CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Yang Nak Berkurung Hidup Abnormal, Silakan" - Bila Golongan 'Kerepek' Merepek

3-6-2020 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8257| Komen: 21

Description: Setiap orang memiliki pandangan berbeza-beza terutama dalam isu norma baru berikutan pandemik Covid-19.
Setiap orang memiliki pandangan berbeza-beza terutama dalam isu norma baru berikutan pandemik Covid-19.

Pegawai perubatan Dr Sakinah Sulong kali ini terpanggil untuk mengulas sikap segelintir pihak yang mementingkan diri sendiri.




"Covid-19 adalah salah satu penyakit berjangkit, tak sama dengan kencing manis, darah tinggi atau stroke yang juga meragut nyawa.

"Ia bukan hanya tentang anda kerana anda mungkin menghidapinya, tetapi selamat atau tiada simptom. Tapi, mereka yang mendapat jangkitan ini daripada anda mungkin mengalami komplikasi dan lebih teruk lagi, kematian. 

"Adakah anda dapat menentukan individu yang mendapat jangkitan akan selamat setelah dijangkiti?" tulisnya di Facebook.

Dr Sakinah berkata demikian bagi mengulas kenyataan seorang warga maya yang menyifatkan penjarakan sosial sebagai gaya hidup abnormal.




"Peratus yang sembuh sangat tinggi dan kematian akibat penyakit ini sangat rendah, itu pun disebabkan sudah sedia mempunyai penyakit.

"Kita terima sajalah seperti penyakit lain yang tekah sedia ada selama ini," kata individu terbabit.



Ramai juga yang tidak puas hati dengan kenyataan golongan seperti ini.


Kredit foto: FB Sakinah Sulong

Loading FB Post...

Loading FB Post...

Tak dapat bayangkan kalau semua orang berfikiran sama seperti dia dan mengamalkan gaya hidup seperti sebelum negara dilanda wabak ini. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jaja8 3-6-2020 04:10 PM
aku yang kena gi kerja ni dah takde rase ape sangat..dah ade sop follow jelah..take extra precaution dari sebelum ade covid..gitulah...takkan la sampai tak nak keluar langsung..keje kena jalan untuk hidup jugak....
Quote KIM.K 3-6-2020 04:20 PM
Sori OT kenapa dengan jari Dr Sakinah..pakai inai ke nampak berkerak

Tahniah kepada PM dan FL
Quote ellejo 3-6-2020 04:31 PM
its your life. ikut suka ko la nak tentukan hidup ko. ko yang rancang selama ni.
Quote AbukRokok 3-6-2020 04:43 PM
alamak
dulu PH wujudkan Palatau

skrg zaman PN wujudkan kerepek pulak  
Quote Artemesiaa 3-6-2020 05:41 PM
Hidup harus diteruskan yang penting ikut sop yang disarankan kkm, tak boleh selamanya berkurung timbul masaalah lain pula nanti.
Quote Megikari 3-6-2020 05:59 PM
Nak ikut, ikut. Taknak ikut, suka hati la.

Semoga bila tengok diri sendiri, mak ayah atau anak2 terbaring sakit sebab covid insan tersebut tetap redha. Semoga juga golongan ni tak beranak pinak supaya tak merebak kebodohannya.
Quote Johi 3-6-2020 06:01 PM
Penting UTK ikut SOP,impak  kalau  pesakit covid terlalu ramai hospital akan jem
Quote anilanil 3-6-2020 10:51 PM
Kalo ikut pandangan ahli bijaksana mcm2 teori pasal covid19 ni. New world order la, konspirasi la, virus dari wuhan lab bermutasi la, akibat mkn kelawar/haiwan eksotik la, mcm2. Yg pasti semua penyakit ada penawarnya kecuali mati..Sementara nak dptkan penawar tu ikutla norma baharu. Hentikan rantaian, kurangkan kes. Ko kecik2 dulu taknak belajar pandai2 jadi saintis da besar sibuk nak hidup norma asal. Nak bersesak kat stadium tgk bola/konsert. Nak lepak mamak sampai pagi. Just do your part. Semua org terkesan. Ada yg kesian hidupnya. Kalo ko still ada masa nk meroyan pasal nak hidup norma asal kat socmed means ko ada kemampuan lagi nak beli data internet. Org lain sampai gadai phone nak beli beras musim pkp ni.. Bersyukur, stop meroyan geng kerepek.
Quote MarryPottet 3-6-2020 11:51 PM
Kalau ada kluster kerepek esok jangan "kurung" mereka kat ward. Lepaskan mereka ke dalam hutan yg jauh dari ketamadunan
Quote rosli_nurizzati 4-6-2020 01:22 AM
Edited by rosli_nurizzati at 4-6-2020 01:26 AM

sbgai introvert sejati, perintah berkurung and work from home mmg sesuai dgn jiwa i . heheh.. tapi apakan daya, i keja kilang, mggu kedua pkp dah masuk keja balik, and merentas negeri hari2... so tak merasa la pengalaman terkurung sgt.. but yes, adjustment terpaksa la buat, anak tak leh masuk shopping mall, no more late night shopping at tesco, tapiiii... i tetap nk kutuk siapa yg ketegaq takmau ikut SOP and larangan berkumpul.. menyusahkan org lain tau dak.. dlm islam, tu dah kategori zalim.. nk redha pun, usaha la mencegah dulu.. usaha sebelum tawakal.. depa ni salah konsep sungguh..
Quote annehuda 4-6-2020 01:33 AM
Aku ade member mcm ni kt fb. Dah selamat unfollow die dah sbb merepek sgt. Kekdg aku bidas gak status fb die yg merepek sgt tu, dia reply balik suruh aku ni banyakkan membaca.

Tapi masalahnye die sendiri pun amende yg die baca? Apsal mcm tak leh paham kenapa kene kuarantin, kenapa kene pakai topeng, kenapa nk kene laksanakan pkp, kenapa tak boleh gi beraya?

Yg kelakar tu, kwn fb aku ni pun antivaks, masalahnye die tu kawen pun blum, tapi gigih tul share psl antivaksin. Aku rs bagus gak die tak kawen, kesian anak2 die nnt dpt mak mcm ni
Quote husna_amal 4-6-2020 02:33 PM
munkin bertahun kita kena hidup dengan amalkan social distance ni
Quote rogayahtop 8-6-2020 04:19 PM
biorkan je diorang. akak pun ada kawan anti vaks. anak dia besar nanti insyallah akan pegi ambik vaksin sendiri kalau tak arwah dulu pasal kebodohan mak sendiri.

bapaknya pun bodoh jugak walaupun belajar.



Quote palmolive 9-6-2020 11:20 AM
nak perhatian jek semua ni, taip la macam2 mengarut..
kalo dia konfiden sikit tayang muka dia jadi youtuber
Quote MeetJoeFly 10-6-2020 03:04 PM
Ujian Tuhan ni kita kena usaha, doa..kembali kepadaNYa.. bila Dia beri jalan, ada hasil, memang patut kita bergerak ke arah lebih baik. mana boleh terus dalam cara hidup kita sewaktu wabak ... Tuhan dan bagi izin, kita pulak memandai tolak, naya...
Quote MeghanK 10-6-2020 03:21 PM
nak hidup berkurung sampai mampos pon silakan..iols percaya dengan kkm

dan takyah nak dengki doa kluster tu kluster ni..doa yang baik2 tak reti ke..jenis tunggu orang mati nak bertepuk tangan geng2 ni la
Quote meow_tompok 10-6-2020 03:46 PM
ingat dia sorang je ke yg bosan dgn sop sop ni
nak kena beratur, nak kena jaga jarak, nak kena tulis nama, amik temperatur, install apps itu ini mysejahtera, selangkah, qr scanner code etc etc. tu belum yg pegi keja naik public transport tak bole nak sumbat2 semua dah, semua kena follow sop.

semua org sedang bersabar dik melalui norma baru. org lain bole bersabar, ko special sgt ke tak bole bersabar.


Quote ninjago 10-6-2020 04:34 PM
ada lagi ke yg nak terus berkurung?? kalau boleh support hidup financially & mentally gitu tak pe la jugak. nanti hujung2 govt jugak kena support itu ini. lemahnyerrr
Quote b_n_c 10-6-2020 06:46 PM
reply balik camni kat dia..

"kak apa kata kita separate dua grup lifestyle...kita ltk 1 orang covid kt lokasi 500 org yg pilih nak hidup mcm biasa, dan kita letak 10org covid bersama grup 500org yg amalkan norma baharu, akk rasa grup mana yg tinggal sikit dulu?" hikhikhik...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.098524 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top