Sejak COVID-19 melanda hampir di seluruh dunia, ramailah dermawan berkongsi rezeki untuk menyumbang kepada golongan yang terjejas termasuklah selebriti Bollywood. Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah pemberian tepung gandum yang telah dipaketkan setiap 1 kilogram untuk diagihkan kepada penduduk yang terjejas ekoran wabak maut itu. Khabarnya, sumbangan tepung yang disertakan bersama wang tersembunyi berjumlah 15,000 Rupee (RM858) itu adalah pemberian daripada pelakon Aamir Khan. Hal itu walau bagaimanapun ternyata tidak benar apabila Aamir menafikannya menerusi ciapan di Twitter.
Jelas Aamir, dia bukanlah individu yang meletakkan wang tersebut malah turut mengandaikan ianya barangkali sekadar khabar angin saja. Aktor berusia 55 tahun itu menganggap ada kemungkinan namanya digunakan individu yang tidak mahu kerja amal mereka diketahui umum. Meskipun sudah menjelaskan perkara tersebut, rata-rata peminat memuji kejujuran yang ditunjukkan Aamir selain tidak menafikan berkemungkinan pelakon ini sebenarnya adalah Robin Hood yang dimaksudkan. - CARI
|
ADVERTISEMENT