CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

'Kembar' Anjelina Jolie Terpaksa Guna Ventilator Kerana Covid-19

28-4-2020 10:11 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 4582| Komen: 3|Original author: Oleh: Ct Cheery

Description: Fatemah Khishvand atau lebih dikenali sebagai Sahar Tabar, pernah popular suatu ketika dahulu sehinggakan sanggup menjalani puluhan pembedahan plastik hanya kerana ingin memiliki wajah persis Angelina ...

Fatemah Khishvand atau lebih dikenali sebagai Sahar Tabar, pernah popular suatu ketika dahulu sehinggakan sanggup menjalani puluhan pembedahan plastik hanya kerana ingin memiliki wajah persis Angelina Jolie. 



Foto: Carian Google


Wanita warga Iran berusia 22 tahun tersebut dimasukkan ke hospital akibat positif Covid-19 dan kini dilaporkan kritikal dan sedang menggunakan ventilator (alat bantuan pernafasan). 


Menurut mStar yang memetik METRO, Sahar dikatakan dijangkiti wabak tersebut ketika berada di dalam penjara bagi menjalani hukuman di atas kesalahan jenayah budaya dan kerosakan moral.


Difahamkan, agensi berita Iran melaporkan Sahar ditahan pada Ogos tahun lalu kerana memperolehi pendapatan dengan cara yang tidak sesuai, menghasut ke arah keganasan dan mendorong para belia melakukan rasuah.


Menurut peguamnya, wanita itu membuat rayuan agar dibebaskan memandangkan keadaannya kini semakin parah, namun hakim di negara tersebut menolak rayuannya meskipun gejala Covid-19 sudah mula merebak di penjara berkenaan.


Bintang media sosial itu menjadi terkenal pada 2017 setelah dia dilaporkan melakukan 50 pembedahan untuk membuatnya kelihatan seperti pelakon Angelina Jolie.



Foto: Instagram Sahartabar.before


Dikatakan, foto dan video yang dikongsi dengan pengikutnya itu banyak disunting untuk menampakkan lagi wajahnya seiras pelakon pemenang OSCAR tersebut.


Iran kini merekodkan hampir 5,000 Kematian disebabkan Covid-19 sementara 3,000 lebih pesakit berada Dalam keadaan kritikal. Namun, angka sebenar dikatakan lebih tinggi daripada jumlah itu.


Menurut laporan, ia menjadi negara paling teruk dilanda wabak Covid-19 di Timur Tengah, hampir di belakang China, Amerika Syarikat dan empat negara Eropah lain mengikut kes yang telah disahkan oleh Universiti John's Hopkins. - CARI

2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 28-4-2020 10:24 AM
Get well soon
Quote nazzse 28-4-2020 11:43 AM
Thread dah ada
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1197556&mobile=2
Quote daisywillberry 1-5-2020 10:43 PM
Mak aihhh...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.076279 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top