menyara dua anak bersekolah selain pendapatannya terjejas teruk akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mahkamah memutuskan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tertuduh juga dilarang mendekati mangsa yang menetap di taman perumahan sama. - CARI

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PerKasa 3-6-2020 06:02 PM
kira lepaslah but not in America
Quote Megikari 3-6-2020 06:09 PM
Huiii sampai cedera parah. Dah tua2 ni kena merengkok kat jail pulak
Quote mawarika 3-6-2020 06:13 PM
Yg kena melayu??? Hahaha confirm lepas la. Takpayah bicara sbb weolss dah muakkkk. Bluekkkkk
Quote noor2 3-6-2020 06:16 PM
kuala kangsar....tak sangka pula x bersatu padu penduduk Taman Bunga Raya tu....
Quote matchstick 3-6-2020 06:58 PM
Byk soalan aku..anjing tu mmg dilepas bebas kt luar pagar ke pagi2 buta tu.. Si mangsa pulak pukul 5.30pagi duk buat apa kt luar rumah..anjing tu ingt pencuri kot
Quote Kurex 3-6-2020 07:26 PM
Iols lebih tertarik dgn abg polis tu...
Boleh caya ke kenyataan tak bersalah leluhur ni?
Quote annehuda 3-6-2020 07:59 PM
Jiran makcik aku kt rawang, kaum india jugak. Bela anjing sbb nk elak pencuri, tapi kurung dlm rumah semi-d je. Main2 kt laman rumah pun tak. Kalau nampak org kt pagar sliding door tu menyalak kuat giler.

Tp aku kesian kt anjing tu la, yelah berkurung dlm rumah sempit je. Sedangkan manusia pun bleh murung kot mcm time pkp tu.

Tp yg biasnye anjing die yg kecik comel tu rajin plak bawak gi jalan2.

Kesimpulannye anjing tak salah, manusia yg membela tu yg salah. Even kucing ko train pun bleh berak dlm jamban kot
Quote noor2 3-6-2020 08:09 PM

[youtube]N6rIToT_DJE[/youtube]
Quote Nes3in1 3-6-2020 08:35 PM
Ingatkan tadi ummah kokosen. Mohon mereput di penjara 7 tahun 6 bulan. Tq.
Quote Rogue98 3-6-2020 08:50 PM
Diaorang ni mmg nak serang melayu jer dah kenapa? Harap merengkok lah dalam penjara 10 tahun.
Quote monsterwife 3-6-2020 10:16 PM
matchstick replied at 3-6-2020 06:58 PM
Byk soalan aku..anjing tu mmg dilepas bebas kt luar pagar ke pagi2 buta tu.. Si mangsa pulak pukul 5 ...

Standardlah bangun pkul 5.30 pagi
Nak solat subuh,nak keluar kja
Org dah biasa bangun awal
Quote underground 3-6-2020 10:24 PM
monsterwife replied at 3-6-2020 10:16 PM
Standardlah bangun pkul 5.30 pagi
Nak solat subuh,nak keluar kja
Org dah biasa bangun awal

khennn.. satu bangsa tu pukul 3 pagi keluar, dansa, mabuk, balik langgar orang sampai mati.


Quote matchstick 3-6-2020 10:38 PM
monsterwife replied at 3-6-2020 10:16 PM
Standardlah bangun pkul 5.30 pagi
Nak solat subuh,nak keluar kja
Org dah biasa bangun awal

Iye..tapi biasa org bangun awal pun duduk bersiap2 dlm rumah lagi waktu tu.. kalau yg nk pegi kerja solat subuh kt office pun biasa terus masuk dlm kereta or motor kt depan rumah start enjin terus cabut..xde masa pulak nk bersiar2 kt jalan taman pukul 5.30pagi. ke mangsa ni tok Bilal masjid tgh jalan kaki nak ke masjid masa dikokak anjing tu
Quote bloodyamuk 3-6-2020 10:42 PM
annehuda replied at 3-6-2020 07:59 PM
Jiran makcik aku kt rawang, kaum india jugak. Bela anjing sbb nk elak pencuri, tapi kurung dlm rumah ...

setuju...banyak owner selfish camtu...jiran iols ni anjing dekat 8ekor dekat parking keta yang tak seberapa tu...kesian tengok hidup diorang camtu je...tak pernah lari happy2 kat padang...

orang mesia ni malas hantar training guard dog...tapi bela banyak2 camtu...pastu lepaskan bila dah tak mampu jaga...
Quote Jiddin 3-6-2020 11:01 PM
Eiii....awat jahat sgt ni. Awat tak tolong? Ka lama dah berdendam. Meols mati2 igt kisah luar negeri ghupenya dlm negara.




Quote Manjahati 3-6-2020 11:54 PM
Harap dihukum maximum... sungguh x bertanggung jwb..
Quote Sazida 4-6-2020 12:34 AM
Jiran atas aku ni siap bela anjing lagi. Warga india jgk. Xtau la dorang tau ke tak tau yg high rise building xblh bela binatang.  bela jgk. Pastu dah lama aku xdgr dia menyalak.
Quote gigahertz 4-6-2020 01:03 AM
matchstick replied at 3-6-2020 10:58 AM
Byk soalan aku..anjing tu mmg dilepas bebas kt luar pagar ke pagi2 buta tu.. Si mangsa pulak pukul 5 ...

ntah mangsa nak solat subuh jemaah ke. gi masjid dekatan.
Quote gigahertz 4-6-2020 01:04 AM
Sazida replied at 3-6-2020 04:34 PM
Jiran atas aku ni siap bela anjing lagi. Warga india jgk. Xtau la dorang tau ke tak tau yg high rise ...

ramai orang hilang pekerjaan semperna covid 19 ni. harga ayam pun melambong naik tu hari.
so i rasa ...anjing dia tu...dah .....alaaa macam kita bela ayam...cukup matang kita buat gulai kan kan

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.070089 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top