Benarkan aktiviti penggambaran disambung selepas Aidilfitri dengan syarat mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Logik ke? Itulah persoalan yang bermain di fikiran pelakon Nabila Huda berhubung isu ini yang diluahkan di Twitter. Nabila yang mesra disapa sebagai Abil berpandangan berlakon cara norma baru adalah sukar dilaksanakan. Mana tidaknya, bila masa nak pakai topeng hidung dan mulut selain memastikan penjarakan sosial dipatuhi terutama dalam babak yang memerlukan kontak fizikal seperti babak bergaduh.
Malah, Abil mempersoalkan juga risiko dijangkiti Covid-19, sekali gus membahayakan keluarga di rumah. Menyebut soal sumber kewangan yang semakin merosot, Abil berpendapat masih pintu rezeki masih terbuka walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). "Kalau betul susah, tak pakai kereta, Tak ada iPhone, tak duduk kondo atau semi D. Tak ada semua tu. "Itu baru susah. Ujian sikit je ni, bersabar lah sikit. Sikit je lagi Insyallah. Kena kuat," tulisnya. Dalam masa sama, Abil memohon maaf jika ada pihak terasa hati dengan apa yang disampaikannya itu. Katanya, tiada beza antara artis dan kru belakang tabir. Masing-masing boleh membantu sesama sendiri dalam usaha mencari alternatif untuk menjana pendapatan. - CARI
|
cicicumel replied at 21-5-2020 12:26 PM
RIP karyawan/pelakon2 semua..
covid ni akan kekal dlm masa yg lama..
pawagam pon bakal gulung tika ...
dudaberhias replied at 21-5-2020 02:22 PM
Iols rasa dengan penyanyi2 bakal bungkus. Sebelum ni theyols ni la yang kerek sangat memanjang dok ...
ADVERTISEMENT