CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eh, Dah Sebulan Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Putus Cinta?

4-6-2020 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 72603| Komen: 393

Description: Baru saja awal Mac lalu Syafiq Kyle kata sudah memasang niat untuk berkahwin, tup tup dah sebulan rupanya dia dan Mimi Lana putus cinta.
Baru saja awal Mac lalu Syafiq Kyle kata sudah memasang niat untuk berkahwin, tup tup dah sebulan rupanya dia dan Mimi Lana putus cinta.


Dalam temu bual bersama BH Online, pemilik nama  Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, bagaimanapun enggan menyalahkan mana-mana pihak. Sebaliknya, dia mendakwa tiada lagi persefahaman punca hubungan mereka terkandas.


Foto: IG Mimi

"Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau gangguan orang ketiga. Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bermasam muka. Anggap sahaja kami tiada jodoh," katanya kepada BH Online.


Lima tahun menjalin hubungan, Mimi memilih untuk memutuskan hubungan mereka dan reda dengan apa yang berlaku.


Foto: IG Syafiq

"Bohonglah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama.

"Nak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan.

"Fokus saya sekarang adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan.



"Soal cinta, saya ketepikan dulu. Bila hidup solo, senanglah untuk saya merancang kerjaya seni saya," luahnya.

Putus cinta tidak menghalang Mimi daripada terus bersikap profesional. Katanya, dia tidak kisah jika digandingkan dengan Syafiq dalam drama. - CARI
1

Bagus
1

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lolipopbiru 4-6-2020 12:09 AM
2-3 hari lepas elok je syafiq buat ig story rindu mimi. diorang pn ada beraya bersama haritu dkt ig kwan kwan diorang. pelik
Quote Tailgate 4-6-2020 12:12 AM
Adalah jodoh yg lebih baik buat mereka..
Quote kukukatablog 4-6-2020 12:12 AM
jgn video bebukan leak pasni sudeeehhhhhhhh
Quote lolipopbiru 4-6-2020 12:13 AM
dalam harian metro 2hari lepas pn ada berita pasal syafiq bersedia nk kawin mimi. mana 1 yg betul ni?
Quote nuhanis 4-6-2020 12:13 AM
Ok mimi, uols sesuai dengan ben amir. Sama tinggi. Hahahhaha
Quote Orix 4-6-2020 12:14 AM
ok capik, toksah belakang sikit lagi dah, u can come to meeeeeeeeee sayang sayang sayang (lagu tokbida)
Quote Tudungpink 4-6-2020 12:24 AM
Baru lagi sapik blakang sikit buat igs miss u..xde nampak muka tp tau la tu mimi..tp sebelum ni mimi penah buat igs pasal pukul2 ni, agaknyer sapik jenis naik tgn kot..dulu ngan uqasha pun ada kes naik tgn ni..

Xpe mimi chuols muda lagi, tgh naik pulak..mendonia dulu..
Quote lolipopbiru 4-6-2020 12:28 AM
tapi kalau tgk relationship diorang pun nampak mimi yang lebih show off berbanding syafiq.
yang mengaku bercinta pun mimi dan yang kata putus pun mimi juga bagi kenyataan
Quote KIM.K 4-6-2020 12:34 AM
Tak sempat tunang ek. Takpela takyah return barang refund ke apa

Adakah sebab mimi tak berapa girlie menggoda dan serba pink?
Quote syadq 4-6-2020 12:35 AM
Macam dah ramai je putus tunang tahun ni
Quote sambaldurian 4-6-2020 12:46 AM
kt gosip kenamaan, nmpak dorg tulis status mimi lana sering di like oleh kerabat. xkn la sbb tu, tp terer gak la netizen skg ni, like status je pun dh nmpak
Quote sofyayra 4-6-2020 12:48 AM
Akak suka couple nih. Sehati sejiwa sampai sofa pun pattern yg sama.
Quote lolipopbiru 4-6-2020 12:51 AM
Edited by lolipopbiru at 4-6-2020 12:56 AM
cikpisang replied at 4-6-2020 12:41 AM
Ni kan. Sbb tu iolls dah lama pelik dgn diorg ni. Ig story ni tarikh 28 Mei


tgk kt ig fans diorang pn ada je gambar mimi syafiq beraya sama sama kt KL ziarah rmh kwn diorang. bulan puasa haritu pn ok je buat live sama sama. berpickup line masing masing..ntah la. mungkin relay suka suka je kot diorang ni bkn utk kawin pn.
Quote masnona 4-6-2020 01:09 AM
Bru je tgk ig fazura, dpt hadiah pregnant dr mimi dan sapik depan sikit.
Quote jargon 4-6-2020 01:16 AM
Hbis mse kapel gn ukasa thn bila??
Quote Fly_over 4-6-2020 01:17 AM
mimi sila dgn ben pls.. nmpk mcm comfortable je deyols.
ke saje ckp dh putus tp x putus. mcm intan najwa tu. xputus pn. salu ada kt igs tunang dia tu together2..
Quote cikpisang 4-6-2020 01:19 AM
jargon replied at 4-6-2020 01:16 AM
Hbis mse kapel gn ukasa thn bila??

Gosip2 bercinta, pukul ukasa around 2014-2015
Quote Groovykid 4-6-2020 01:24 AM
Alaa... Putus ke? Mcm seswai je diorg
Quote Perawankota 4-6-2020 01:26 AM
Ermmm.... Sayang lah mcmtu

Lihat semua komen(393)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.065250 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top