Minggu ini memang panas dengan isu baju raya bermula dengan video klip artistik, kemudiannya merosakkan pokok kerajaan serta baju berharga 'firaun' dari butik berjenama mewah. Terbaharu, sekali lagi jenama tudung mewah dikecam warganet kerana menyediakan bayaran ansuran kepada para pembelinya. Isu menjadi lebih panas apabila ia membabitkan usahawan Vivy Yusof yang diketahui 'berperang' dengan warganet. Menurut pemuda ini, bayaran ansuran yang dikenakan kepada para pembeli adalah langsung tidak munasabah. Harga sehelai tudung jenama dUCk ini sudahlah mahal, tetapi disebabkan ingin memakainya, maka ada alternatif disediakan iaitu ansuran.
Lebih aneh apabila ramai pula yang mengambil kesempatan untuk membelinya walaupun ternyata baju raya bukannya satu keperluan! Oleh itu, ramai warganet mengecam tindakan Vivy dan juga bakal pembelinya. Maklumlah, jika tidak mampu membeli secara tunai, bermakna anda belum ada duit secukupnya untuk membazir ke arah barangan bukan keperluan. Bagaimanapun, ada juga warganet menjelaskan bahawa bukan produk Vivy sahaja yang boleh dibayar secara ansuran, namun produk jenama lain juga menawarkan kaedah pembayaran sama. Dah, kenapa nak salahkan dUCk sahaja? Namun, ianya dibalas kembali oleh rata-rata warganet yang menyifatkan sikap pembeli juga antara punca butik mengambil kesempatan. Apapun, ukur baju di badan sendiri. Jika tidak mampu, banyak lagi jenama lain yang sesuai dengan bajet kita, ataupun beli sahaja yang tiada jenama. Asalkan kena di tubuh kita, kan? - CARI |
Nurul8001 replied at 13-5-2020 10:56 AM
Vivy tak salah sebab dia menyediakan alternatif. Dia kan peniaga. Mestilah buat mcm2 utk jual produk ...
alesandra replied at 13-5-2020 11:23 AM
benda ni bukan baru pun. org dulu2 pun suka berhutang beli kain ela,pinggan mangkuk.cuma utk level v ...
meow_tompok replied at 13-5-2020 11:19 AM
ye aku setuju, rumah dgn kereta je beli installment
handphone pun beli cash... ini baju raya bay ...
ADVERTISEMENT