CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota RELA Dipenjara Seminggu Sebar Gambar Lucah Rakan Sekerja

5-6-2020 12:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5906| Komen: 29

Description: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda RM1,000 terhadap anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kerana menyebarkan gambar lucah rakan sekerja, lapor BERNAMA ...
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara seminggu dan denda RM1,000 terhadap anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) kerana menyebarkan gambar lucah rakan sekerja, lapor BERNAMA.


Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara sebulan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas Syahrul Anuar Razuan, 32, mengaku bersalah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara seminggu bermula dari tarikh tangkapan pada 1 Jun lalu.


Gambar hiasan

Mengikut pertuduhan, Syahrul didakwa mengaibkan kehormatan dengan menyebar gambar lucah wanita berusia 24 tahun di sebuah rumah di Jalan Ang Seng, Brickfields jam 3.45 petang pada 31 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum lima tahun penjara  atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar memohon hukuman penjara terhadap tertuduh dipertimbangkan kerana perbuatannya memberi kesan buruk kepada mangsa.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, Ahmad Nabil Abd Rani dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon hukuman dikurangkan dengan alasan tertuduh masih bujang dan sudah memohon maaf selain perlu menjaga ayah yang uzur dan menanggung keluarga. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manjahati 5-6-2020 12:32 AM
Dan dan tu lah kata menjaga ayah yg uzur n menanggung keluarga...masa buat jahat tu x pikir pulak
Quote queendeath126 5-6-2020 01:49 AM
makin ramai orang gila
Quote supernaturalee 5-6-2020 02:23 AM
Mcmn blh dpt pic that girl

Quote Supersirap 5-6-2020 02:53 AM
Kenapa lah buat kerja yang tidak senonoh kan sudah mendapat
Quote dua_chzy 5-6-2020 04:04 AM
supernaturalee replied at 5-6-2020 02:23 AM
Mcmn blh dpt pic that girl

Camna lagik? Faham2 la. Sah2 sekendel.
Quote supernaturalee 5-6-2020 04:14 AM
dua_chzy replied at 5-6-2020 04:04 AM
Camna lagik? Faham2 la. Sah2 sekendel.

Dh sm2 berskandal kenapa lh pi tyg kt org
2, 2 blh kena tatatertib

Quote Tinot7 5-6-2020 07:12 AM
Kenapa nak sebarkan gambar minah tu?
Quote Kurex 5-6-2020 07:34 AM
Padan muka dua2
Quote batmana 5-6-2020 08:46 AM
Rela smuanya terdedah
Quote GigaMom 5-6-2020 08:59 AM
Tinot7: Kenapa nak sebarkan gambar minah tu?


Kena dump kot
Tu yg meroyan
Quote matchstick 5-6-2020 10:24 AM
Ringannya hukuman..
Quote underground 5-6-2020 10:35 AM
Keyword dia apa?
Quote Covid19 5-6-2020 10:46 AM
Bila couple je memang normal ke ambil gambar lucah diri masing masing? Pelik
Quote CadeFoster 5-6-2020 11:42 AM
Penjara seminggu denda rm1000 jer...patut penjara setahun, denda rm10k, sekurang2nya, dan public kan juga muka mamat ni...maruah perempuan tu dh habis terbarai

Dosa sebarkan keaiban mcm ni lg besar daripada perbuatan aib tu sendiri..
Quote Nenasketum 5-6-2020 11:46 AM
Mesti dua2 huduh
Quote Cassieopeia 5-6-2020 12:58 PM
tak pasal2 je.. tp ringannya denda di
Quote duri_durians 5-6-2020 02:04 PM
baiklah hang lepas je? denda 1k, penjara seminggu? mengucap
Quote zuuu 5-6-2020 02:53 PM
Camne pulak dia boleh ada gambar lucah pompuan tu???mendapat dua2 yg pompuan tsebar gambar lucah yg kaki melayang duit
Quote grouper 5-6-2020 02:55 PM
Dpt pic dari wechat ke apa..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.297230 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top